Sunday 30 January 2011

Apakah Nasib Kami Sebaik Beliau?

Sejak kebelakangan ini, saya sering 'bertapa' di rumah dan jarang ke ofis untuk bekerja. Ini kerana saya merasakan lebih selesa dan mahukan privacy. Privacy bermakna saya boleh sepahkan bahan rujukan menulis saya dari atas meja hinggalah ke lantai. Tiada siapa yang peduli. Cuma kadang-kadang anak perempuan saya yang sedikit prihatin dengan kertas-kertas rujukan yang bersepah. Bukan dia berminat untuk mengemas, tetapi dia sebenarnya berminat untuk melukis di atas kertas-kertas tersebut. Namun dihujung minggu saya tetap akan ke ofis kerana keadaan ofis nyata selesa. Tiada ramai orang bekerja pada hujung minggu! Jika ada pun hanya kami 2-3 orang yang senasib iaitu yang bekerja 24-7 tanpa rasa dipaksa. Tetapi sebenarnya ia seperti paksa-rela. LoL.
Kelmarin, saya berbual dengan desk-mate saya. Dia berasal dari Nigeria. Walaupun bidang kajian beliau tidak sama dengan saya, tetapi kami selalu berbincang. Mostly cerita-ceriti PhD, dan selainnya cerita-cerita yang berlaku disekeliling! Yang terkini kami bercerita dengan apa yang berlaku di Mesir. Beliau membuat conclusion yang pemimpin Mesir sekarang, perasan yang dia adalah 'firaun' zaman moden. Sebenarnya saya kurang arif perihal politik. Jadi saya hanya suka mendengar komen beliau tentang politik kerana saya tahu dia arif bercakap perihal politik. Dia juga suka saya komen kerja research beliau, walaupun dia tahu saya sebenarnya tidak sangat tahu perihal investment portfolio. Sebenarnya di dalam dunia PhD ini, anda juga perlu tahu bagaimana untuk menjadi pendengar setia. Ini kerana akan ada saja rakan PhD anda yang tiba-tiba datang meluahkan perasaan kepada anda takala fikiran mereka serabut dan kacau. Jadi untuk segera membantu menyelesaikan masalah, itu belum tentu saya dapat buat. Jadi cukup sekadar menjadi pendengar setia kepada mereka.
Saya juga beritahu rakan dari Nigeria itu, yang saya betul-betul miss our colleague seorang lagi, dari Saudi asalnya. Orangnya sudah berumur tapi sangat kelakar. Jika stress apabila dengar dia buat lawak, memang confirm boleh hilangkan stress. Sebenarnya dia rakan stayback saya. Apabila hanya tinggal kami di dalam bangunan ala-ala sekolah Harry Porter ini, jika beliau hendak ke pantry, pasti akan diajaknya saya jadi peneman. Dia takut jembalang bangunan buat 'lawak' dengannya- agak saya. Sebulan yang lepas, beliau telah selamat VIVA setelah lebih 4 tahun bertungkus-lumus. Ada macam-macam cerita orang berVIVA sebenarnya. Ada yang berlangsung hampir 4 jam. Bayangkan 4 jam?! Tetapi Alhamdulillah, VIVA beliau tidak sampai pun 1 jam! Saya meminta beliau buat rumusan kejayaan VIVA beliau dengan hanya sebaris ayat. Dia menjawab 'BE VERY GOOD WITH YOUR SUPERVISOR'! Dalam maksud beliau.
Saya bersetuju dengan beliau sebenarnya. Di dalam satu conference, kami pernah diberitahu formula untuk berjaya dalam VIVA dan sekaligus PhD. Ada 4 perkara penting yang dinyatakan.
Pertama - You! Yourself. Meaning your work indirectly.
Kedua- Your supervisor (s).
Ketiga- Your examiners (the internal and external)
Keempat- Your publication (s).
Tetapi yang paling pokok kata panel itu lagi adalah perkara (1), (2) dan (3). Dan jika anda ada perkara ke (4), itu sudah BONUS buat anda! Dan pasti examiner tidak ada banyak soalan untuk bertanya! You are safe.
Rakan Saudi sudah tamat perjuangan PhD beliau. Apakah nasib kami sebaik beliau? Saya bertanya-tanya kepada rakan Nigeria. Beliau tidak menjawab, tetapi hanya melemparkan senyuman yang penuh bermakna. Dalam maksud senyuman beliau. Senyuman penuh misteri pun ada juga- saya dapat rasakan!

Thursday 27 January 2011

Satu Budak Hitam

Hari ini, 28 Januari 2011 hari lahir adik saya yang ketiga. Dia antara ahli keluarga yang dilahirkan pada date yang sama dengan saya. Kami sekeluarga panggil dia 'chik'. Sebab ketika itu kami adik-beradik yang lain semua dah besar panjang, dia seorang sahaja budak kecil yang tiba-tiba hadir dalam keluarga. Jarak umur chik dengan chaq (adik saya yang kedua besar) adalah sebanyak 12 tahun. Bayangkan 12 tahun kami tidak merasa ada adik kecil. Jadi kehadiran chik memang dinanti-nantikan semua orang. Saya lagi seronok, kerana in January 1995, saya sedang menanti keputusan SPM. Jadi selain mengisi masa lapang dengan hanya ke kelas komputer dan menaip untuk menambah skill, ada juga kerja sampingan lain- iaitu melayan adik baru.

Chik' s character is slightly difference from my other siblings. Semenjak dia masih kecil, he's very independent child, ingin buat kerja seperti orang besar. Agaknya dia 'tercabar' tengok kebolehan kami, abang dan kakaknya yang semua ternyata lebih besar dari dia ketika itu. Dia seorang yang pendiam tetapi penuh pendirian. Jangan cuba 'jentik-jentik', nanti tanpa budi-bicara dia akan smash balik. Tapi saya tahu dia berjiwa penyayang sebenarnya. Dan dia juga berkulit agak gelap dari kami adik-beradik yang lain. Kami selalu menyakat chik dengan extra-colour kulit yang dia miliki. Kami kata dia anak angkat sebab dia seorang saja hitam, satu budak hitam! He..he.. dia akan meraung menangis bila disakat sedemikian! Dulu-dulu saya selalu tanya mak kenapa chik 'gelap'? Mak selamba berseloroh, terkena kenan mamak jual kain di Baazar Chowrasta, Penang seraya balas Mak. Kebetulan Mak memang selalu ke sana semasa mengandungkan chik untuk beli kain, paling tidak pun untuk singgah makan laksa atau cucur udang mamak yang dijual di satu lorong Baazar Chowrasta. Sedap. Teringat-ingat saya kesedapan laksa pakcik tuh, terbau-bau aromanya. Entah ada lagi atau tidak pakcik yang jual laksa itu sekarang?
Dan di kalangan adik beradik yang lain, dia banyak mewarisi minat bersukan arwah Abah. Semasa bersekolah, saya juga minat bersukan. Pernah menjadi olahragawati sekolah semasa berusia 12 tahun dan sekali seumur hidup dapat mewakili negeri untuk MSSM pada tahun 1989 untuk sukan bola baling. Tetapi apabila ke peringkat menengah, potensi sukan saya terbantut, entah mengapa. Semasa chik kecil, hanya arwah Abah yang dapat mengesan kebolehan dia bersukan. Dan cuba mengasah minat bersukan dari chik kecil. Antaranya chik suka sangat main air, mandi kolam. Jadi arwah Abah bina kolam kecil untuk dia berendam. Agaknya dengan harapan chik boleh jadi perenang yang baik. Tapi sekarang chik sudah tidak minat berenang. Kolam yang dibina itupun sudah 'kecil' untuk dia buat kuak lentang atau kuak pupu-kupu. Dan yang paling sedih kolam tersebut pun tidak lagi terurus sejak Abah tiada. Mak ada mengupah orang untuk bersihkan kolam dan halaman rumah tapi ia tidak sebersih dan secantik arwah abah jaga!
Photo: Chik bersama adik bongsu di dalam kolam arwah Abah bina, 2005.
Dan kini, chik hanya minat memanah. Sukan memanah. Setiap minggu jika saya menelefon ke Malaysia, Mak selalu update yang chik tak sudah-sudah dengan latihan memanahnya. Bertambah 'manis' dan pekatlah gelap si chik kerana setiap minggu berjemur di lapang sasar memanah. Dari negeri-negeri di semenanjung Malaysia hingga ke negeri Sabah chik menjelajah pergi untuk menghadiri tournament. Emak saya sangat risau jika chik tidak dapat membahagikan masa antara belajar dan bersukan. Tetapi Alhamdulillah, keputusan PMR yang lepas, chik agak cemerlang walaupun sibuk dengan latihan dan kejohanan memanah.
Photo: Gaya seorang pemanah amatur.
Tetapi kekadang melampau juga si chik nie, Mak bengang dan bingung bila dia sangkut bow memanah dia di dalam almari baju! Dia kata peralatan archery semuanya mahal, jadi kena jaga elok-elok. Chik sekolah berasrama, jadi jika bercuti dia akan heret sekali 'buah hati'nya itu balik ke rumah. Agaknya kalau boleh, semasa mengadap makan pun hendak duduk sebelah menyebelah bagai pasangan kekasih. Dia ingin menjadi pemanah elit kebangsaan. Dia ingin menjadi atlit negara. Itu cita-cita dia!
Photo: Chik di dalam salah satu kejohanan sukan memanah, 2010.
Sebagai kakak saya tumpang gembira dengan kejayaan chik dalam bidang sukan. Walaupun Abah sudah tiada, semangat yang pernah allahyarham pupuk untuk kami adik-beradik terus berjaya dalam bidang yang kami ceburi tidak pernah padam, termasuk chik. Saya doakan chik terus cemerlang dalam bidang yang dia telah ceburi. Terus membina kecergasan minda dan fizikal beliau melalui sukan yang dia minati. Saya ingin dia tahu, yang kami semua ahli keluarga sentiasa akan menyokong usaha beliau untuk mencapai cita-citanya sebagai atlit negara. Dan yang paling utama, saya berharap chik juga menganggap bersukan sebagai satu ibadah! Itu cita-cita yang lebih berkat.

Muhamad Hakimee..hey budak hitam, selamat ulangtahun kelahiran yang ke 16!

Monday 24 January 2011

Mamak, kopi kurang manis satu!

Kelmarin kami ke Manchester kerana suami ada sedikit urusan di sana. Jika ke Manchester, pasti kami akan singgah membeli-belah di Wing Yip Supermarket- Chinese and Oriental Food. Bila ada perkataan 'oriental' di situ, ini bermakna ada barangan dari the East, termasuk grocery dari Malaysia juga ada dijual di sana. Di sana boleh di dapati, Kicap Manis & Masin Kipas Udang, Kaya Nona, roti canai Kraft segera, pau segera, cili sos MAGGI (*Nota: sekadar menamakan beberapa barangan pilihan yang diimport dari Malaysia dan yang selalu dibeli), daun pandan, daun pisang, kunyit hidup, lengkuas, petai, durian, rambutan dan manggis pun ada kalau kena musimnya.
Di Hull, ada juga di jual di Indian & Chinese grocery shop, tapi tidak variety seperti di Wing Yip.
Mendapatkan makanan oriental di abad ini tidaklah sesukar zaman ibu dan ayah kita tinggal di luar negara. Zaman mereka, teknologi logistic belum efficient, teknologi pembuatan dan pembungkusan makanan segera dari Malaysia belum ada, jika ada pun belum dikomersilkan. Kini tinggal di England pun boleh makan nasi lemak berbungkuskan daun pisang, jika rajin dan tidak kisah pada budget. Ini kerana sebungkus daun pisang, yang tidak sampai 2 meter panjangnya, sudah makan budget £10.00. Mahal tuh kalau diconvert ke ringgit Malaysia. Bila dah habis makan, nak buang pun sayang. Teringat kisah seorang kakak senior di sini, beliau buat lepat pisang. Bila anak-anak dia sudah habis makan, dia suruh anak-anaknya jangan buang daun pisang yang digunakan untuk balut lepat. Anak dia tanya kenapa? Dia cakap, 'mak nak recycle'! Begitulah adat merantau-belajar di negara orang, pertama berjimat cermat kerana susah hendak dapat (tak selalu di jual), keduanya berjimat cermat kerana takut budget scholarship tak cukup (bagi yang datang belajar dengan scholarship).
Banyak kami borong kelmarin, terkejut suami semasa hendak membayar. Agaknya sebab VAT di UK dah naik, maka barang-barang pun semua naik harga. Saya cuba tenangkan beliau, tidak mengapa kita 'adjust' stock ini semua untuk penggunaan 3 bulan. Semasa di dalam kereta, kami berbual-bual, sambil minum air soya kotak brand YEO'S. Jenama dari Malaysia. Kenapa air soya Yeo's di sini tak sedap yer? Saya bertanya kepada suami. Betui, kurang manis! Balas beliau dalam loghat Utara yang pekat. Kami membuat kesimpulan, agaknya mereka mengeksport air soya mengikut citarasa masyarakat di sini ataupun specification barangan untuk dieksport harus memenuhi piawai tertentu termasuk sukatan gula. Mat saleh kurang/tidak minum manis. Jika minum coffee dengan mereka, berhati-hati. Saya boleh 'pening' 360 darjah dengan daya kepekatan kopi mereka tanpa gula! Agaknya sebab itu harga gula di Malaysia jadi barang kawalan, kerana high demand. Kuih manis-manis, minuman manis-manis. Di sini satu packet gula hanya 99p!
Sepatutnya kami pun kena follow cara pengambilan gula orang di sini, jika tidak mahu kena diabetic. Saya tahu selain gula ada banyak faktor lain yang boleh menyumbang kepada diabetic. Tapi kandungan 'gula' yang tinggi menyebabkan kita senang dihingapi penyakit ini. Kami harus lebih berhati-hati, kerana kami bakal 'pewaris kilang gula' dari keluarga jika tidak dipantau pengambilan gula. Arwah abah saya seorang pengidap diabetic. Seingat saya dari saya sekolah, beliau sudah mengamalkan 'diet' untuk pesakit diabetic. Bermula dari diabetic, beliau mendapat cataract dan arwah terpaksa menjalani 3 kali seminggu hemodialisis because of the kidney failure. Bapa mertua saya juga pengidap diabetic. Tetapi Alhamdulillah, beliau sangat menjaga pemakanan dan sangat berdisplin with his medication. Tetapi makanan yang manis-manis tetap menjadi kegemaran beliau walaupun mengurangkan makanan yang berkanji dan sebagainya.
Kini, usia kami agak muda, bukan masih muda, hanya agak muda jika dikira perbadingan purata jangkahayat penduduk Malaysia. Darah masih kuat, jadi tidak alah penyakit. Tunggulah umur lanjut sikit, jika tidak dijaga pemakanan, pasti akan dihinggapi penyakit-penyakit yang tidak diingini. Saya ingin hidup sihat, jika dijemput Tuhan ke rahmatullah pun biarlah dalam keadaan sihat. Ingin beribadat kepadaNya hingga hujung nyawa dalam keadaan yang sihat. Oleh itu azam saya dan suami jika pulang ke Malaysia nanti, 'mamakkkkkkkkkkk...kopi kurang manis dua!'.
p.s Tetapi jika anda ke rumah saya dan dijamu minum kopi, jika kopi saya terasa tawar janganlah segan silu untuk maklumkan. Mana tahu mungkin hari itu saya terlupa letak gula!

Friday 21 January 2011

Permata

Alfatihah buat Allahyarham Mas Afzal Masarudin. Saya tidak mengenali beliau secara langsung. Namun semenjak mendapat email dari group mailing lists di sini, memohon bantuan bagi meringankan beban Allahyarham (ketika itu beliau masih di Sheffield) saya terus menjadi silent reader kepada blog beliau. Saya masih ingat, setahun yang lalu apabila melihat video ucapan beliau yang di upload ke Youtube oleh rakan, saya memang serius menangis. Sedih, kagum, belas-kasihan dan macam-macam perasaan bercampur baur. Tertanya-tanya kenapa insan sebaik allahyarham diduga sedemikian? Hanya Dia yang tahu!
Sejak beliau pulang ke Malaysia, saban hari saya akan menjenguk ke blog beliau bukan hanya kerana ingin mengetahui perkembangan terkini kesihatan beliau. Tetapi saya ingin juga membaca apakah his WISDOM of words for today? Nukilan beliau di blog is very inspiring to anyone who read it.
Recently, saya dapati blog beliau sudah lama tidak di update, sehinggakan saya blog-walking ke blog his brother, juga tidak ber update. Dan hari ini apabila saya ke blog ini, http://masafzal.blogspot.com/ ibu beliau yang meng update. Sekali lagi air mata saya berderai, apabila membaca bait-bait ayat ibu allahyarham dan komen-komen dari pembaca blog Not the Primrose Path. Sebagai seorang ibu, saya memahami perasaan seorang ibu yang kelihangan anak yang dikasihi. Sebagai seorang ibu saya juga bersyukur jika dikurniakan anak seperti Afzal. Apa amalan ibu beliau sehingga dikurniakan anak soleh dan setabah allahyarham? Ibu beliau wanita beruntung melahirkan insan seperti allahyarham.
Saya doakan roh allahyarham Dr Mas Afzal Masarudin dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Walaupun tidak ada lagi coretan dari Mas Afzal di blog beliau selepas ini, namun his wisdom of words sentiasa terkesan di hati ramai pembaca blog allahyarham! Allahyarham Mas Afzal boleh diibaratkan seperti permata yang tidak pernah pudar sinarnya!

Thursday 20 January 2011

Di manakah mereka?

Sebentar tadi, ketika membuat 'housekeeping' kepada salah satu thumb-drive lama, saya ternampak satu folder ini. Folder gambar sebahagian anak didik saya tiga tahun yang lepas. Boleh juga saya katakan 'adik didik' kerana ada di antara mereka hanya berbeza umur 4-5 tahun dari saya. Bukan saya ingin mengatakan saya muda, cuma mungkin ada di antara pelajar ini menyambung pengajian lewat dari umur biasa atau atas sebab-sebab lain.
Photo: Student Diploma in Banking (Part 6)
Photo: Student Diploma in Business Studies (Part 6)
Sebelum membuat keputusan berhenti kerja dari MIMOS Berhad pada penghujung 2006, saya memang agak bimbang jika pilihan kerjaya baru saya membosankan! Tetapi Alhamdulillah, apabila bertemu anak-anak ini, saya rasa pilihan untuk berhenti kerja sebagai pegawai di syarikat semi-kerajaan itu, tidak salah. Saya rasa lebih dihargai dan dihormati walaupun gaji yang diterima jauh lebih rendah dari gaji saya di MIMOS Berhad. Ini bukan masalah gaji. Ini satu penghijrahan. Saya rasa seronok apabila student menjawab soalan peperiksaan dengan baik. Ini bermakna apa yang saya ajar di dalam kelas, mereka faham. I feel satisfied. Mereka pelajar rajin dan pandai sebenarnya. Masakan tidak, syllabus UiTM sememangnya seratus-peratus diajar di dalam Bahasa Inggeris. Jika tidak gigih, pasti akan ada yang tidak memahami lecture notes in English. They have to prepare the assigments and answering exam questions in English too. Saya berminat dengan sistem akademik di UiTM. Organisasi pendidikan ini mengajar studentnya menjadi 'matang' dan lebih berdikari. Inilah agaknya harapan Dato' Onn Jaafar melalui peranan RIDA untuk memajukan kaum bumiputera pada era 50-an dahulu. Pada pengamatan saya, usaha murni ini berjaya. UiTM telah melahirkan ramai orang yang 'berjaya', ada yang menjadi ahli perniagaan, tokoh akademik dan tidak kurang juga selebriti ternama dalam bidang fesyen, masakan, broadcasting dan sebagainya.
Photo: Student Bachelor in Business Administration (Marketing)
Saya hampir membatalkan hasrat saya untuk ke UK kerana sudah jatuh cinta dengan UiTM. Namun atas beberapa nasihat yang diberikan oleh 'boss' baru saya sekarang, saya meninggalkan UiTM pada September 2007 dengan seribu kenangan indah. Saya juga mendoakan agar anak-anak ini semua berjaya dan bakal menempah nama di dalam mana-mana industri di Malaysia atau antarabangsa. Saya pernah berpesan kepada mereka, jika terjumpa atau terserempak saya di mana-mana, tegurlah kerana saya tidak mungkin/mampu mengingati mereka-mereka semua.
Terima kasih kerana pernah menjadi anak/adik didik saya.

Wednesday 19 January 2011

Venice, Italy.

Pizza and Pasta are very synonym with Italian foods. And it has always been a misconception that Marco Polo brought pasta back to Italy from China. Actually, the Arab was believed to introduce the pasta during their conquests of Sicily. Apa boleh buat, lembu punya susu sapi dapat nama? This is how people get to know the West better/more than the East- a 'make-up' story!

Our dear architect friend, Eita is married to Italian. She has encouraged a lot of 'Italian stories' to us, food, fashion...and especially when it comes to an architecture stuffs. You know architect, they'll get very excited when telling us about 'bangunan', which I have zero knowledge about that. Asyik dengar Eita's story mana boleh kan? Finally, we decide to follow her back to Italy on last spring. I cooked my own pasta, and do eat pizza in Malaysia and UK, and it wasn't my favourite at all. I tekak and perut orang Melayu. But my goodness I did'nt know that pasta and pizza in Italy are super-duper yummylicious! Once try, you wanted to eat more and more. If you come here, you should try their sea-food pizza. Yeah...and also not to forget - the ice-cream. My husband is an ice-cream lover. He said Haagan Dazs pun kalah. Memang terbaik dari ladang, Italian ice-cream.
Photo: At Piazza San Marco, this place is extremely popular with pigeons
When we were in Italy, we went to Venice. We took the water taxi from the Marco Polo airport to the Piazza San Marco. The water taxi is actually a boat. We are very lucky, during our trip back to Tessera-Marco Polo airport, we had a very nice boat. Inside the boat only us and another younger couples. So it is like our 'private boat'. But me so jakun and scared sitting inside the small boat. Rasa macam duduk dalam botol yang dihanyut ke tengah lautan. So, I just sit-down straight-up and grasped my hand firmly onto the seat.

Venice is a beautiful place indeed. No doubt why it should been known as 'City of Water', 'City of Mask', 'City of Bridges', 'City of Canals' but not City of Honda..he..he. Pusing kanan, pusing kiri you will see water and canals, people is selling hand-craft mask, I tell you the workmanship of the masks is very beautiful. But the very mean bridges, made me tired. Apa taknya? Husband and I have to 'carry' our kids push-chair every time when we want to cross the bridge. Not only that before you could cross over, you have to climb up and down a few steps (at least 5-6 steps). I think within 100-400 meters away, you will 'meet' a bridge. He..he letih den & hubby nak mengangkat push-chair, lagi letih kalau anak den tertidur! Kalau tak tidur boleh kerah mereka bangun panjat sendiri jambatan bertangga itu. So if you come here with small kids and looking forward to bring the push chair for convenience, you better find the light one! After all tiring 'mind your steps', please don't forget to take your beautiful picture at the Rialto Bridges-the oldest bridge accross the grand canal.

Photo: On the Grand Canal, view of the Rialto Bridge.
We also took the opportunity to experience gondala. It worth paying the 80 Euro if you are the first timer. Second time? I think you should think twice unless you really like 'boating' along people's alley. However, I really admired how the gondolier control the gondola and they are all men. But when I googled just now, Wikipedia told me that Giorgia Boscolo became Venice's first female gondolier in August 2010. When we were there, she's not yet ready, if not boleh minta autograph. LoL. It is not that easy to handle the gondola I guess, especially when it passing under the bridge. And also during gondolas traffic jam. Jangan ingat atas darat sahaja jammed, atas air pun boleh jammed. Of course there'll be a high traffic,because a lot of tourists come to Venice and they won't miss the gondola like we do!

Photo: Venice, Spring 2010.

Tuesday 18 January 2011

Autumn

Autumn in My Heart! Ini tajuk cerita drama Korea yang ditayang oleh TV3 suatu ketika dulu. Sudah lama, tak silap saya sekitar awal milenium. Saya masih ingat waktu tayangan adalah lewat petang. Apabila balik dari kerja WAJIB duduk depan TV, tengok cerita ni. Kadang kala sampai emak bising, sebab lewat solat maghrib. He..he selalu sebenarnya emak bising, kalau lewat solat sebab leka tengok drama Korea! Cerita best, family & love polemic, tapi sad ending! Menangis juga saya tengok ending cerita nie. Betapa tinggi tahap penghayatan yer? Tengok Korean drama pun boleh tangkap leleh. Saya terfikir kenapa writer cerita ni, pilih tajuk Autumn in My Heart dan bukan tajuk lain? Bila diamati sendiri suasana dan keindahan autumn, YES memang SESUAI tajuk tersebut dengan drama itu.

Jika sesiapa yang melihat keindahan autumn atau di United States di panggil fall, pasti akan ada yang terkesan di hati. Sangat cantik. Keindahan warna alam ketika itu bagi saya tiada siapa yang dapat melakarkannya ke atas kanvas. Jika cuba dilakar sekali pun, tiada yang dapat 'meniru' ton semulajadi itu. Sungguh menakjubkan warna alam ciptaan Tuhan. Saya tidak tahu bagaimana orang lain rasa, bagi saya autumn musim yang sangat tenang. Saya suka melihat daun-daun berwarna oren, kuning & merah berguguran ke bumi. Bagai hamparan permaidani 'emas'. Apabila dipijak daun-daun kering itu, ada satu 'bunyi' yang mendamaikan. Saya pasti akan merindui bunyi memijak daun kering satu hari nanti.
Photo: Arissa with maple leaves, Autumn 2010, Hull University.
Sebenarnya sewaktu saya kecil dahulu, pernah juga memijak daun-daun kering. Daun getah! Saya pernah mengekori arwah nenek ke kebun getah untuk kutip biji pokok getah. Biji getah yang baru gugur dari pokok yang kami cari sebab masih 'berkilat-kilat' dan cantik. Kenapa biji getah yang dicari? Sebab biji getah itu akan digunakan sebagai biji buah congkak. Dan papan congkaknya, adalah di atas tanah! Lubang di atas tanah akan dikorek membentuk papan congkak. Ketika itu kami juga ada papan congkak dari papan dan buahnya menggunakan guli. Saya masih ingat, papan congkak itu ibu saudara saya beli di Alor Setar. Tetapi feel bermain congkak menggunakan biji getah sangat berbeza. Lagi seronok. Tambahan lagi partner bermain adalah nenek!

Sebenarnya bukan sahaja memijak daun maple satu perkara yang mengasyikkan, memijak daun getah sambil mendengar buah getah 'pecah' dan jatuh ke bumi juga mengasyikkan bagi saya. Rhythm alam yang mendamaikan. Sekarang kebun getah itu sudah tidak ada lagi. Yang ada hanyalah kenangan memijak daun getah dan mengutip buah getah bersama nenek. Rindunya!
Photo: Autumn 2010, Pearson Park, Hull.
Back to the Korean drama tadi, jadi memang kenalah isi cerita/drama dengan tajuknya. Agaknya itu penyebab saya dapat menghayati cerita dengan baik. Sampai sanggup bazirkan air mata! Sungguh menjiwai. In relation to my current scenario, saya juga berharap, isi dissertation saya nanti, kena dengan tajuknya supaya examiners juga dapat 'menghayati' dan seronok untuk membaca. Jangan pula tajuk yang diberi tidak menggambarkan langsung apa isi dalamnya or vice versa. Biarlah ia terkesan di hati examiners. The positive one!

Monday 17 January 2011

Winter

Cuaca hari ini tidak sesejuk hari-hari sebelumnya. Dan pagi tadi semasa menghantar anak saya ke sekolah kami tidak lagi memakai glove. Sambil berjalan kami berbual-bual dan tiada kelihatan 'kepulan asap' keluar dari mulut kami. Jika tidak hendak buka mulut pun malas kerana bibir mulut terasa kebas. Nikmatnya!
Photo: Winter 2009
Apabila kawan-kawan di Malaysia melihat gambar kami bermain salji mereka teruja. Kata mereka seronok. Ya, memang seronok. Tapi , hakikatnya mereka juga perlu tahu betapa tidak seronoknya apabila suhu berada di bawah melebihi paras beku. Sejuk! Terasa ingin tarik selimut untuk tidur sahaja. Tambahan pula dengan malam yang panjang. Pukul 3 petang sudah masuk waktu maghrib. Ada nikmatnya juga! Jika berpuasa, sekejap sahaja sudah boleh berbuka. Tetapi harus juga berhati-hati, jika silap langkah, musim ini merupakan musim 'bina badan'. Apa tidaknya, hendak keluar rumah 'malas' sebab cuaca sejuk, tetapi perut asyik lapar minta diisi. Memang boleh jadi beruang kutub.
Photo: Whinfall Forest, Cumbria.
Tapi esok adakah kami juga tidak perlu memakai glove semasa ke sekolah? Jawapannya-mungkin YA, mungkin TIDAK. 50-50. British weather is unpredictable! You can have four seasons in a day. So, be prepared.
Sebenarnya kita boleh belajar sesuatu dari fenomena alam ini. Contohnya, di dalam konteks kehidupan kita seharian, kadangkala akan berlaku perkara yang di luar jangkaan kita. Hari ini saya memasak mee udang ala2 MEE UDANG Sg Dua. Jika sesiapa yang pernah ke Penang, mesti pernah mencuba MEE UDANG Sg Dua. Anak-anak saya memang gemarkan udang. Jadi lebih 20 ekor udang harimau saya letak dalam sajian tersebut. Malangnya, tiba-tiba anak perempuan saya berkata 'mummy I don't want prawn'. Dan dia hanya memakan mee kosong sahaja hari ini. Ini memang di luar jangkaan saya! Jadi berlebih-lebih lah udang kami hari ini. Memang di luar jangkaan suami saya, yang dia dapat makan udang lebih hari ini. He..he. Rezeki di luar jangkaan beliau.

Sunday 16 January 2011

6 Cara untuk Dapur Anda Kembali Kelihatan Baru




Selain window shopping, mengemas atau menghias rumah juga merupakan terapi bagi sesetengah wanita. Saya juga tidak terkecuali dari kelompok wanita tersebut. Saya memang minat mengemas rumah sejak dari zaman sekolah. Saya dan emak sering berkongsi citarasa mendekorasi rumah kami. Apabila bergotong-royong membersihkan rumah, bahagian mengemas emak serahkan kepada saya. Semasa zaman bachelor kawan saya menggelar saya 'macam makcik-makcik lah you nie'...he..he..he kerana saya gemar membeli majalah seperti Anjung Seri. Hakikatnya saya memang gemar membaca majalah sedemikian.

Hari ini saya ingin berkongsi panduan yang saya baca dari House Beautiful bagaimana untuk menata-rias dapur sedia ada anda, supaya tampak baru dan segar. Majalah ini menyenaraikan 10 cara. Tetapi saya hanya berkongsi 6 cara dari 10 yang mereka listed, ianya mudah dan praktikal untuk dijadikan panduan.

1. Letak lampu meja
Hiaskan di penjuru dapur atau meja makan anda dengan lampu meja. Kalau nak candle light dinner dengan suami, tak perlu bersusah payah lagi untuk beli lilin. On kan sahaja lampu meja itu, nampak sedikit kelainan.

2. Cuba gadget baru
Anda tidak perlu menukar kepada peralatan memasak yang mahal, cukup sekadar menvariasikan peralatan memasak anda. Contohnya gadget yang berguna seperti citrus juicer. Ataupun tumbuk sambal belacan guna lesung batu bukannya blender.

3. Hiasi dengan bakul
Jika anda ada ruang lebih tetapi kurang rak, penggunaan bakul yang disusun secara bertingkat atau bersebelahan sememangnya menarik. Di dalam bakul tersebut anda boleh menyimpan bawang, ubi kentang dan sebagainya. Memang nampak country.

4. Gantung cermin
Kebiasaanya orang gantung cermin di ruang makan atau ruang tamu supaya menampakkan ruang itu lebih luas. Tetapi jika digantung di dapur, dapur anda akan kelihatan more open and get extra light. Lagi senang lah anda ingin menyuluh muka anda ketika memasak. Buat kerja rumah pun harus kelihatan vogue sepanjang masa, bukan sekadar vouge di ofis sahaja.

5. Refresh kabinet dapur
Cara mudah untuk update kabinet lama anda adalah dengan mengecat luar dan dalam kabinet dengan warna yang contrast. Contohnya di luar warna putih, dalam kabinet warna hijau. Satu lagi anda mungkin boleh buang pintu kabinet itu (open shelves) atau ganti dengan pintu yang bercermin (transparent). Jika bercermin, di tambah pulak dengan lampu down-light, memang sah elegant kelihatan sususan pinggan mangkuk Royal Albert, Mikasa, Royal Doultan anda.

6. Plant fresh herbs
Anda boleh tanam daun kucai, bawang, pudina dan seangkatan di dalam pot-pot atau pasu kecil dan diletakkan di ruang dapur anda. Boleh diletakkan berhampiran dengan sinki dapur anda. Senang sikit untuk menyiram air kepada tanaman anda apabila perlu. Jadi jika ingin masak cucur udang potong sahaja daun kucai dari dapur anda, tidak perlu bersusah payah pergi ke kedai. Jimat belanja, jimat tenaga, jimat masa!

SELAMAT MENCUBA!
p.s Photos courtesy of Julian Wass and Don Freeman.

Berguru

Bulan Oktober yang lalu genaplah 36 bulan saya berguru dengan ilmuan dari Barat. Jika pergi bertapa di atas puncak bukit dan saya merupakan seorang lelaki yang berjanggut, agaknya janggut sudah mencecah hingga ke paras pinggang. Namun saya hanyalah seorang wanita yang hanya mampu bertapa di universiti, uh.. panjat tangga universiti pun letih, apatah lagi hendak panjat bukit untuk bertapa, harus 'pancit'. Kami post-graduate student or research student disediakan kemudahan bilik khas untuk 'bertapa'. Tapi saya kadangkala lebih selesa bertapa di library apabila mood tetiba down, mati kutu [idea tak keluar] atau dengan bahasa lain sudah 'tepu' dan boring kerana 10-16 jam saban waktu di situ. Sesekali harus berubah angin, sekurang-kurangnya dari melukut di tepi skrin komputer tanpa berbuat apa-apa, lebih baik saya ke library melukut di tepi rak-rak buku. Nasib rajin, boleh baca buku walaupun yang tak berkaitan. Selama tempoh 36 bulan itu, saya telah berguru dengan 6 orang supervisors. I repeat, I'm working with 6 different supervisors for the past 36 months. Fuhhh..wiping my sweat and tears.
Photo: In house seminar 2010-Hull Business School.
Pada tahun pertama, saya berguru dengan Prof. berbangsa Inggeris dan Belanda.Kedua-duanya lelaki, mereka hebat dan punyai nama dalam bidang masing-masing. Prof. berbangsa Inggeris itu sangat fatherly, sudah tua dan berpengalaman. Saya pernah menangis di hadapan beliau, ketika saya memaklumkan 'I lost my father'. Dia memberi saya tissue to wipe my tears dan sebotol air mineral untuk saya minum bagi melegakan kesedihan. Malangnya saya berpuasa ketika itu. He..he. Jadi minum air liur sahaja. Prof. berbangsa Belanda, orangnya masih muda, energetic dan seringkali 'membuli' saya. Pasti ada yang terkejut, jangan tidak tahu di dalam dunia PhD, kadangkala anda juga boleh dibuli supervisor. Ini bukan buli secara fizikal, tetapi buli kredibiliti mental anda! Saya hampir terfikir, 'Jewish ker mamat Belanda nie'? Kedua-dua mereka sering berbeza pendapat, yang jadi mangsa? Ya- SAYA. Namun, 'jodoh' kami tidak panjang, apabila kedua-dua mereka berpindah ke universiti lain. Tetapi saya masih teringat-ingat kepada Prof. yang berbangsa Inggeris itu kerana beliau sangat baik dan seringkali menasihati saya. Beliau kini berada di Kanada.
Apabila memasuki tahun kedua, saya diselia oleh dua orang supervisor muda yang tiada gelaran profesor. I'm working hard with my first supervisor and she's a lady doctorate. I really adore her works, she passed her VIVA without any corrections. Fuh! Fantastic lobaloba :D Sometimes, we do work on weekends. So just imagine how workaholic she is? When I passed defend my first year PhD Upgrade, she's the one who first hug me after the Research Committee announced that I can proceed with my research work. We both are so happy for that achievement. Unfortunately, jodoh kami juga tidak panjang, she also decided to move to other university because some of the 'politiking' issue in the school. She feels dissapointed when she has not been promoted. And my second supervisor also left at the same time because he received better offers in Dubai. I was so depressed and stress at that moment. Hanya Allah sahaja yang tahu. Setiap hari berfikir-fikir' kalau macam ni, 4 tahun belum tentu dapat habis PhD'. Nada kecewa. However, me and that lady SV still contacting each other. We hope that we could work togather for jurnal publications in the near future.
And since they left I'm now working with another professor. My ex supervisor is the one who introduced and encourage me to work under him. Alhamdulillah, he is very caring professor, understanding and profesional. And recently he has been promoted as my Head of Department, lagi bersemangat untuk bertanggungjawab. So far things work very well for both of us. I can't believe it, at first I thought my work will be delayed, but Alhamdulillah it goes as it moves.

After all these happened to me, changing of supervision and etc, it made me realised that 'anything happen is for reasons'. God knows what is the best for me! Jadi setiap kejadian yang berlaku, janganlah cepat mengeluh, Tuhan tidak beri apa yang kita inginkan sekarang, kerana Dia ingin memberi sesuatu yang lebih baik kepada kita di masa akan datang. Barangkali, Tuhan juga ingin menguji kesabaran dan ketabahan saya. Realitinya manusia apabila di dalam kesusahan akan sentiasa dekat dengan Tuhan memohon pertolongan. Dia ingin melihat saya terus menadah tangan dan tidak lupa kepadaNya. Ini bermakna Dia sangat kasih kepada hambaNya.

Bagi yang berkira-kira untuk menyambung pengajian anda diperingkat PhD, anda perlu bersedia dengan situasi seperti ini. Anda mungkin bersilih-ganti bertukar supervisor. Cuma nasihat saya;
1. Anda perlu tahu dan yakin dengan kerja research/bidang yang dilakukan.
Walaupun anda bertukar supervisor, jika anda dapat meyakinkan supervisor baru anda dengan kerja research yang sedia ada. Anda tidak perlu risau untuk bertukar topik dan sebagainya. Kenapa saya berkata begitu? Kerana PhD itu adalah kerja anda, research anda bukan kerja supervisor anda. Supervisor hanyalah menyelia tugasan anda.

2. Anda perlu bersedia bekerja dengan semua orang secara terbuka.
Mempunyai supervisor berstatus profesor adalah bonus dan ianya bukan perkara penting. Kadangkala, yang tiada gelaran profesor itu lebih dedikasi dan punyai lebih masa untuk menyelia kerja-kerja kita. Kebiasaannya, profesor mereka sangat sibuk. Jadi anda perlu bijak 'mengurus' supervisor anda dan kerja-kerja anda. Kerana apabila menjadi pelajar PhD, anda sangat independent, anda tidak 'bekerja'..anda tidak akan nampak sebarang hasil.

Saya berharap perjalanan PhD saya terus dirahmati.
Jika Ana Rafali menang AJL baru-baru ini dengan lagu Tolong Ingatkan Aku. Saya pula ingin memohon agar anda semua TOLONG DOAKAN SAYA!

Saturday 15 January 2011

Paris, France.

















Sempena cuti Krismas yang panjang, kami sekeluarga sekali lagi mengambil peluang untuk ke Perancis. September yang lepas kami ke Marseille, saya ada conference di sana. Bercuti sambil bekerja, tidaklah begitu enjoy. Dan kali ini kami betul-betul bercadang untuk bercuti ke Perancis. Nah.. selama 7 hari, 6 malam kami bercuti di Paris. Bagi saya kota Paris, memang sangat cantik! Kagum saya melihat Eifel Tower berdiri megah di tengah kota tersebut. Pengalaman melihat bagaimana Eifel Tower bercahaya dengan sorakan manusia, adalah satu pengalaman yang berharga. The excitement was indescribable! Saya bertanya kepada suami, adakah designer tower tersebut engineer Gustave Eiffel tahu yang binaan beliau pada tahun 1889 mampu menjana jutaan Euro kepada Perancis? Jutaan pelancong datang ke Perancis untuk melihat monumen ini saban tahun. Tahukah juga beliau bahawa monumen ini bukan sekadar untuk ditonton dan ditatap, namun pada perkiraan saya ia mampu mengembangkan teknologi komunikasi kepada kota Paris pada ketika ini. Mungkin Gustave Eiffel manusia bijak? Dia mampu foresee kehebatan monumen binaan beliau.

Kebetulan kami ke sana di kala warga Europe berpesta dengan Christmas market. Sangat meriah, ia jarang dilihat seumpama ini di UK. Gerai-gerai kecil didirikan berderetan, mereka menjual barang-barang unik dan kebanyakannya adalah hand-craft yang sangat berkualiti. Dan harga barangan boleh tahan mahalnya. Kami membeli baju panas yang dikait dengan tangan untuk Arissa dan Aydin. Jahitannya sangat halus dan kualiti benangnya sangat baik. Baju-baju tersebut datang dari Peru. He..he di gedung membeli-belah terkemuka di Paris-LaFayette pun tidak ada menjual baju seperti itu.

Saya juga sangat teruja ketika berada di Disneyland Paris. Melangkah masuk ke Disney Park, hati saya berbunga-bunga. Seronoknya! Aura 'keseronokan' di mana-mana sebaik sahaja anda melangkah ke sana. Ini seorang lagi manusia bijak! Walt-Disney sangat bijak. Kartun animasi Disney dari dulu hingga kini menjadi pujaan kanak-kanak. Anak-anak saya yang baru setahun jagung juga kenal yang mana satu si Mickey? Donald Duck dan sebagainya. Saya sangat tertarik bagaimana mereka membina konsep 'taman' sebegini. Bagaimana cara mereka menjual merchandise mereka dan yang paling penting mereka terlebih dahulu mengkaji consumer behaviour!! Namun saya agak kecewa cara mereka menguruskan taman tersebut di waktu musim sejuk. Bagi saya setelah mereka mengaut puluhan jutaan keuntungan, mereka sepatutnya lebih perhatin untuk menyediakan kemudahan seperti path berheater di sepanjang laluan ke dalam taman tersebut.

Jika ada yang berhajat untuk membawa anak-anak ke Disneyland, spring atau autumn adalah waktu yang terbaik. Dan jika ada budget lebih, bermalamlah di Disneyland resort kerana anda boleh pulang berehat seketika untuk solat, makan dan sebagainya dengan mudah. Setelah berehat anda boleh sambung semula aktiviti di taman tersebut, ianya ditutup hingga lewat malam. Walaupun Disneyland Paris, hanyalah 1/3 keluasannya daripada Florida, itu pun kami tidak mampu 'jelajah' keseluruhannya.

My Boy Turns Three

How time flies? 3 years ago at Hull Royal Infirmary, Children and Women Hospital, my little fella Aydin was born. Giving birth to him was an amazing experience. He gave me bearable pain and I was in labour room-'fighting for life' for about 45 minutes. It took me only 15 minutes to pull my energy and strength to push him out from my womb. With Allah helps he was safely delivered at 10.44 p.m.

I remember, Arissa cries a lot when she was small. During my confinement with Arissa, I had sleepless night. She used to cry especially on the middle of night. I remember my arwah Abah, always come and knocking my door to ensure me is OK handling her. My mum scolded me, thought I'm not feed her granddaughter enough. I was like crying too, when she's crying. I was praying how greatful if my husband could flying back from Dubai to Malaysia every nite. Let him facing the 'chaos' too. He was in Dubai, for his company's new project. Luckily, I have my both parents and in laws to taking care of me during my confinement.

And thankful to God, Aydin is totally different from his sister. From the starts he is very easy to handle. He has little cry and sleep a lot. Maybe the cold of UK's weather made him comfy to sleep day and nite. Therefore, he has give less head-ache to my husband and I to take care of him. Because here in UK, we are totally independent in handling our two little babies. When we had Aydin, Arissa just 21 months old. And me myself have to go to school right after two weeks I gave birth to him. Actually, I have my module presentation. If I was in Malaysia, I definitely still been pampered like 'princess' during that two weeks of confinement. I could opt for 6 months off but I decide not too. Because I want to finish all my modules during my first year. So this is what I have to pay- the sacrifice! Alhamdulillah, my little boy was so understanding.

Two days ago, we are celebrating his 3rd birthday. It just between us, no fancy party. We had small cake but we have big wish for him. I also made a 'vidiyo' for him. I hope I could produce something superb like Manggis Production. Anyhow, I am not super talented and capable like their team production. However, I really hope one day when Aydin look back at this 'vidiyo' he will knows how we loved him so much!





Saturday 1 January 2011

New Year, New Chapter Begins

Alhamdulillah, diri ini masih diberi peluang untuk terus hidup menghirup udara 'sejuk' bumi permaisuri. Alhamdulillah juga diri ini masih bersemangat untuk meneruskan kerja-kerja research yang berbaki. Setahun berlalu bagaikan baru semalam ia datang menyapa kita. Dan kini 2010 pergi meninggalkan kita bersama kenangan dan pengalaman yang bermakna.

Tahun 2010 bagi saya sama seperti tahun sebelumnya. Bergelut dengan tugasan harian sebagai, isteri, ibu dan researcher. Di awal tahun 2010 hingga ke penghujung tahun, jadual penuh padat. Analisis data, penulisan kertas conference, menghadiri conference, penulisan journal, arrrghhhhhh kadang-kala terasa diri ini seperti bionic-women. Penutup tahun 2010, agak melegakan kerana sebahagian dari kerja research sudah langsai. Tidak sabar untuk melangsaikan sepenuhnya. Semoga Allah terus merahmati usaha ini.

Azam baru? Berazam tidak semestinya datang pada tahun baru. Kita sepatutnya setiap hari berazam menjadi insan yang lebih baik dari semalam. Itu azam yang mungkin dapat direalisasi dalam jangka masa pendek. Nampak mudah, tapi tidak semua orang mampu melakukannya setiap hari, termasuk diri saya. Salah satu azam yang ingin saya capai pada tahun ini, adalah ingin menghabiskan pengajian PhD dengan jaya. Azam ini telah saya buat apabila memulakan pengajian sekitar tahun 2007, dan InsyaAllah 2011 saya harap ianya berhasil dan tercapai. Oleh itu ada perkara yang memerlukan kita berazam dan masa yang panjang diperlukan untuk merealisasikannya.

Azam 2011 saya juga ingin konsisten menulis di dalam blog ini. Blog saya yang lama, saya ambil keputusan untuk delete kerana ia kelihatan usang dan terabai. Kasihan. Jadi elok kiranya ia diroboh dan digantikan dengan 'rumah' baru.

Azam atau wish lists merupakan formative construct dari kehidupan yang bakal dilalui pada tahun mendatang. Gagal atau berjaya capai merupakan reflective dari apa yang kita telah lakukan untuk mencapai wish lists tersebut. Berazamlah dari sekecil-kecil semut, hingga sebesar-besar gajah, tiada yang rugi menanam azam. Yang rugi hanyalah orang yang tidak mempunyai sebarang azam dalam hidupnya.

SELAMAT TAHUN BARU UNTUK SEMUA!