Wednesday 20 July 2011

Sujud

Sujud syukur. Debaran viva sudah pun berakhir. Cabaran terakhir saya sebagai pelajar PhD juga telah berakhir jam 1.20 p.m tadi, waktu UK. Saya sentiasa berharap dan berdoa agar urusan PhD saya berakhir dengan mudah serta kebaikan. Dengan izin Allah dan berkat doa semua, viva-voce saya berjalan dengan lancar dan mudah pagi tadi. Allah makbulkan permintaan saya. Siapalah saya jika tidak bersyukur atas nikmat yang diberikanNya ini? Alhamdulillah.

Sebenarnya banyak yang hendak dikongsi pengalaman berviva, tetapi mata saya sudah layu kerana semalam tidak dapat jam tidur yang cukup. InsyaAllah, saya kongsi di lain entry.
From left: Internal examiner-Dr Haseeb Shabbir, supervisor- Prof Jon Reast, external examiner- Prof James Devlin and Chairperson-Dr David Bright.



The examiners: Both are very reasonable persons and a very good academic. I have a very good experience with them being the examiners.



Monday 18 July 2011

Bias

I'm not bias! But this is my kind judgement due a number of observations. Sudah banyak kali mengalami situasi sebegini. Tempat untuk mentelaah yakni library dijadikan medan perbincangan. Jika hendak berbincang pergilah booking bilik perbincangan di library. Tidak kena bayar ianya percuma! Ini bukan masalah berbayar atau FREE. Ini masalah attitude atau responsibility. Dan yang menjadi masalah bukan bangsa Barat tapi orang Asia dari tanah besar China. Mereka ini sangat 'ignorant'. Semua orang diam mentelaah, adalah dua tiga orang mereka yang 'bergebang' di dalam bahasa mereka tanpa pedulikan hak orang lain. Minggu lepas 'mereka' duduk selang sebaris dari meja saya. Dan hari ini, 'mereka' duduk betul-betul di belakang kerusi saya. Nasib baik lagi 30 minit saya sudah mahu balik, jika tidak ada yang dapat WARNING. Bukan hendak marah semberono. But they have to know how to respect others.


Sebenarnya attitude orang Cina yang datang dari tanah besar China amat berbeza dari orang Cina yang kita lihat di Malaysia. Orang Cina Malaysia sangat rajin tetapi orang Cina dari tanah besar sebaliknya. Mungkin 'survival factor' yang menyebabkan orang Cina Malaysia secara am dan pelajar cina secara khusus sangat rajin dan dedikasi. Jadi mereka berusaha keras untuk mendapatkan sesuatu. Sebaliknya pelajar dari tanah besar yang datang belajar di sini, mostly mereka adalah dari golongan berada. Jadi mereka tidak segigih yang seperti kita sangka. Tengok saja pakaian mereka, mengalahkan superstars Barat! Menyandang designers handbag suatu kebiasaaan bagi pelajar Cina tanah besar di sini. Kadangkala 'kelakar'..macam babydoll lagaknya.


Eh..sudahlah..nanti terumpat pulak! Tetapi beringatlah..'jagalah tingkah-laku kita, jangan ada yang menjengkel hati, perasaan dan mata orang lain'.


Kurang lebih 48 jam dari sekarang saya akan menghadapi detik penting bagi perjalanan serta perjuangan PhD saya. Doakan semoga semuanya berjalan lancar, InsyaAllah!

Friday 8 July 2011

Peliharalah Mereka

July 2007, kami sibuk mengemas rumah untuk disewakan. Rumah yang baru didiami kurang lebih setahun ditinggalkan untuk berhijrah ke England. Kini penghijrahan sementara ini hampir sampai ke penghujungnya. July 2011, kami sekali lagi sibuk mengemas rumah. Tetapi kali ini kesibukan mengemas disusuli dengan pertanyaan anak 'what are you doing mummy'? Agaknya mereka rimas & lemas melihat saya dan suami mengemas & menyusun barang ke dalam kotak. Terutama anak lelaki saya, 'risau' bila kami memasukkan toys dia ke dalam kotak. He thinks kami nak donate all his toys to charity shop. Terpengaruh cerita Toys Story barangkali. 'Why we are going back to Malaysia?' Soalan yang ada jawapan yang mudah untuk dijawab, tapi agak sukar untuk difahami bagi anak berumur 5 & 3 tahun. Semasa berhijrah ke sini, anak perempuan saya baru berumur satu tahun empat bulan. Belum pandai bercakap pun. Tidak tahu menahu kenapa dia perlu menaiki pesawat selama kurang lebih 14 jam untuk ke sini. Setahu dia, rumah dia adalah di sini. Her toddler's time is spend here. Dia membesar dikelilingi neighbour bernama Mike, Kath & Terri (nenek & pakcik tua sebelah rumah). Anak lelaki saya, apatah lagi keluar dari perut terus nampak si mata coklat & biru serta berambut perang. Photo: They'll miss walking through this path to school on every morning.



Tetapi Alhamdulillah, mereka tahu yang mereka ada datuk & nenek jauh...where? di Malaysia. Sometimes they get confused. Arissa thinks 'Malaysia' is her cousins.

Photo: Aydin will miss his class teacher, Miss Elliot.
Photo: Arissa's idol. Her class teacher, Mrs Cameron. She likes her teacher very much.



Yesterday, was a consultation day for parents to meet the teachers. We received Arissa's progress report a week earlier for her reception class. We did'nt have/put any expectation on her but Alhamdulillah she does achieved a standard/required level (UK) for entering the next level. The school already place her class teacher for next term. And we can make an appoinment to meet her Year 1 teacher. Unfortunately, she will continue her schooling in Malaysia. So during the parents meeting we did discuss with her class teacher how to ensure she can continue progressing though she will have to fit herselft into different environment very soon. To be honest I'm very worried. I found that children in Malaysia nowadays, MasyaAllah bijak-bijak belaka. I noticed anak-anak 4-5 tahun sudah belajar macam-macam subjek di kinder, montesori & etc. Bacaan Iqra, 4-5 tahun sudah habis Iqra 6. Sekolah tadika pun sudah ada exam.
Photo: In front of the school building. We crossed this green field daily.


Saya worried anak saya akan 'left-behind', tak ter 'catch-up' dia. Di sini, walaupun mereka di ajar membaca & mengira tetapi most of the time & things, children are not really exposed untuk examination. Cara membaca dengan technique phonic, pada mulanya agak kekok bagi saya untuk mengajar Arissa membaca di rumah. Saya diajar membaca dengan cara mengeja. Ba-baa..Ca..Caa 'BACA'. Di sini mereka diajar membaca dan mengenal huruf dengan kaedah phonic. Report card tidak ada pun maths berapa peratus? Science berapa peratus, more towards keupayaan dan kecenderungan belajar kanak-kanak yang direkodkan. Saya worried anak saya akan 'takut' untuk ke sekolah di Malaysia. Apatah lagi dengan penguasaan bahasa Melayu '0'. Saya pada mulanya bercadang untuk home-schooling Arissa sebelum menghantar dia ke mana-mana sekolah. Sekurang-kurangnya dia ada masa setahun untuk belajar bahasa Melayu. Saya tahu tidak mudah untuk home-schooling, dengan masa yang terhad untuk mengajar memandangkan saya juga akan sibuk dengan tugasan baru di Malaysia. Tetapi apabila berbincang dengan cikgu di sini, she advised us to send her to school because she said normally children will pick-up new words, vocab when interacting with their peers.
Photo: The house number 100, my kids really adore its garden. Gonna miss this.


Kadang-kala saya terasa seperti saya ter-over worried. Actually, kebimbangan saya berasas. Kakak senior saya (kini bertugas di UM), menceritakan bagaimana anaknya tidak mahu ke sekolah kerana diejek kawan-kawan apabila anaknya tidak pandai bercakap Melayu. Akibatnya anaknya jadi depress & tidak mahu bercakap. Dan lebih tragis, cikgu juga menyindir-nyindir 'balik dari overseas tapi B.I tak juga 100%'! Sabar jer laaa...ada juga cikgu berfikiran macam tuh. Sepupu kami (kini bertugas di UPM), anak dia juga mengalami 'culture-shock'. Balik dari sekolah baju mesti 'belemoih', siap ada tapak kasut di dada baju sekolah. Kawan-kawan buli sebab tak pandai cakap Melayu, jadi tidak ada kawan. Lagi tragis, orang kantin sekolah pun boleh tipu sebab tak pandai nak cakap Melayu hendak beli makanan di kantin sekolah. Duit saku tak pernah berbaki.

Tetapi saya masih bersyukur & banyak-banyak bersyukur kerana tahun depan Arissa baru berusia 6 tahun. Jadi ada lagi tempoh setahun untuk dia catch-up sebelum memasuki darjah 1. Apabila berbincang dengan suami, kami bersependapat biarlah Arissa & Aydin 'play & learn' di dalam usia sehingga 6 tahun. Tidak mahu membebankan mereka (to make me less worries & they less stress). Ini kerana ada kajian yang dibuat baru-baru ini di UK, kanak-kanak berusia 7 tahun baru ada keupayaan sebenar untuk betul-betul belajar. Kami menyokong kajian ini secara tidak langsung, kerana jika anak tidak solat pun, cukup 7 umur tahun, then mereka harus dipukul! Umur yang 'cukup' baik untuk diajar & belajar. Sebenarnya di dalam ajaran Islam sudah banyak panduan untuk mengajar anak supaya menjadi insan yang cemerlang. Cuma kadang-kala kita alpa dengan momokan & desakan putaran masa. Ingin sangat anak menjadi orang bijak pandai tetapi terlupa kepada perkara 'pokok'.


Kami berharap Arissa & Aydin terus happy menerima suasana baru di Malaysia. Peliharalah anak-anak ini Ya Allah, di dunia hingga ke akhirat.