Wednesday, 18 May 2011

Penat

Penat..Penat berehat sebenarnya. Sebelum siapkan thesis saya berazam hendak tidur dan rehat sepuas-puasnya. Saya menjangkakan tentu seronok dapat berehat tanpa perlu memikirkan lagi perihal research. Jangkaan saya meleset kerana ianya tidaklah seseronok mana, lagi bosan adalah. Jika sebelum ini waktu tidur hanyalah kurang lebih 4-5 jam sehari dan waktu rehat hanyalah ketika merebahkan badan untuk tidur, ketika melipat baju serta ketika waktu melayan suami & anak-anak makan. Setiap hari 2 jam wajib diperuntukan untuk memasak untuk keluarga, selebihnya menghadap skrin 4 segi, jika tidak di rumah sudah pasti di universiti. Berulang-alik dari uni. ke rumah untuk tukar 'shift jaga anak' kerana suami perlu bekerja dari jam 3-6 petang setiap hari. Terasa penat kerana jadual harian terlalu padat. Itulah rutin harian sepanjang 3 tahun yang lalu.



Di suatu period, saya menghadapi kesukaran untuk tidur. Saya tidak boleh lelapkan mata, kerana otak saya sentiasa memikir kerja yang perlu dibuat dan akan dibuat. Jika tertidur, sekejap-kejap terjaga. Mak saya selalu berpesan bila terjaga..bangun solat sunat. Kadangkala semasa solat juga tidak kusyuk. Sehingga ke satu tahap, saya biarkan laptop saya on dan letak buku nota di bawah bantal apabila saya tidur. Mana tahu apabila terjaga dari tidur mendapat ilham dari Allah untuk menulis? Sedikit sangat yang apabila saya terjaga, saya dapat idea. Selebihnya datang mimpi yang bukan-bukan. Bukan sahaja mental stress, badan juga sakit-sakit terutama di bahagian tulang belakang. Suami saya selalu kata 'you stress'. ha! ha! Itu saja ayat dia ...ubat penenang..yang kurang mujarab! Kerana semua itulah, saban hari saya berdoa untuk cepat sempurnakan thesis.



Rupanya jika kita kurang bekerja lagiiiiiiiiiii stress rupanya! Patutlah arwah bapa saya dulu pernah berkata 'jika Abah tak bekerja, Abah rasa macam sakit'! Memang ya, apabila Abah op untuk bersara awal untuk medication buah pinggangnya, kesihatan Abah hanya 'stagnant' dan kadangkala worst. Itu semua ketentuan dari Allah yang Abah perlu bersara lebih awal. Dan mungkin juga disebabkan beliau merasakan 'lagi sakit' setelah tidak bekerja dan berehat di rumah. Agaknya kita perlu sibuk untuk merasakan setiap waktu terisi dengan perkara yang berfaedah baru rasa sihat? Tetapi saya percaya otak yang cerdas akan membuatkan badan pun cergas.



Saya sebenarnya tidaklah begitu FREE, ada kerja yang perlu dibuat. Cumanya jadual sudah tidak sepadat sebelum ini. Seumpama orang yang berlari pecut 100 meter, berhenti di garisan penamat dan tiba-tiba berhajat untuk terus duduk? Mana boleh bukan? Jadi kena berhenti perlahan-lahan, relax...kemudian perlahan-lahan untuk duduk. Ok, jadinya hari ini saya akan isikan waktu untuk ke universiti dan mendengar key note lecture- HOW NOT TO GET A PHD? Menarik, tajuknya. Harap-harap boleh kurangkan 'penat'. InsyaAllah nanti boleh saya kongsikan pengisian yang saya dapat.