Saturday, 15 January 2011

Paris, France.

















Sempena cuti Krismas yang panjang, kami sekeluarga sekali lagi mengambil peluang untuk ke Perancis. September yang lepas kami ke Marseille, saya ada conference di sana. Bercuti sambil bekerja, tidaklah begitu enjoy. Dan kali ini kami betul-betul bercadang untuk bercuti ke Perancis. Nah.. selama 7 hari, 6 malam kami bercuti di Paris. Bagi saya kota Paris, memang sangat cantik! Kagum saya melihat Eifel Tower berdiri megah di tengah kota tersebut. Pengalaman melihat bagaimana Eifel Tower bercahaya dengan sorakan manusia, adalah satu pengalaman yang berharga. The excitement was indescribable! Saya bertanya kepada suami, adakah designer tower tersebut engineer Gustave Eiffel tahu yang binaan beliau pada tahun 1889 mampu menjana jutaan Euro kepada Perancis? Jutaan pelancong datang ke Perancis untuk melihat monumen ini saban tahun. Tahukah juga beliau bahawa monumen ini bukan sekadar untuk ditonton dan ditatap, namun pada perkiraan saya ia mampu mengembangkan teknologi komunikasi kepada kota Paris pada ketika ini. Mungkin Gustave Eiffel manusia bijak? Dia mampu foresee kehebatan monumen binaan beliau.

Kebetulan kami ke sana di kala warga Europe berpesta dengan Christmas market. Sangat meriah, ia jarang dilihat seumpama ini di UK. Gerai-gerai kecil didirikan berderetan, mereka menjual barang-barang unik dan kebanyakannya adalah hand-craft yang sangat berkualiti. Dan harga barangan boleh tahan mahalnya. Kami membeli baju panas yang dikait dengan tangan untuk Arissa dan Aydin. Jahitannya sangat halus dan kualiti benangnya sangat baik. Baju-baju tersebut datang dari Peru. He..he di gedung membeli-belah terkemuka di Paris-LaFayette pun tidak ada menjual baju seperti itu.

Saya juga sangat teruja ketika berada di Disneyland Paris. Melangkah masuk ke Disney Park, hati saya berbunga-bunga. Seronoknya! Aura 'keseronokan' di mana-mana sebaik sahaja anda melangkah ke sana. Ini seorang lagi manusia bijak! Walt-Disney sangat bijak. Kartun animasi Disney dari dulu hingga kini menjadi pujaan kanak-kanak. Anak-anak saya yang baru setahun jagung juga kenal yang mana satu si Mickey? Donald Duck dan sebagainya. Saya sangat tertarik bagaimana mereka membina konsep 'taman' sebegini. Bagaimana cara mereka menjual merchandise mereka dan yang paling penting mereka terlebih dahulu mengkaji consumer behaviour!! Namun saya agak kecewa cara mereka menguruskan taman tersebut di waktu musim sejuk. Bagi saya setelah mereka mengaut puluhan jutaan keuntungan, mereka sepatutnya lebih perhatin untuk menyediakan kemudahan seperti path berheater di sepanjang laluan ke dalam taman tersebut.

Jika ada yang berhajat untuk membawa anak-anak ke Disneyland, spring atau autumn adalah waktu yang terbaik. Dan jika ada budget lebih, bermalamlah di Disneyland resort kerana anda boleh pulang berehat seketika untuk solat, makan dan sebagainya dengan mudah. Setelah berehat anda boleh sambung semula aktiviti di taman tersebut, ianya ditutup hingga lewat malam. Walaupun Disneyland Paris, hanyalah 1/3 keluasannya daripada Florida, itu pun kami tidak mampu 'jelajah' keseluruhannya.

No comments:

Post a Comment