Jumaat lepas, kami mengikuti perkongsian ilmu daripada Dr. Awang. Terima kasih kerana sudi datang ke tempat kami. Dr. Awang 'Albert Einstein Malaysia', kata salah seorang kawan saya di sini. Dr Awang orang psikologi. Jadi banyak contoh yang diberi sangat praktikal dan kita boleh relate dengan mudah apabila mendengar ceramah beliau. Bagi kami di bidang managment and business, kadangkala sangat susah untuk memberi contoh yang mudah untuk difaham dan dibawa berbincang secara santai. Contohnya isu-isu seperti governance, demand-supply, consumer behaviour dan lain-lain, sukar untuk difahami jika tidak memahami konteksnya terlebih dahulu. Bukan itu saja, isu-isu tersebut tidak seronok untuk dibincangkan pun.
Banyak yang beliau kongsi untuk penulisan jurnal berimpak tinggi. Antara tips yang dikongsi adalah teknik penulisan yang berkesan untuk menarik perhatian 'sang editor'. Saya sering terlupa perkara ini. Terlupa untuk memuji kerja sendiri! Kata Dr Awang, ada perenggan yang memerlukan kita memuji kerja sendiri. Selain itu perlu juga kita 'mengutuk' kerja orang lain. Ya, itu juga penting kata Dr Awang! Secara kasar, kerja penulisan memerlukan teknik yang betul. Secara terperinci ianya lebih daripada itu.
Berdasarkan pengalaman yang sedikit, saya dapati setiap jurnal mempunyai preference untuk mereka terbitkan makalah. Dengan kata lain jika kita penuhi kehendak mereka, mereka tidak berlengah untuk menerima makalah yang dihantar. Jarang sekali, artikel yang dihantar tidak memerlukan sebarang penambahbaikan. Paling tidak mereka menegur tatabahasa. Namun, faktor bahasa bukan perkara penting. Dr. Awang juga bersetuju dengan pendapat ini. Pokok pangkalnya, cara penyampaian itu yang penting. Jika ada isi, namun tidak dikupas dan digarap sepenuhnya, mesej tetap tidak akan sampai kepada pembaca.
Penulisan yang baik adalah hasil daripada penulisan yang kreatif dan idealis.
Entah bila saya akan menjadi penulis yang baik.
Saya pernah menulis tesis PhD berhalaman 400 lebih muka surat. Tugasan ini amat berat kerana supervisor (Prof. Jon Reast) saya seorang yang meticulous. Namun ini amat membantu Prof. James Devlin, Dr. Haseeb dan Dr. David Bright untuk menilai thesis tersebut. Mereka hanya meminta saya menambah satu perenggan untuk mengulas lanjut practical implication dari kajian yang dijalankan. Tetapi tesis saya bukan yang terbaik, kami semua sekadar puas membaca tesis tersebut.
Saya masih menambah-baik satu artikel yang dihantar ke jurnal antarabangsa. Editor meminta saya menilai semula cadangan reviewer pertama. Reviewer kedua berpendapatan semuanya baik belaka. Kadang kala kita menerima dua pendapat yang berbeza. Ini telah mengambil masa kurang lebih setahun. Mungkin reviewer pertama itu, seorang yang meticulous. Walaupun amat penat untuk menulis dan menambah baik tulisan yang dikritik tetapi usaha ini perlu sehinggalah reviewers puas membacanya.
Saya dan rakan ada menghantar judul buku ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk ditulis. Pihak DBP meluluskan judul buku kami. Kami diberi tempoh untuk menyiapkan manuskrip tersebut. Kami berkira-kira untuk memohon pelanjutan tempoh menulis. Ini baru fasa pertama, kami sudah 'kalut' diburu masa. Belum masuk ke fasa editing dan sebagainya.
Menjadi penulis yang baik juga perlukan masa!
Entah bila saya akan menjadi penulis yang baik.
Kerana saban hari di sini, seoalah-olah tidak cukup masa. Agaknya saya perlu bercuti sebulan dua untuk menulis dengan baik.