Tuesday 18 January 2011

Autumn

Autumn in My Heart! Ini tajuk cerita drama Korea yang ditayang oleh TV3 suatu ketika dulu. Sudah lama, tak silap saya sekitar awal milenium. Saya masih ingat waktu tayangan adalah lewat petang. Apabila balik dari kerja WAJIB duduk depan TV, tengok cerita ni. Kadang kala sampai emak bising, sebab lewat solat maghrib. He..he selalu sebenarnya emak bising, kalau lewat solat sebab leka tengok drama Korea! Cerita best, family & love polemic, tapi sad ending! Menangis juga saya tengok ending cerita nie. Betapa tinggi tahap penghayatan yer? Tengok Korean drama pun boleh tangkap leleh. Saya terfikir kenapa writer cerita ni, pilih tajuk Autumn in My Heart dan bukan tajuk lain? Bila diamati sendiri suasana dan keindahan autumn, YES memang SESUAI tajuk tersebut dengan drama itu.

Jika sesiapa yang melihat keindahan autumn atau di United States di panggil fall, pasti akan ada yang terkesan di hati. Sangat cantik. Keindahan warna alam ketika itu bagi saya tiada siapa yang dapat melakarkannya ke atas kanvas. Jika cuba dilakar sekali pun, tiada yang dapat 'meniru' ton semulajadi itu. Sungguh menakjubkan warna alam ciptaan Tuhan. Saya tidak tahu bagaimana orang lain rasa, bagi saya autumn musim yang sangat tenang. Saya suka melihat daun-daun berwarna oren, kuning & merah berguguran ke bumi. Bagai hamparan permaidani 'emas'. Apabila dipijak daun-daun kering itu, ada satu 'bunyi' yang mendamaikan. Saya pasti akan merindui bunyi memijak daun kering satu hari nanti.
Photo: Arissa with maple leaves, Autumn 2010, Hull University.
Sebenarnya sewaktu saya kecil dahulu, pernah juga memijak daun-daun kering. Daun getah! Saya pernah mengekori arwah nenek ke kebun getah untuk kutip biji pokok getah. Biji getah yang baru gugur dari pokok yang kami cari sebab masih 'berkilat-kilat' dan cantik. Kenapa biji getah yang dicari? Sebab biji getah itu akan digunakan sebagai biji buah congkak. Dan papan congkaknya, adalah di atas tanah! Lubang di atas tanah akan dikorek membentuk papan congkak. Ketika itu kami juga ada papan congkak dari papan dan buahnya menggunakan guli. Saya masih ingat, papan congkak itu ibu saudara saya beli di Alor Setar. Tetapi feel bermain congkak menggunakan biji getah sangat berbeza. Lagi seronok. Tambahan lagi partner bermain adalah nenek!

Sebenarnya bukan sahaja memijak daun maple satu perkara yang mengasyikkan, memijak daun getah sambil mendengar buah getah 'pecah' dan jatuh ke bumi juga mengasyikkan bagi saya. Rhythm alam yang mendamaikan. Sekarang kebun getah itu sudah tidak ada lagi. Yang ada hanyalah kenangan memijak daun getah dan mengutip buah getah bersama nenek. Rindunya!
Photo: Autumn 2010, Pearson Park, Hull.
Back to the Korean drama tadi, jadi memang kenalah isi cerita/drama dengan tajuknya. Agaknya itu penyebab saya dapat menghayati cerita dengan baik. Sampai sanggup bazirkan air mata! Sungguh menjiwai. In relation to my current scenario, saya juga berharap, isi dissertation saya nanti, kena dengan tajuknya supaya examiners juga dapat 'menghayati' dan seronok untuk membaca. Jangan pula tajuk yang diberi tidak menggambarkan langsung apa isi dalamnya or vice versa. Biarlah ia terkesan di hati examiners. The positive one!