Wednesday, 16 February 2011

Old Skool

In life, I pretty much afraid to proclaim that I'm proud of something or anything. Because as human being, hambaNya, dan orang biasa-biasa macam saya what to be proud of? But one thing that I really certain that am really proud is my school! SGGS. At first, I was quite frustrated when my parents don't allow me to go to Sri Putri (at that time, masih di lokasi lama, Jalan Kolam Air, Kuala Lumpur). They encouraged me to work hard for my UPSR, supaya I could be enrolled to a good school for my secondary. When I've been offered to SBP, they refused to enroll me there, the main reason is 'chek kecik lagi, mak & abah risau chek dok jauh-jauh di KL' (loghat orang Utara). My mak wanted me to go for sekolah aliran agama, whilst my abah doesn't bother as long as I could get into a good school tapi dekat dengan rumah. Finally, they send me to SGGS.

We were all girls and surprisingly, the teachers also mostly perempuan. Kalau ada cikgu lelaki pun, yang sudah tua. Jika ada cikgu lelaki yang muda, eeemmmm memang malanglah cikgu tersebut. Sudah tentu kena buli dengan anak murid. Itu agaknya PPD tidak hantar cikgu lelaki muda ke sekolah kami. Saya masih ingat semasa saya di form 1, ada cikgu muda lelaki mengajar subjek Bahasa Malaysia. Memang selalu merah-padam muka bila mengajar kena usik dengan anak murid. Cikgu Sailan nama beliau. Saya ingat beliau kerana beliaulah saya dikenali rakan-rakan dari kelas yang lain. Beliau telah memilih salah satu karangan saya untuk dibacakan di hadapan kelas. Saya sepatutnya simpan karangan tersebut, supaya nanti boleh tunjukkan kepada anak saya pula. Semasa saya bekerja di MIMOS, saya terjumpa beliau. Sebenarnya beliau yang datang berjumpa saya untuk technical advise & kemas-kini akaun internet. Saya bertanya, adakah beliau masih mengajar? Cuba teka??? Pasti, jawapannya TIDAK. Agaknya beliau serik kena buli dengan anak murid, jadi terus tukar profession sebagai bankers. Ada cikgu yang kami panggil DOREMON. Alahai..zaman budak-budak penuh kenakalan. As I remembered, our teachers are all very good and dedicated. Thank you to all of them.

So many good things to talk about this school. The school that have reached its golden age (more than 100 years) surely kept so many success stories inside. My husband's grandmother was ex-SGGS too. In her aged of 90++ years, retired teacher but her stamina & character very inspiring me. Masih membaca...membaca surat khabar berbahasa Inggeris. Saya yang baru berumur 30++, membaca sedikit bahan ilmiah, sudah merasa muak & mual. Bagaimana hendak pandai & maju? Nenek kami contoh product SGGS yang baik. Dan sebenarnya ramai lagi product SGGS yang berjaya di luar sana.
Photo: Prefect board, SGGS, 1994.
One of my old friend just tag me this photo via Facebook. The photo was taken in 1994 with our headmistress and discipline teachers. We were the school prefect. I cannot recall some of them. Shame on me. Poor memory instead. Luckily, we had FB nowadays. I get connected to most of them through my FB. Most of them now are very successful with their career. Many have become a medical doctors. Try to spot which one is me? Looking at this photo, really..really made me missed my school time so badly. Can we turn around the clock back???

Keukenhof, Holland

Pagi tadi semasa menghantar anak ke sekolah, saya menjenguk ke halaman jiran. Kelihatan snowdrop telah memunculkan diri. Itu petanda spring is coming! Snowdrop adalah wild flower yang akan kelihatan liar tetapi menarik apabila ianya bercambah berbunga in the early Spring. Tinggal di negara 4 musim, sudah pasti musim bunga paling dinantikan kerana datangnya spring maka berakhirlah winter. Sudah tidak tahan dengan musim sejuk sebenarnya. Tambahan di sini, is very cold in winter. Due to its ocean-facing position Hull gets pretty darn freezing in winter. If your accomodation is double glazing with a decent fire then you can chill the cold winter in Hull. Kulit akan menjadi kering kerana siang dan malam berdiang dengan heater. Dan yang paling tidak tahan ialah the gas bill. He...he Mencecah ratusan pound! (ketawa dalam tangisan). However, the cold is getting over now. Looking forward to see bunga-bungaan di taman jiran, next door. Jiran saya namanya Katherine & Mike. Sepasang suami isteri yang sudah separuh umur dan sangat baik hati. Mereka tidak dikurniakan zuriat, jadi saya rasa kasih sayang mereka dicurahkan kepada garden mereka yang sangat cantik. Hasilnya, bunga rose Kat akan kembang mekar setiap kali musim bunga. Bayangkan, bunga rose Kat apabila ianya kembang mekar akan jadi lebih besar dari muka saya! Pokok pear & plum mereka akan berbuah lebat & mereka pasti akan dermakan sebakul untuk kami.

Kebanyakan wanita meminati bunga tetapi ada juga sang lelaki meminati bunga. Jika tidak ada demand terhadap bunga pasti tidak akan wujud florist di dunia ini. Ada permintaan maka ada penawaran, itu hukum ekonomi. Ada wanita di luar sana yang tidak menggemari bunga? Mungkin ada. Kami ke Keukenhof untuk melihat bunga. Jauh berjalan semata-mata untuk melihat bunga? Sebenarnya kami ke sana bukan sekadar untuk melihat bunga. Tetapi untuk melihat juga bagaimana orang Netherland sangat berjaya dengan hasil pertanian mereka. Ada kawan yang sanggup day trip terbang dari UK ke Holland semata-mata untuk melihat keindahan tulip di Keukenhof. Memang cantik Keukenhof. Pandai serta mahir engineer landscape develop taman tulip di sana.

Photo: Tulip pelbagai warna.
Walaupun pada hakikatnya, ladang tulip yang lebih besar adalah di utara India bukan di sini. Tetapi ramai yang berkunjung ke sini apabila tiba musim bunga. Itu bezanya di antara negara maju dengan negara lain. Mereka lebih dahulu 'melabelkan' diri mereka. Ingin melihat tulip? Datanglah ke Keukenhof dan bukannya ke utara India. Itulah label yang diberikan negara maju kepada mata pengunjung.

Keukenhof is located in South Holland in the small town of Lisse, south of Haarlem and southwest of Amsterdam. Dari bandar Amsterdam kami menaiki train untuk ke Schiphol. Setibanya di sana, memang ada bas yang menanti untuk membawa kami ke Keukenhof. Bas itu percuma kerana kami sudah memiliki ticket untuk memasuki Keukenhof. Seharian kami berjalan-jalan mengamati keindahan Keunkenhof. Anak-anak saya memang teruja melihat bunga-bungaan penuh, kemas & rapi ditanam di sana. Ada juga tempat khas disediakan untuk kanak-kanak bermain. Sesekali ada juga tangan gatal mereka cuba untuk memetik bunga. Terutamanya si Arissa, perasan menjadi model seperti lagu nyanyian Rahimah Rahim, Gadis dan Bunga. Saya suka lagu itu.

Photo: Bas dari Schiphol to Keunkehof.

Photo: Tulip, Keunkenhof, April 2010.
Jika lapar boleh berhenti makan & rehat di cafe yang disediakan. Saya dapati setiap bahagian taman ada disediakan cafe. Cumanya tiada ruang untuk bersolat kerana setiap penjuru dipenuhi pengunjung Keukenhof. Kami akhirnya bergilir-gilir bersolat di tempat simpanan barang di main entrance. Muat-muat untuk rukuk & sujud sahaja. Kita juga boleh simpan beg atau sebagainya di dalam locker dibilik tersebut. Jadi tidak perlu membimbit beg yang tidak perlu semasa bersiar-siar mengamati keindahan Keunkenhof. Jika anda merancang untuk Keunkenhof, the best time to view the tulips is around mid-April, depending on the weather. Keunkenhof mempunyai official website, jadi anda boleh email kepada mereka untuk bertanya. Itu yang kami buat sebelum ke sana. Email dahulu dan bertanya adakah tarikh sekian-sekian, tulips is avail to view. Mereka akan menjawab setiap pertanyaan. Walaubagaimana pun jika anda tidak berpeluang melihat tulip di taman (bunga belum bloom), anda tidak akan rasa kecewa kerana ada taman tulip 'indoor' di Keunkehof. Dengan menggunakan teknologi moden, mereka telah membina taman tulip indoor. Tulip 'dipaksa' blooming walaupun tidak pada musimnya. Tetapi sudah pasti yang natural itu akan lebih cantik, menarik dan tertarik. Sesungguhnya penciptaanNya adalah yang terindah.