Minggu ini sudah pun minggu ke empat di bulan Mei. Sebagai internal examiner saya ada tiga manuskrip MBA untuk dibaca dan dikomen. Aduh! Sempatkah untuk menilai ketiga-tiganya dengan baik? Manuskrip diterima pada minggu lepas dan Jumaat ini report perlu dihantar ke pejabat sebelum viva voce pelajar berlangsung minggu hadapan. Saya telah glance-thru manuskrip-manuskrip tersebut, ada yang kerjanya baik dan ada juga sebaliknya. Jika belum bersedia untuk di examine kenapa hantar dissertation anda? Ini menjadi tanda tanya bagi saya. Saya dapat rasakan mereka ini hanya belajar untuk lulus MBA dan bukan untuk mendapat ilmu. Jika anda hanya berhajat untuk lulus maka keputusannya sudah tentu hanya lulus. Berbaloikah?
Hujung minggu ini saya akan beri lecture terakhir untuk semester ini. Selepas ini, pelajar akan menghadapai final exam dan cuti semester akan bermula mulai Julai. Persediaan mengajar untuk kelas akan datang belum pun sempat dilakukan. Kelas hujung minggu bermula dari jam 9 pagi hingga 5 petang. Penat jugalah jika hanya bercakap selama 8 jam. Jadi struktur pengajaran perlu diolah supaya tidak membosankan. Pelajar sekarang tidak hanya berminat kepada nota kuliah, mereka lebih berminat mendengar dan belajar jika apa yang diajar dapat dikaitkan dengan dunia di luar bilik kuliah. Guru pada zaman sekarang perlu menjadi seperti kamus bergerak kerana pelajar sekarang cepat dan peka dengan apa yang berlaku diluar sana. Kita bertanyakan soalan dihadapan, mereka sudah pantas menggoogle jawapannya. Kadangkala saya merasakan teknologi membawa 'penyakit malas berfikir' bagi sesetengah pelajar. Saya ketawa kecil apabila membaca abstrak pelajar yang di translate dari bahasa Inggeris ke bahasa Melayu. Apabila mereka sekadar menggunakan teknologi, yakni google traslation application, bahasa ibunda yang cantik menjadi caca-merba. Kadangkala teknologi yang diguna secara membuta tuli akan menjadikan manusia itu lebih bodoh.
Dua article saya juga telah ditolak oleh dua penerbit antarabangsa. Perasaan kecewa memang teramat sangat. Namun ini hakikat yang perlu diterima sebagai ahli akademik apatah lagi novice researcher seperti saya. Pelbagai nasihat diterima dari orang yang lebih berpengalaman berkaitan perkara ini. Pokoknya, kata mereka jangan putus asa dan keep sending your papers until they accept it! Sebenarnya saya harus menerima hakikat yang saya tidak dapat menulis dengan baik sejak akhir-akhir ini. Pelbagai tugasan in between perlu diselesaikan, natijahnya paper ditulis dalam keadaan kelam kabut bagi memenuhi dateline. Ini satu amalan yang tidak baik. Saya kecundang dalam menguruskan masa sejak kebelakangan ini. I have to sit down and read & write my article carefully. Abstrak saya telah diterima di satu conference antarabangsa. InsyaAllah jika full paper diterima, pembentangan oral akan dibuat di Pafos, Cyprus bulan November nanti. Dateline bagi full paper 6 Jun nanti. Aduhaiiii...sempatkah mengejar dateline? Pada minggu yang sama, dua pelajar saya akan membuat pembentangan project management mereka. Jadi saya perlu membantu selia mereka. Sudah pasti saya juga perlu menyemak report mereka.
Saya tidak pernah menyangka dunia akademik sesibuk ini. Saya tidak menyangka dunia akademik penuh warna warni. Saya tidak pernah menyangka saya akan terjerumus ke kancah akademik. Saya tidak pernah menyangka hari demi hari perasaan terhadap dunia akademik membibitkan rasa cinta!