Monday 7 February 2011

Academic Conference

Ada kawan bertanya, 'bagaimana untuk memilih academic conference yang bagus'? Itu soalan lazim bagi pelajar PhD untuk mengetahuinya. Saya merasakan menghadiri academic conference semasa menjadi pelajar PhD amatlah significant. Banyak perkara yang dapat membantu research kita dengan syarat kita berada di situ, at the right time and at the right place with the right people. Saya berkata begitu atas nasihat yang diberikan oleh supervisor dan juga pengalaman sendiri.
Photo: CRRC 2010, EUROMED Marseille, France.

Kebiasaannya kita dinasihatkan untuk menghadiri academic conference sepanjang pengajian adalah sebanyak 1 atau 2 kali sahaja kerana beberapa faktor. Pertama, faktor masa. Apabila ingin menghadiri conference kita perlu menyiapkan conference paper. Ianya perlu ditulis sebaik mungkin kerana ada panel yang akan menilai paper tersebut sebelum ianya layak diterima untuk sertai conference. Tetapi jangan bimbang, paper yang dihantar untuk sertai conference kebiasaannya jarang ditolak oleh pihak penganjur. Jika ditolak itu suatu yang amat luar biasa. Masa untuk menulis paper diperlukan dan masa untuk bersidang juga perlu diperuntukkan. Realitinya, apabila anda menjadi pelajar PhD, anda sentiasa diburu masa. Jadi jangan bazirkan masa anda sewenang-wenangnya. Pilihlah waktu yang sesuai dimana kita telah bersedia dengan sebahagian dari kajian kita sebelum menghadiri sesebuah conference. Sekurang-kurangnya idea/kajian anda telah pun ground pada ketika itu. Dengan bahasa mudah, sudah nampak kepala dan ekornya kajian kita. Maka selepas pembentangan bolehlah ditambah-baikkan kajian sedia ada dari komen-komen yang diterima. Di awal tahun kedua pengajian, saya menghadiri satu conference. Ketika pembentangan, saya sungguh berasa tidak confident kerana skop kajian masih luas ketika itu. Apabila pulang dari conference, memang sungguh susah hati kerana banyak persoalan yang timbul dari komen-komen yang diterima. Tetapi supervisor saya berkata ' its OK, no worries it is good for your own exposure'. Dan awal September lalu, saya menghadiri satu lagi conference yang lebih besar dari sebelumnya. Alhamdulillah, ada sedikit keyakinan kerana apabila disoal dan dikomen, saya sudah mampu memberi feedback. Ini mungkin kerana kajian saya sudah nampak kepala dan ekornya. Kedua-dua conference yang telah dihadiri memberi input dan pengalaman yang berbeza. Kedua-duanya ada kesinambungan.
Photo: Dinner at the conference. From the right Dr Mariana, Dr Ann and my friend Hiromi from Japan.

Kedua faktor kos. Untuk menghadiri conference kita perlu membayar yuran pendaftaran dan sebagainya. Jika ianya berlangsung di luar kawasan, sudah pasti anda perlu peruntukan budget untuk penginapan, transportation, makan minum dan sebagainya. Kebiasaannya, pihak institusi akan menaja sebahagian kos tersebut untuk 1 atau 2 conference sahaja. Realitinya juga apabila bergelar pelajar, kita perlu berhati-hati dengan perbelanjaan semasa. Oleh itu jangan bazirkan wang anda dengan menghadiri conference yang kurang manafaat. Pilihlah conference yang betul-betul akan memberi faedah kepada pengajian atau dengan lebih specific, hadiri conference yang berkait rapat dengan bidang kajian kita. Di sana, InsyaAllah anda pasti akan bertemu dengan orang yang betul pakar dalam bidang anda. Ada yang menghadiri conference untuk 'mencari' examiner, bertemu editor dan membina networking. Jika sebelum ini, kita membaca journal and quote scholar tersebut, di conference anda mungkin berpeluang duduk makan semeja dengan tokoh tersebut. Jadi perlu berhati-hati juga semasa bercakap di dalam conference. Sedap-sedap sahaja criticise kerja scholar tertentu, silap haribulan dia yang duduk sebelah kita. Sebenarnya, selain pelajar PhD, tokoh akademik, interest group seperti NGO, consultant juga akan menghadiri academic conference yang anda sertai. Peluang inilah yang perlu diambil untuk membina networking jika perlu.

Saya berharap sebelum saya tamat pengajian sepenuhnya dan pulang berkhidmat di Malaysia, saya dapat sertai satu lagi academic conference di sini. Saya ingin melihat budaya orang bijak pandai di sini melontarkan idea dan pendapat. Banyak perkara positif yang boleh dipelajari sebenarnya, salah satunya budaya mengkritik mereka. Di sini mereka sangat 'open' -memberi dan menerima kritikan, tetapi tidak pula 'menghentam' semasa persidangan. Setiap kali melihat mereka berdiskusi, saya merasakan hebatnya mereka....dalam hati selalu berkata 'kerdilnya saya...ilmu mereka sehasta...ilmu saya hanyalah sejengkal'!