Monday, 24 January 2011

Mamak, kopi kurang manis satu!

Kelmarin kami ke Manchester kerana suami ada sedikit urusan di sana. Jika ke Manchester, pasti kami akan singgah membeli-belah di Wing Yip Supermarket- Chinese and Oriental Food. Bila ada perkataan 'oriental' di situ, ini bermakna ada barangan dari the East, termasuk grocery dari Malaysia juga ada dijual di sana. Di sana boleh di dapati, Kicap Manis & Masin Kipas Udang, Kaya Nona, roti canai Kraft segera, pau segera, cili sos MAGGI (*Nota: sekadar menamakan beberapa barangan pilihan yang diimport dari Malaysia dan yang selalu dibeli), daun pandan, daun pisang, kunyit hidup, lengkuas, petai, durian, rambutan dan manggis pun ada kalau kena musimnya.
Di Hull, ada juga di jual di Indian & Chinese grocery shop, tapi tidak variety seperti di Wing Yip.
Mendapatkan makanan oriental di abad ini tidaklah sesukar zaman ibu dan ayah kita tinggal di luar negara. Zaman mereka, teknologi logistic belum efficient, teknologi pembuatan dan pembungkusan makanan segera dari Malaysia belum ada, jika ada pun belum dikomersilkan. Kini tinggal di England pun boleh makan nasi lemak berbungkuskan daun pisang, jika rajin dan tidak kisah pada budget. Ini kerana sebungkus daun pisang, yang tidak sampai 2 meter panjangnya, sudah makan budget £10.00. Mahal tuh kalau diconvert ke ringgit Malaysia. Bila dah habis makan, nak buang pun sayang. Teringat kisah seorang kakak senior di sini, beliau buat lepat pisang. Bila anak-anak dia sudah habis makan, dia suruh anak-anaknya jangan buang daun pisang yang digunakan untuk balut lepat. Anak dia tanya kenapa? Dia cakap, 'mak nak recycle'! Begitulah adat merantau-belajar di negara orang, pertama berjimat cermat kerana susah hendak dapat (tak selalu di jual), keduanya berjimat cermat kerana takut budget scholarship tak cukup (bagi yang datang belajar dengan scholarship).
Banyak kami borong kelmarin, terkejut suami semasa hendak membayar. Agaknya sebab VAT di UK dah naik, maka barang-barang pun semua naik harga. Saya cuba tenangkan beliau, tidak mengapa kita 'adjust' stock ini semua untuk penggunaan 3 bulan. Semasa di dalam kereta, kami berbual-bual, sambil minum air soya kotak brand YEO'S. Jenama dari Malaysia. Kenapa air soya Yeo's di sini tak sedap yer? Saya bertanya kepada suami. Betui, kurang manis! Balas beliau dalam loghat Utara yang pekat. Kami membuat kesimpulan, agaknya mereka mengeksport air soya mengikut citarasa masyarakat di sini ataupun specification barangan untuk dieksport harus memenuhi piawai tertentu termasuk sukatan gula. Mat saleh kurang/tidak minum manis. Jika minum coffee dengan mereka, berhati-hati. Saya boleh 'pening' 360 darjah dengan daya kepekatan kopi mereka tanpa gula! Agaknya sebab itu harga gula di Malaysia jadi barang kawalan, kerana high demand. Kuih manis-manis, minuman manis-manis. Di sini satu packet gula hanya 99p!
Sepatutnya kami pun kena follow cara pengambilan gula orang di sini, jika tidak mahu kena diabetic. Saya tahu selain gula ada banyak faktor lain yang boleh menyumbang kepada diabetic. Tapi kandungan 'gula' yang tinggi menyebabkan kita senang dihingapi penyakit ini. Kami harus lebih berhati-hati, kerana kami bakal 'pewaris kilang gula' dari keluarga jika tidak dipantau pengambilan gula. Arwah abah saya seorang pengidap diabetic. Seingat saya dari saya sekolah, beliau sudah mengamalkan 'diet' untuk pesakit diabetic. Bermula dari diabetic, beliau mendapat cataract dan arwah terpaksa menjalani 3 kali seminggu hemodialisis because of the kidney failure. Bapa mertua saya juga pengidap diabetic. Tetapi Alhamdulillah, beliau sangat menjaga pemakanan dan sangat berdisplin with his medication. Tetapi makanan yang manis-manis tetap menjadi kegemaran beliau walaupun mengurangkan makanan yang berkanji dan sebagainya.
Kini, usia kami agak muda, bukan masih muda, hanya agak muda jika dikira perbadingan purata jangkahayat penduduk Malaysia. Darah masih kuat, jadi tidak alah penyakit. Tunggulah umur lanjut sikit, jika tidak dijaga pemakanan, pasti akan dihinggapi penyakit-penyakit yang tidak diingini. Saya ingin hidup sihat, jika dijemput Tuhan ke rahmatullah pun biarlah dalam keadaan sihat. Ingin beribadat kepadaNya hingga hujung nyawa dalam keadaan yang sihat. Oleh itu azam saya dan suami jika pulang ke Malaysia nanti, 'mamakkkkkkkkkkk...kopi kurang manis dua!'.
p.s Tetapi jika anda ke rumah saya dan dijamu minum kopi, jika kopi saya terasa tawar janganlah segan silu untuk maklumkan. Mana tahu mungkin hari itu saya terlupa letak gula!