Thursday, 29 September 2011

Teruja

Malam Rabu yang lalu merupakan kelas pertama yang saya hadiri. Sebenarnya ia adalah kelas pensyarah lain dan saya hanya diminta membantu beliau untuk mengajar kelas tersebut. Saya berasa sedikit janggal kerana rata-rata pelajar yang hadir kurang lebih umur saya dan ada yang sedikit berumur dari saya. Itulah kelazimannya jika mengajar kelas post-graduate. Semester ini mereka meminta saya membantu mengajar kelas Research Methodology (RM) bagi pelajar Master in Business Admin. dan Doctor of Business Admin. Di dalam kelas pelajar master saya dapati mereka memberi kerjasama di dalam kelas, walaupun ada yang masih kelihatan takut-takut untuk melontarkan pandangan dan buah fikiran bila diajukan soalan. Jadi ia tugas pensyarah untuk 'menghangatkan' perbincangan. Bila ditanya ada soalan tambahan? Mereka akan menyoal soalan yang berkisar topik dan tidak lebih dari itu.

Pembelajaran yang kreatif dan inovatif seharusnya melebihi apa yang pensyarah sampaikan di dalam kelas. Thinking out of the box. Suasana pembelajaran sebegini akan lebih menarik sebenarnya. Saya masih teringat, module RM yang pernah saya ambil di tahun pertama pengajian PhD saya. Pensyarah hanya meng-upload nota di e-bridge (merupakan portal maklumat pensyarah dan pelajar) dan di dalam kelas, beliau hanya highlight perkara penting. Jika anda tidak bersedia di dalam kelas, sudah pasti anda ketinggalan. Kesimpulannya, kami harus cuba memahami sesuatu topic terlebih dahulu sebelum berada di dalam sesebuah kelas. Sememangnya anda akan berasa teruja melihat kawan-kawan anda memberi pandangan. Colleague saya dari US sentiasa mendahului yang lain. Jika dia diberi peluang bercakap, seolah-olah dia mahu bercakap sehingga kelas berakhir. Mereka tidak berasa malu atau takut, walaupun kadang kala apa yang diucapkan itu tidak semuanya berasas. Tetapi mereka mencuba dengan berani! Budaya sebegini saya masih belum dapat dilihat di dalam kelas hari Rabu yang lalu. Mungkin faktor bahasa? Atau mungkin ini baru kelas permulaan? Tunggu. Mungkin saya akan lebih teruja dengan para pelajar postgraduate di Malaysia.