Thursday 20 January 2011

Di manakah mereka?

Sebentar tadi, ketika membuat 'housekeeping' kepada salah satu thumb-drive lama, saya ternampak satu folder ini. Folder gambar sebahagian anak didik saya tiga tahun yang lepas. Boleh juga saya katakan 'adik didik' kerana ada di antara mereka hanya berbeza umur 4-5 tahun dari saya. Bukan saya ingin mengatakan saya muda, cuma mungkin ada di antara pelajar ini menyambung pengajian lewat dari umur biasa atau atas sebab-sebab lain.
Photo: Student Diploma in Banking (Part 6)
Photo: Student Diploma in Business Studies (Part 6)
Sebelum membuat keputusan berhenti kerja dari MIMOS Berhad pada penghujung 2006, saya memang agak bimbang jika pilihan kerjaya baru saya membosankan! Tetapi Alhamdulillah, apabila bertemu anak-anak ini, saya rasa pilihan untuk berhenti kerja sebagai pegawai di syarikat semi-kerajaan itu, tidak salah. Saya rasa lebih dihargai dan dihormati walaupun gaji yang diterima jauh lebih rendah dari gaji saya di MIMOS Berhad. Ini bukan masalah gaji. Ini satu penghijrahan. Saya rasa seronok apabila student menjawab soalan peperiksaan dengan baik. Ini bermakna apa yang saya ajar di dalam kelas, mereka faham. I feel satisfied. Mereka pelajar rajin dan pandai sebenarnya. Masakan tidak, syllabus UiTM sememangnya seratus-peratus diajar di dalam Bahasa Inggeris. Jika tidak gigih, pasti akan ada yang tidak memahami lecture notes in English. They have to prepare the assigments and answering exam questions in English too. Saya berminat dengan sistem akademik di UiTM. Organisasi pendidikan ini mengajar studentnya menjadi 'matang' dan lebih berdikari. Inilah agaknya harapan Dato' Onn Jaafar melalui peranan RIDA untuk memajukan kaum bumiputera pada era 50-an dahulu. Pada pengamatan saya, usaha murni ini berjaya. UiTM telah melahirkan ramai orang yang 'berjaya', ada yang menjadi ahli perniagaan, tokoh akademik dan tidak kurang juga selebriti ternama dalam bidang fesyen, masakan, broadcasting dan sebagainya.
Photo: Student Bachelor in Business Administration (Marketing)
Saya hampir membatalkan hasrat saya untuk ke UK kerana sudah jatuh cinta dengan UiTM. Namun atas beberapa nasihat yang diberikan oleh 'boss' baru saya sekarang, saya meninggalkan UiTM pada September 2007 dengan seribu kenangan indah. Saya juga mendoakan agar anak-anak ini semua berjaya dan bakal menempah nama di dalam mana-mana industri di Malaysia atau antarabangsa. Saya pernah berpesan kepada mereka, jika terjumpa atau terserempak saya di mana-mana, tegurlah kerana saya tidak mungkin/mampu mengingati mereka-mereka semua.
Terima kasih kerana pernah menjadi anak/adik didik saya.