Saturday, 1 January 2011

New Year, New Chapter Begins

Alhamdulillah, diri ini masih diberi peluang untuk terus hidup menghirup udara 'sejuk' bumi permaisuri. Alhamdulillah juga diri ini masih bersemangat untuk meneruskan kerja-kerja research yang berbaki. Setahun berlalu bagaikan baru semalam ia datang menyapa kita. Dan kini 2010 pergi meninggalkan kita bersama kenangan dan pengalaman yang bermakna.

Tahun 2010 bagi saya sama seperti tahun sebelumnya. Bergelut dengan tugasan harian sebagai, isteri, ibu dan researcher. Di awal tahun 2010 hingga ke penghujung tahun, jadual penuh padat. Analisis data, penulisan kertas conference, menghadiri conference, penulisan journal, arrrghhhhhh kadang-kala terasa diri ini seperti bionic-women. Penutup tahun 2010, agak melegakan kerana sebahagian dari kerja research sudah langsai. Tidak sabar untuk melangsaikan sepenuhnya. Semoga Allah terus merahmati usaha ini.

Azam baru? Berazam tidak semestinya datang pada tahun baru. Kita sepatutnya setiap hari berazam menjadi insan yang lebih baik dari semalam. Itu azam yang mungkin dapat direalisasi dalam jangka masa pendek. Nampak mudah, tapi tidak semua orang mampu melakukannya setiap hari, termasuk diri saya. Salah satu azam yang ingin saya capai pada tahun ini, adalah ingin menghabiskan pengajian PhD dengan jaya. Azam ini telah saya buat apabila memulakan pengajian sekitar tahun 2007, dan InsyaAllah 2011 saya harap ianya berhasil dan tercapai. Oleh itu ada perkara yang memerlukan kita berazam dan masa yang panjang diperlukan untuk merealisasikannya.

Azam 2011 saya juga ingin konsisten menulis di dalam blog ini. Blog saya yang lama, saya ambil keputusan untuk delete kerana ia kelihatan usang dan terabai. Kasihan. Jadi elok kiranya ia diroboh dan digantikan dengan 'rumah' baru.

Azam atau wish lists merupakan formative construct dari kehidupan yang bakal dilalui pada tahun mendatang. Gagal atau berjaya capai merupakan reflective dari apa yang kita telah lakukan untuk mencapai wish lists tersebut. Berazamlah dari sekecil-kecil semut, hingga sebesar-besar gajah, tiada yang rugi menanam azam. Yang rugi hanyalah orang yang tidak mempunyai sebarang azam dalam hidupnya.

SELAMAT TAHUN BARU UNTUK SEMUA!