Monday 17 January 2011

Winter

Cuaca hari ini tidak sesejuk hari-hari sebelumnya. Dan pagi tadi semasa menghantar anak saya ke sekolah kami tidak lagi memakai glove. Sambil berjalan kami berbual-bual dan tiada kelihatan 'kepulan asap' keluar dari mulut kami. Jika tidak hendak buka mulut pun malas kerana bibir mulut terasa kebas. Nikmatnya!
Photo: Winter 2009
Apabila kawan-kawan di Malaysia melihat gambar kami bermain salji mereka teruja. Kata mereka seronok. Ya, memang seronok. Tapi , hakikatnya mereka juga perlu tahu betapa tidak seronoknya apabila suhu berada di bawah melebihi paras beku. Sejuk! Terasa ingin tarik selimut untuk tidur sahaja. Tambahan pula dengan malam yang panjang. Pukul 3 petang sudah masuk waktu maghrib. Ada nikmatnya juga! Jika berpuasa, sekejap sahaja sudah boleh berbuka. Tetapi harus juga berhati-hati, jika silap langkah, musim ini merupakan musim 'bina badan'. Apa tidaknya, hendak keluar rumah 'malas' sebab cuaca sejuk, tetapi perut asyik lapar minta diisi. Memang boleh jadi beruang kutub.
Photo: Whinfall Forest, Cumbria.
Tapi esok adakah kami juga tidak perlu memakai glove semasa ke sekolah? Jawapannya-mungkin YA, mungkin TIDAK. 50-50. British weather is unpredictable! You can have four seasons in a day. So, be prepared.
Sebenarnya kita boleh belajar sesuatu dari fenomena alam ini. Contohnya, di dalam konteks kehidupan kita seharian, kadangkala akan berlaku perkara yang di luar jangkaan kita. Hari ini saya memasak mee udang ala2 MEE UDANG Sg Dua. Jika sesiapa yang pernah ke Penang, mesti pernah mencuba MEE UDANG Sg Dua. Anak-anak saya memang gemarkan udang. Jadi lebih 20 ekor udang harimau saya letak dalam sajian tersebut. Malangnya, tiba-tiba anak perempuan saya berkata 'mummy I don't want prawn'. Dan dia hanya memakan mee kosong sahaja hari ini. Ini memang di luar jangkaan saya! Jadi berlebih-lebih lah udang kami hari ini. Memang di luar jangkaan suami saya, yang dia dapat makan udang lebih hari ini. He..he. Rezeki di luar jangkaan beliau.