Tuesday 2 August 2011

Ramadhan Terakhir

Ini mungkin Ramadhan terakhir untuk kami sekeluarga di bumi England. Sebenarnya berpuasa di sini juga ada nikmatnya walaupun terpaksa menempuh jam berpuasa yang agak panjang. Rakan-rakan di bumi Australia, agak beruntung kerana Ramadhan di sana di musim winter, jadi awal waktu berbukanya. Namun sebaliknya di sini, waktu berbuka melewati jam 9 malam dan habis waktu sahur sekitar jam 3 pagi kerana Ramadhan di sini di waktu summer. Tetapi Alhamdulillah, walaupun waktu berpuasa yang panjang, sedikit pun tidak terasa lapar cuma sesekali terasa tekak kering, itu sahaja! Sebenarnya berpuasa bukan sahaja menahan dari lapar dan dahaga ianya lebih dari itu!

Dalam konteks sebagai pelajar PhD juga, banyak yang boleh dinikmati ketika bulan Ramadhan. Jadikan bulan ini sebagai bulan penuh untuk bangun solat malam memohon dari Allah supaya dipermudahkan urusan PhD. Dan selepas solat malam, boleh teruskan menulis kerja-kerja PhD, InsyaAllah anda akan berasa sesuatu 'kelainan'. Itulah berkat Ramadhan Kareem.


Kami akan merindui suasana berpuasa di sini. Walaupun tiada 'moreh' selepas solat sunat terawikh tetapi di sini imam akan membaca satu juzuk Al-Quran pada setiap malam. Dan terawikh diadakan dua kali pada setiap malam. Itu lebih berharga. Walaupun tiada ayam golek, cincau bandung, kuih tepung pelita etc, tetapi memasak juadah dari air tangan sendiri untuk hidangan berbuka kepada keluarga, itu lebih bermakna. Sebenarnya walau di bumi mana pun kita berada, Ramadhan tetapi sama cuma penghayatannya yang berbeza. Jadi ianya terpulang kepada kita untuk merebut ganjaran bulan ini.


Semoga Ramadhan kali ini lebih baik untuk kita dari segi penghayatan dan amalan. InsyaAllah.


SALAM RAMADHAN UNTUK SEMUA!


p/s 1 Ogos, hari lahir arwah abah saya. Bila tiba Ramadhan memang sangat teringatkan arwah. Saya kagum bagaimana arwah menjadikan bulan Ramadhan sebagai bulan untuk lebih bersedekah. Semoga amalan bersedekah & menderma arwah semasa beliau hidup diterima Allah. Al-fatihah untuk allahyarham.