Sejak kebelakangan ini, saya sering 'bertapa' di rumah dan jarang ke ofis untuk bekerja. Ini kerana saya merasakan lebih selesa dan mahukan privacy. Privacy bermakna saya boleh sepahkan bahan rujukan menulis saya dari atas meja hinggalah ke lantai. Tiada siapa yang peduli. Cuma kadang-kadang anak perempuan saya yang sedikit prihatin dengan kertas-kertas rujukan yang bersepah. Bukan dia berminat untuk mengemas, tetapi dia sebenarnya berminat untuk melukis di atas kertas-kertas tersebut. Namun dihujung minggu saya tetap akan ke ofis kerana keadaan ofis nyata selesa. Tiada ramai orang bekerja pada hujung minggu! Jika ada pun hanya kami 2-3 orang yang senasib iaitu yang bekerja 24-7 tanpa rasa dipaksa. Tetapi sebenarnya ia seperti paksa-rela. LoL.
Kelmarin, saya berbual dengan desk-mate saya. Dia berasal dari Nigeria. Walaupun bidang kajian beliau tidak sama dengan saya, tetapi kami selalu berbincang. Mostly cerita-ceriti PhD, dan selainnya cerita-cerita yang berlaku disekeliling! Yang terkini kami bercerita dengan apa yang berlaku di Mesir. Beliau membuat conclusion yang pemimpin Mesir sekarang, perasan yang dia adalah 'firaun' zaman moden. Sebenarnya saya kurang arif perihal politik. Jadi saya hanya suka mendengar komen beliau tentang politik kerana saya tahu dia arif bercakap perihal politik. Dia juga suka saya komen kerja research beliau, walaupun dia tahu saya sebenarnya tidak sangat tahu perihal investment portfolio. Sebenarnya di dalam dunia PhD ini, anda juga perlu tahu bagaimana untuk menjadi pendengar setia. Ini kerana akan ada saja rakan PhD anda yang tiba-tiba datang meluahkan perasaan kepada anda takala fikiran mereka serabut dan kacau. Jadi untuk segera membantu menyelesaikan masalah, itu belum tentu saya dapat buat. Jadi cukup sekadar menjadi pendengar setia kepada mereka.
Saya juga beritahu rakan dari Nigeria itu, yang saya betul-betul miss our colleague seorang lagi, dari Saudi asalnya. Orangnya sudah berumur tapi sangat kelakar. Jika stress apabila dengar dia buat lawak, memang confirm boleh hilangkan stress. Sebenarnya dia rakan stayback saya. Apabila hanya tinggal kami di dalam bangunan ala-ala sekolah Harry Porter ini, jika beliau hendak ke pantry, pasti akan diajaknya saya jadi peneman. Dia takut jembalang bangunan buat 'lawak' dengannya- agak saya. Sebulan yang lepas, beliau telah selamat VIVA setelah lebih 4 tahun bertungkus-lumus. Ada macam-macam cerita orang berVIVA sebenarnya. Ada yang berlangsung hampir 4 jam. Bayangkan 4 jam?! Tetapi Alhamdulillah, VIVA beliau tidak sampai pun 1 jam! Saya meminta beliau buat rumusan kejayaan VIVA beliau dengan hanya sebaris ayat. Dia menjawab 'BE VERY GOOD WITH YOUR SUPERVISOR'! Dalam maksud beliau.
Saya bersetuju dengan beliau sebenarnya. Di dalam satu conference, kami pernah diberitahu formula untuk berjaya dalam VIVA dan sekaligus PhD. Ada 4 perkara penting yang dinyatakan.
Pertama - You! Yourself. Meaning your work indirectly.
Kedua- Your supervisor (s).
Ketiga- Your examiners (the internal and external)
Keempat- Your publication (s).
Tetapi yang paling pokok kata panel itu lagi adalah perkara (1), (2) dan (3). Dan jika anda ada perkara ke (4), itu sudah BONUS buat anda! Dan pasti examiner tidak ada banyak soalan untuk bertanya! You are safe.
Rakan Saudi sudah tamat perjuangan PhD beliau. Apakah nasib kami sebaik beliau? Saya bertanya-tanya kepada rakan Nigeria. Beliau tidak menjawab, tetapi hanya melemparkan senyuman yang penuh bermakna. Dalam maksud senyuman beliau. Senyuman penuh misteri pun ada juga- saya dapat rasakan!