Monday 23 May 2011

Seronok

Seronok...happy..bahagia...seangkatan dengannya apabila mendengar cerita seorang kakak yang baru sahaja lulus viva. Dari ceritanya, examiners tanya soalan statistic yang biasa-biasa sahaja. Itu pun kerana katanya dia tersilap ambil figure. Dan katanya figure itu tidak memberi kesan kepada analysis beliau yang lain. Saya panic juga, harap-harap saya tidak tersilap ambil atau letak figure di dalam thesis saya. Tiada langsung examiners bertanya atau sentuh bab literature/philosophy. Lega betul mendengar. Mungkin external examiner beliau orang practitioner, engineer. Jadi mungkin seorang engineer di dalam bidang logistic tidak berminat mendalami literature. Cumanya kata kakak tersebut beliau ditegur dari segi cara penghujahan beliau berkaitan limitation of her research. Kata examiners walaupun semua akan akui tiada research yang perfect tetapi janganlah menampakkan yang kajian kita terlalu naif. Maksud secara kasar, biarlah down to earth yang bertempat. Syukur...Alhamdulillah bila mendengar ada orang sudah melepasi viva. Saya berharap urusan viva saya juga lancar. Takut sebenarnya...macam nak kurung diri jer duduk diam-diam. Kalau orang utara kata, 'ghaplah jingga'. Ha..ha..entah apa-apa bukan? Menurut nasihat kakak yang sudah lepas viva, katanya sebulan sebelum viva jangan sentuh langsung manuskrip yang telah dihantar untuk examination. Biar betul??? Mungkin ada kebenarannya, supaya fikiran kita relax...dan 2-3 minggu before viva barulah selak-semak balik untuk revision.


Seronok...seronok sangat-sangat..InsyaAllah hari Jumaat ini, ibu dan 2 orang adik saya akan ke sini. Dua minggu mereka akan berada di UK. Minggu pertama, kami sudah planning untuk berjalan-jalan/cuti ke selatan England. Walau pun sudah hampir 4 tahun di sini, sekali pun saya tidak pernah jejak ke end lands. Tak sabar hendak makan keropok ikan Terengganu. Sedapnya..cicah sos. Bila ibu hendak datang, tiba-tiba teringat arwah Abah. Tidak ada rezeki Abah untuk melawat kami di sini. Saya selalu cakap kepada suami, jika arwah Abah saya masih ada sudah pasti setiap cuti summer beliau akan ke sini. Itu semua jika...dan tidak mungkin akan berlaku kerana pada 5.5.2011 yang lalu, genaplah 3 tahun arwah pergi tinggalkan kami. Al-Fatihah. Walau pun jasad beliau tidak di sini, namun semangat yang arwah berikan akan tetap bersama saya sampai bila-bila.

Seronok..Alhamdulillah 20.05.2011, sebagai pasangan suami isteri kami sudah berjaya melepasi fasa pertama perkahwinan. Kata orang 5 tahun pertama, merupakan tahun 'pengenalan'. During this period, anything could happen. If dapat melepasi 5 tahun pertama dengan jayanya, InsyaAllah kita sudah mengenali pasangan kita 'luar dan dalam'. Tetapi saya rasa di zaman serba mencabar ini, walaupun sudah melepasi garisan pengenalan, pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Ada orang sudah jadi atok & nenek juga boleh bercerai-berai. Di sini saya juga melihat di depan mata bagaimana rakan PhD 'bercerai' dengan suaminya. Walaupun sudah lama berkahwin, mempunyai 2 orang anak namun perpisahan juga akhirnya. Tidak pasti ini berlaku kerana tekanan PhD atau sebaliknya. Mungkin juga tidak ada keserasian atau cinta sudah beralih arah? Mungkin cinta sudah beralih arah, kerana cukup tempoh edah, kawan tersebut sudah bersuami baru! Tiada apa yang pelik, ini soal hati barangkali. Apabila melihat fenomena ini di depan mata, kita boleh ambil yang baik sebagai teladan yang buruk sebagai sempadan. Saya dan suami selalu berpesan-pesan, jika saya salah sila tegur, jika saya alpa sila ingatkan, jika saya bodoh tolong ajarkan, saya bukan wanita, isteri dan ibu yang sempurna tetapi saya akan cuba memberikan yang terbaik untuk semua. Saya boleh memperbaiki diri, tetapi saya tidak boleh mengubah fizikal diri saya menjadi ratu universe. Terimalah saya seadanya. Mana tahu..lelaki sekarang suka sangat dengan perempuan berdahi licin. Tapi sebenarnya nikmat mata tersebut hanya seketika seperti fatamorgana....jadi saya berdoa semoga jodoh kami diberkati dan dirahmati dengan rahmah dan mawadddah dari Allah swt. Ameen. Sekejap sahaja masa berlalu 20.05.2005- 20.05.2011. Entah apa yang menanti di hadapan ya?