Thursday 29 September 2011

Teruja

Malam Rabu yang lalu merupakan kelas pertama yang saya hadiri. Sebenarnya ia adalah kelas pensyarah lain dan saya hanya diminta membantu beliau untuk mengajar kelas tersebut. Saya berasa sedikit janggal kerana rata-rata pelajar yang hadir kurang lebih umur saya dan ada yang sedikit berumur dari saya. Itulah kelazimannya jika mengajar kelas post-graduate. Semester ini mereka meminta saya membantu mengajar kelas Research Methodology (RM) bagi pelajar Master in Business Admin. dan Doctor of Business Admin. Di dalam kelas pelajar master saya dapati mereka memberi kerjasama di dalam kelas, walaupun ada yang masih kelihatan takut-takut untuk melontarkan pandangan dan buah fikiran bila diajukan soalan. Jadi ia tugas pensyarah untuk 'menghangatkan' perbincangan. Bila ditanya ada soalan tambahan? Mereka akan menyoal soalan yang berkisar topik dan tidak lebih dari itu.

Pembelajaran yang kreatif dan inovatif seharusnya melebihi apa yang pensyarah sampaikan di dalam kelas. Thinking out of the box. Suasana pembelajaran sebegini akan lebih menarik sebenarnya. Saya masih teringat, module RM yang pernah saya ambil di tahun pertama pengajian PhD saya. Pensyarah hanya meng-upload nota di e-bridge (merupakan portal maklumat pensyarah dan pelajar) dan di dalam kelas, beliau hanya highlight perkara penting. Jika anda tidak bersedia di dalam kelas, sudah pasti anda ketinggalan. Kesimpulannya, kami harus cuba memahami sesuatu topic terlebih dahulu sebelum berada di dalam sesebuah kelas. Sememangnya anda akan berasa teruja melihat kawan-kawan anda memberi pandangan. Colleague saya dari US sentiasa mendahului yang lain. Jika dia diberi peluang bercakap, seolah-olah dia mahu bercakap sehingga kelas berakhir. Mereka tidak berasa malu atau takut, walaupun kadang kala apa yang diucapkan itu tidak semuanya berasas. Tetapi mereka mencuba dengan berani! Budaya sebegini saya masih belum dapat dilihat di dalam kelas hari Rabu yang lalu. Mungkin faktor bahasa? Atau mungkin ini baru kelas permulaan? Tunggu. Mungkin saya akan lebih teruja dengan para pelajar postgraduate di Malaysia.

Sunday 18 September 2011

Kenduri Kahwin

Dalam tempoh sebulan sekembalinya kami ke Malaysia, ada beberapa undangan kenduri kahwin telah diterima. Tetapi kami hanya berkesempatan memenuhi jemputan dari ahli keluarga terdekat. Banyak juga jemputan rumah terbuka sempena sambutan Aidil-fitri tetapi tidak semua dapat dihadiri. Melihat keadaan ini, saya merasakan betapa mewahnya rakyat Malaysia jika dibandingkan dengan negara-negara yang rakyatnya mengalami kebuluran. Kita di sini di sajikan dengan hidangan yang lazat, kadangkala tidak termakan sedangkan ada insan yang menderita kelaparan. Kita patut bersyukur walaupun ekonomi Malaysia turun dan naik, rakyatnya masih dapat makan dan minum.
Photo: Hubby's cousin wedding-Nini (Kedah)

Namun, melihat suasana kenduri kahwin masa kini ianya jauh berbeza dari dahulu. Saya berkahwin pada tahun 2005, namun kelihatan ada perbezaannya zaman saya berkenduri-kahwin dengan sekarang. Perbezaan paling ketara ialah pemberian bunga telur kepada tetamu sebagai buah tangan. Menjadi trend masa kini bunga telur tidak lagi menjadi buah tangan kepada tetamu. Sebaliknya tetamu diberi buah tangan lain seperti kek, gula-gula, atau souvenier kecil seperti sapu tangan atau mug. Tetapi bagi saya yang agak conservative or maybe old fashion, lebih menyukai pemberian bunga telur kepada tetamu. Ianya satu tradisi yang patut dikekalkan. Hilang seri jika majlis perkahwinan tiada bunga pahar dan manggar. Kata orang tua, bunga telur itu adalah satu simbolik terhadap sesebuah perkahwinan. Telur melambangkan permulaan sesebuah kehidupan baru. Sebiji telur akan menetas dan akan berlaku kehidupan baru dan seterusnya. Photo: My cousin's wedding-Atiqah (Penang)
Walaubagaimana pun bagi bakal pengantin, mungkin mereka merasakan budget sebiji telur adalah lebih mahal dari beberapa biji gula-gula. Ya, saya setuju buat apa berbelanja lebih untuk kenduri kendara. Lebih baik wang disimpan untuk kegunaan selepas berkahwin kerana banyak lagi perkara penting yang perlu dilangsaikan setelah menjadi suami isteri. Namun, ada juga yang berkira dalam hal-hal tertentu, tetapi tanpa disedari membazir di dalam beberapa perkara. Contohnya menempah berhelai-helai baju persalinan untuk bergambar in door dan juga outdoor yang menjadi trend pasangan pengantin masa kini.

Berpada-padalah dalam urusan mengadakan kenduri kahwin. Janganlah adat dan adab yang elok dan manis dilupakan, tetapi budaya perkahwinan barat diaplikasikan untuk memenuhi trend masa kini. Janganlah selepas majlis kenduri ada yang mengikat perut berbulan-bulan untuk membayar hutang. Betul kata sahabat saya tuan Fakirfikir @ fakirfikir.blogspot.com, 'dunia memang kecil, yang payahnya bila nafsu besar' komen beliau. Ini sangat significant dengan kenduri kahwin, majlis perkahwinan itu adalah baik jika bersederhana, tetapi yang payahnya bila nafsu kita mempunyai nafsu yang besar!

Saya merindui majlis kahwin yang diadakan secara bergotong-royong. Jika di sebelah utara, orang yang datang menolong mengangkat dan menghidangkan makanan kepada tetamu dipanggil 'mentara'. Sekarang bukan sahaja di bandar, di kampung-kampung pun sudah kian hilang budaya gotong-royong untuk kenduri kahwin. Kebanyakan orang sekarang mengupah caterer. Sebenarnya budaya gotong-royong ini dapat merapatkan silaturahim, bak kata pepatah ringan sama dijinjing, berat sama dipikul. Tapi apa boleh buat, budaya ini kian luput ditelan zaman.

Friday 2 September 2011

Salam Lebaran 2011

Hari ini, sudah hari ke- 4 umat Islam di Malaysia meraikan hari raya Aidilfitri. Dan sudah hampir 2 minggu juga kami sekeluarga sudah kembali ke Malaysia dari UK. Anak sulung saya, Arissa sudah mula melahirkan rasa kerinduan 'rumah' nya di Hull dan menyatakan keinginanannya untuk 'go home'. Asyik menyebut-nyebut 'I miss Kat'. Kat atau Katherine, merupakan jiran kesayangan anak-anak saya. Setiap hari jiran itu yang akan disapa mereka, sudah pasti anak-anak saya terutama Arissa merindui kelibat si Kat. Sebenarnya, this transition is not that easy, especially to the kids. They not fully understand why we should come back to Malaysia. Air mata saya mengalir jua, apabila melihat ekspresi muka anak saya Arissa melahirkan rasa kerinduannya untuk kembali ke Hull. Saya memohon kepada Allah s.w.t, semoga hari demi hari anak-anak saya boleh menerima suasana baru di Malaysia. Sayunya rasa di hati ini mengenangkan rupanya anak saya merindui bumi Hull.

Namun, di sebalik kerinduan mereka ada juga diselit rasa bahagia bila dapat bersama ahli keluarga yang lain di Malaysia.
Photo: Aidil-Fitri 2011 bersama ibu (bertudung biru) dan ibu mertua (bertudung kuning).

Salam Aidil-Fitri untuk semua dari kami sekeluarga.
Maaf Zahir & Batin.