Thursday 28 February 2013

Usia Kita

28 February 2013, hari lahir saya yang ke 36! Saya tidak pernah berahsia usia saya kepada umum. Saya tidak pernah berasa sensitif hal umur. Tidak pada sesetengah orang mereka sangat sensitif bila bercakap hal umur. Bagi saya umur hanyalah number. Nombor yang akan bertambah, bukannya berkurang itulah definasi  umur bagi saya. Ada orang umurnya baru 20-an tetapi sudah kelihatan seperti 30-an dan sebaliknya. Jadi untuk menilai seseorang merujuk kepada umur sangat subjektif. Namun, bagi saya umur merupa penanda aras dalam hidup. Jika sudah berumur tetapi masih berperangai kebudak-budakan itu sesuatu yang perlu diberi perhatian. Jika sudah berumur tetapi perpakaian seperti remaja belasan tahun, itu harus dinilai kembali. Jika sudah berumur tapi masih berfikiran pendek, itu harus diperbaiki. Maka peningkatan umur harus dijadikan sandaran untuk mempertingkatkan kualiti diri dan taraf hidup. 

Setelah hampir setahun lebih kembali ke Malaysia, recently baru saya berkesempatan berjumpa dengan kawan-kawan lama, terutama kawan-kawan sekuliah dulu. Mostly, mereka semua sudah berkerjaya (hebat-hebat belaka) dan berkeluarga. Ada juga beberapa orang sahabat yang sudah pulang ke Rahmatullah. Ini satu tanda aras juga. Ini menunjukkan saya juga semakin hampir untuk dipanggil 'pulang', bila? Entah...hanya Dia Yang Agung Maha Mengetahui. Jadi pesan untuk diri, bila umur sudah bertambah, eloklah beringat..yang semakin hari "rumah kata pergi, kubur kata mari".

 Ada kawan menegur saya .Kata beliau, saya tetap tidak berubah seperti dulu. Sama seperti dulu. Ye ke? Mana mungkin? Dulu 42-45kg. Sekarang? Haaaaiiiiiiii..dapat maintain 55 kg pun dah kira bagus. Tetapi ada yang berubah katanya (wah ..surprise nie?) Apakah itu? Makin jelita? Ooo itu tidak mungkin kerana saya tidak pernah amalkan menyuntik mana-mana bahagian tubuh untuk kelihatan cantik. Kata beliau saya makin 'wise' (really? buat muka terkejut, sambil tersipu malu). 

Alhmadulillah jika betul itu komen ikhlas beliau, saya terima dengan lapang dada. Hakikatnya, saya memang berazam untuk menjadi lebih 'wise' selari dengan umur yang hampir mencecah 4 siri. Takut juga menghadapi 'mid-life- crisis, especially bagi perempuan seperti saya. Saya berdoa semoga Allah sentiasa mengasihi dan melindungi saya untuk menempuh hari-hari mendatang dengan baik. Saya ingin mengecapi keindahan hidup ini semaksimum yang mungkin kerana saya tahu masa yang kita ada adalah SEKARANG! Bukannya ESOK. Kerana ESOK belum lagi tentu bakal menjadi milik kita.