Semalam saya menonton BBC News. Berita hangat masa kini sudah tentu cerita-cerita dari Cairo. Laporan berita yang kita tonton dan baca dari media seharusnya diteliti kerana dunia sekarang amatlah sukar untuk mengenal pasti siapa yang telus..lebih telus! Tetapi saya amat tertarik apabila media melaporkan yang rejim Israel sekarang 'risau', mereka akan kehilangan 'kawan'. Rata-rata jiran sekeliling mereka melihat Israel sebagai lawan hanya Mesir yang sudi berkawan. Itu pun kerana Hosni Mubarak. Saya mengharapkan revolusi yang akan berlaku di Mesir bukan sekadar memberi impak kepada Mesir, tetapi kepada seluruh negara yang ditindas puak Zionis ini, terutama rakyat Palestine di tebing Gaza.
Photo: Bangunan berwarna-warni di bandar Amsterdam
Sebenarnya apabila mendengar Israel, saya teringat kisah Anne Frank Diary. Budak perempuan berbangsa Yahudi yang diceritakan menjadi mangsa Holocaust di Holland suatu ketika dulu. Ketika kami melawat bandar Amsterdam, apabila melewati Anne Frank House (kini telah dijadikan muzium) saya berasa kagum dengan kehebatan Hitler sebenarnya dalam beberapa perspektif. Di rumah itu Anne dan keluarganya bersembunyi apabila mereka lari dari kekejaman puak Nazi yang berlaku di Germany ketika itu. Memang tidak dinafikan bangsa Yahudi ini mereka sungguh pandai berniaga. Di kala mereka dalam persembunyian, bapa Anne masih mampu membuka perniagaan. Tragisnya, rahsia persembunyian mereka telah dibocorkan oleh pekerja di situ. Mereka dibunuh akhirnya, dan catatan diari Anne dikatakan bukti kekejaman Holocaust. Jika anda berminat ingin mengetahui kisah Anne Frank, boleh lah beli buku tersebut di Amazon.
Photo: Bandar Amsterdam, April 2010.Bagi saya bandar Amsterdam seperti bandar-bandar lain di Europe. Cumanya mereka di sini gemar berbasikal. Jika anda melihat motosikal bergerak laju, di sini anda akan melihat basikal bergerak laju. Laju betul mereka mengayuh basikal. Ada juga beberapa kelainan di sini yang anda mungkin tidak akan dapat di tempat lain. Di tempat lain itu mungkin pekerjaan haram atau illegal tetapi di sini tidak sama sekali. Ketika kami berlegar-legar di sekitar bandar untuk mencari restoran Halal, kami berkesempatan juga melihatkan gelagat manusia yang mencari rezeki 'di dalam cermin' ini ketika melepasi The Red Light District. Bukan hendak melihat sangat, secara kebetulan sahaja. Saya merasakan mereka yang melakukan pekerjaan ini merupakan manusia yang 'berani' tetapi berani dari sudut yang sangat negatif. Dan di sini juga anda boleh merasa kek ganja dan menghisap ganja in public. Jangan bimbang anda tidak akan disumbat ke lokap. Saya tidak pandai bercakap bab perundangan, tetapi bagi saya legislation sebegini lambat laun akan memberi padah kepada masyarakat dalam jangka masa panjang.
Bangunan-bangunan di bandar ini jika diperhatikan berwarna-warni. Kami dimaklumkan bahawa warna-warna tersebut juga menunjukkan nilai atau value properties tersebut. Yang berwarna merah itu kebiasaanya tax adalah sangat tinggi, maka value properties is very high!Kami tidak tahu bila lagi kami akan ke Holland. Tetapi jika berkesempatan lagi ke tanah Belanda ini, pastinya akan ke daerah luar bandar pula- the country side. Saya pasti di sana cultural and heritage of Dutch lagi hebat berbanding bandarnya.