Thursday, 24 February 2011

'Mereka' Insan Di antara Kita

Autism? Saya rasa kebanyakan orang sudah aware dengan penyakit ini pada masa sekarang. Dengan kecanggihan teknologi penyaluran maklumat di media cetak & elektronik, hatta bloggers-booming, tahap pendidikan ibubapa dan sebagainya, topik autism banyak diperbincangkan secara terbuka. Kawan saya ada menulis topik ini di blog beliau http://fakirfikir.blogspot.com/2011/02/autism-hal-yang-patut-anda-tahu.html

Saya tidak pandai membicarakan hal ini. Tetapi cuba menambahkan pengetahuan melalui pembacaan kerana saya juga bimbang jika ada di antara ahli keluarga saya mengalami autism. Weekend lepas kawan saya Zureen dari Coventry, meluahkan perasaan tidak puas hati dengan supervisor PhDnya yang dikatakan memiliki ciri-ciri autism. Berhadapan dengan orang autism perlukan kesabaran yang sangat tinggi. Supervisor Zureen pernah memarahi & menengking salah seorang superviseenya di dalam lab secara terbuka. Bukan itu sahaja, orang yang dimarahi itu sudah menangis & menggeletar tubuh badan ketakutan tapi terus di'bamboo'nya! Tiada perasaan supervisornya itu. Dengan lebih tepat, mereka tidak dapat menilai erti sedih, happy, takut dan sebagainya. Sangat cool kata orang.Mereka dengan 'dunia' mereka sendiri. Itu salah satu ciri autism.

Kawan saya berkahwin dengan lelaki autism. Saya pasti sebelum berkahwin beliau sudah tahu yang suaminya seorang autism. Kerana sebelum melanjutkan pelajaran ke overseas, suaminya sudah dikenal pasti lain dari orang normal dari segi keupayaan akademik-suaminya 'genius' tetapi very poor in social life. Saya berdoa semoga kawan saya tabah mendampingi suami autism. Suaminya tidak bersekolah seperti kanak-kanak lain, fortunately mereka dari keluarga orang berada. Mampu menghantar anak ke sekolah khas. Anak sulung seorang kawan juga mengalami autism. Dan anaknya juga seorang yang sangat bijak walaupun jarang hadirkan diri ke sekolah dan mendapat all A's in SPM. Anaknya tidak mahu ke sekolah kerana katanya sangat hygenic. Tidak mahu berkongsi tandas dan makan di tempat sebarangan seperti kantin sekolah. Di rumah anaknya itu perlu disediakan bilik dan tandas sendiri. Ingin di serve makanan seperti taraf hotel. Doktor pakar ada juga menasihati, jangan terlalu mengikut sangat permintaan anaknya yang bukan-bukan.

Sebagai ibu bapa yang telah mendapat pendedahan penyakit sebegini, saya juga sedaya upaya cuba memantau tumbesaran anak-anak saya. Kerana autism sangat sukar untuk dikenalpasti. Ianya tidak seperti sindrom-down. Saya pernah merasa sangat bimbang apabila anak sulung saya lambat bercakap. Orang tua-tua cakap, tidak mengapa mungkin berat mulut! Tetapi lambat bercakap dari usia yang sepatutnya kanak-kanak itu bercakap juga merupakan ciri-ciri anak autism. Dia lebih kenal nombor dari words. Mungkin ini peranan otak kanan & otak kirinya. Kerana bimbang, kami refer kepada health visitor, takut-takut Arissa menghadapi oral problem dan sebaliknya. Setelah melalui beberapa sessi, sebenarnya Arissa lambat bercakap kerana bi-language. Dia confused dengan bahasa harian yang dia dengar dan belajar. Kami ingin dia kuasai bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sama baik. Jadi saya bercakap bahasa Inggeris dengannya, dan bapanya bercakap bahasa Melayu dengannya. Malangnya, dia lebih selesa dengan bahasa Inggeris, mungkin faktor persekitaran. Jadinya, hanya beberapa perkataan Melayu yang dia pick-up, sedih betul kami. Sekarang bapanya juga terpaksa bercakap bahasa Inggeris bila berkomunikasi dengan anaknya. Dulu kami risau dia lambat bercakap, sekarang kami risau sebab tak larat nak layan dia bercakap! Padan muka. Anak saudara saya pernah dikhuatiri menghadapi masalah autism. Apabila namanya dipanggil, dia lambat respond, seolah-olah berkhayal dengan dunia sendiri. Ini salah satu ciri autism juga. Setelah dirujuk kepada pakar, rupanya telinganya tersumbat! Yang tragisnya, dia telah sumbat kertas ke dalam telinga sendiri. Patutlah apabila mak dia panggil dia buat tak dengar kerana telinga tersumbat.

Jadi jika tumbesaran anak-anak kita tidak seimbang, perlulah check-up. Mereka yang austism jika dijaga dan dididik dengan cara yang betul mampu mempamerkan keupayaan yang tersendiri. Tetapi saya pasti kesabaran yang amat tinggi dan jitu, diperlukan untuk membesarkan anak autism. Anak autism tidak tahu & kenal bahaya. Jika diletakkan periuk panas disebelah mereka pun jika mereka hendak pegang, mereka akan pegang! Mereka kadang-kadang boleh menangis tanpa henti (kalau orang tua-tua dikatanya sawan tangis) dan boleh tiba-tiba ketawa tanpa sebab kerana imaginasi mereka sendiri. Namun, jika kita dianugerahkan anak sedemikian, memiliki kawan atau saudara mara seperti itu, terimalah mereka seadanya. Jika ada yang boleh dibantu, cubalah bantu. Di UK banyak organisasi yang membantu anak-anak autism. Dan ada yang membantu menjanan dana/ raising fund untuk membantu ibubapa yang mempunyai anak autism. Dan di Malaysia juga, sudah ada NGOs yang bergiat aktif untuk membantu orang autism.
Seperti kata tuan Fakir di blog beliau, sesiapa sahaja boleh mendapat autism. Ada selebriti terkenal juga autism. Tom Cruise juga dikhabarkan autism. Saya tidak pasti ini betul atau tidak. Susan Boyle yang pernah membawa fenomena baru ke dalam rancangan realiti TV, Britain Got Talent juga dikatakan autism. Jika mereka seorang autism, mereka diklasifikasikan di antara orang autism yang berjaya. Ada juga orang autism yang sebaliknya. Marilah kita melihat ini dengan lebih positif. Kerana ini akan mengubah persepsi kita yang austism bukannya beban tetapi cabaran. Saya berharap Zureen, tabah menghadapi supervisornya yang dikatakan autism-5%, tidak berperasaan dan rasa hebat! Mana tahu kita yang disangka sangat normal ini juga ada sedikit ciri-ciri autism di dalam diri? Mungkin 5%? 1%? Anda boleh google, ada kuiz/soal-selidik yang boleh menilai sama ada anda memiliki ciri-ciri autism. Saya berdoa semoga examiner VIVA saya bukanlah seorang autism. Selain professional, beliau seorang yang berperasaan! Itu penting. Berasa belas-kasihanlah dengan keupayaan saya semasa VIVA nanti. We are human being. Nobody perfects!