Friday 18 March 2011

Red Nose Day

Today is a non-uniform day for Red Nose Day. Arissa wore her turtle-neck red-shirt. She asked me for the red shoes as well. Mana mak nak cari sayang oiii? When I send Arissa to school this morning, everyone wore red colours, including some of the parents. Myself, selamba kodok wearing different colour, obviously with grey scarf pulak tuh! I think the lolipop-lady also wearing red shirt under her striking orangy traffic jacket. I love their spirit! However though I'm out of theme this morning, I really appreciate this kind of effort they have made. Raising fund with fun! It could be some of the fund raised will be donated to the Tsunami victims in Japan. Poor the victims. We pray Japan will continue survive & recover soon, as we know and have admit how great it was!
Photo: Red Nose Day, 18.03.2011.
I want to watch Patch Adam movie with Arissa. Everytime I watched this Robbie Williams film, I never fail to put up my tears. But I think the movie is too 'heavy' for her age to understand Dr. Patch's spirit. Maybe later....one day. But today, coming back from school, she was so happy. Show to me the red nose that she coloured and made it as 'crown'. So sudah perasan 'diva' sebab balik sekolah dapat pakai crown, and asked her mummy to snap her photos with the crown she has made at school.
Happy Red Nose everyone!
p.s Tangan yang Memberi Lebih Baik dari yang Menerima.

Friday 11 March 2011

Malaysia Bumi Bertuah

Sebelum ini, dunia digegarkan dengan kisah rejim Hosni Mubarak, di Egypt. Tidak sampai sepurnama, kisah Hosni ditamatkan timbul pula kisah kekalutan di Libya. Tidak tahu sampai bila ketegangan Gaddafi akan berakhir. Di sini saya punya beberapa kawan dari Egypt dan Libya. Saya tahu perasaan mereka. Sudah tentu resah-gelisah mengenangkan saudara-mara di tanahair. Bagi yang membuat kajian menggunakan data dari negara asal mereka, seseungguhnya kekalutan dan kekacauan sebegini akan memberi tempias kepada perjalanan research mereka. Ketika berjumpa supervisor, prof. bermata biru berkata 'I have a lot of students but only you, your country is remain stabil'. I replied to him, Yes, hopefully God still bless our people. Kemudian kami membincang beberapa perkara di luar research, senario politik sekarang!Tidak pandai sebenarnya saya untuk membincangkan bab-bab ini. Cuma kami mengatakan theory Hofstede, agak kena dengan orang Malaysia, respond orang Malaysia terhadap politik dan politician mereka. Walaupun ada 'bunyi-bunyi', kita tidak se-aggresif orang Arab! Semoga bumi Malaysia terus aman dan makmur.
Di Jepun sekarang di landa tsunami. Bumi Malaysia pernah kena tempias Tsunami beberapa tahun yang lepas. Ada kemusnahan berlaku, tetapi tidak seteruk yang berlaku di Acheh walaupun kita berjiran. Allah masih melindungi bumi Malaysia.
Ya Allah berikanlah keamanan dan kemakmuran yang berterusan kepada Malaysia. Saya berbangga menjadi anak Malaysia. Dengan tiba-tiba lagu Dr Sam, SAYA ANAK MALAYSIA berlegar-legar di kotak fikiran. Malaysiaaaaaaaaaaaaaaaaa.....tunggu kepulangan kami!

Wednesday 9 March 2011

Bahasa

Semalam, saya sangat gelihati apabila Arissa describe rambut dibawah armpit sebagai 'black-grass'. Pada mulanya saya terpinga-pinga, apa itu black-grass. Tetapi apabila Arissa demo where is the black-grass (sambil menunjukkan ketiaknya), barulah saya faham apa maksud dia. Sekali fikir, ada juga logiknya. Ada persamaan dari segi rupa tapi tidak sama. Masalah bahasa, tetapi maksud untuk disampaikan berjaya difahami oleh ibunya. Ibu mana yang tak faham bahasa anak bukan? Suami saya selalu bertanya, bagaimana saya tahu anak saya lapar? Anak saya sakit? Sebenarnya selain daripada naluri seorang ibu, sebagai ibu kita akan faham bahasa anak walaupun ianya tidak dituturkan dengan jelas. Itu anugerah!
Hari ini saya ada meeting dengan supervisor. Sebelum meeting, as usual practice kami akan highlight issue berbangkit yang akan kami bincang melalui email. Kebiasaannya, di setiap pertemuan & perbincangan, jarang keputusan muktamad dibuat. Ini bermakna, akan berlaku lagi pertemuan dan perbincangan seterusnya. Tetapi sejak akhir-akhir ini perbincangan kami lebih menjurus kepada untuk membuat keputusan muktamad. Jadinya, saya sentiasa nervous dengan soalan-soalan beliau, takut-takut tidak dapat memberi argument dan jawapan yang bernas secara spontan. Seharusnya perkara seperti ini tidak berlaku apabila sudah berada di penghujung pengajian. Sebolehnya harus sudah boleh faham-tahu dari A-Z. Malangnya manusia itu lemah, tidak terlepas dari membuat kesilapan or tersasul. Termasuklah diri saya yang serba kekurangan ini.
Alahaiiiiiiii, masalah bahasa juga puncanya ini. Di dalam sedang rancak berbincang, here & there, ada something yang kami tidak dapat membuat keputusan kerana masing-masing sudah blur. Dan saya tiba-tiba terpancul soalan dari mulut dengan bertanyakan kepada beliau, HOW DO YOU UNDERSTAND THIS? (sambil point jari kepada sebaris ayat yang kami berdua tengah pening untuk faham). Makkkkkkkk aaaiiiiiiiiiii biadapnya!....siapa yang guru nie? Saya ke? Or Profesor saya? Saya terus rasa bersalah. Serta-merta memohon maaf. Tapi ianya masih terkesan di hati saya hingga ke saat ini. Sebenarnya saya hanya ingin mengetahui adakah pemahaman saya sama dengan dia? Tetapi gaya bahasa saya seolah-olah, saya pula nak test kefahaman dia! Eiiiiii tak berbahasa betul saya ni.
Harap-harap peristiwa tadi tidak langsung memberi kesan kepada professor saya bermata biru yang baik itu. Tidak patutnya celupar dengan guru. Ilmu tidak berkat. Di dalam cuba menjaga adab berguru, kadang kala 'tersasul' juga. Kekacauan minda mengatasi emosi yang rasional, seterusnya gagal mengawal tutur kata. Betul kata pepatah lidah itu lebih tajam dari mata pedang! Ampunkan saya ya Tuhan. Seperti biasa saya akan mengucapkan berkali-kali thank you (macam budak-budak seriously) sebelum meninggalkan office beliau. Tetapi hari ini, ditambah 'thank you & sorry'. Dia senyum sambil berkata please don't have too much worries, I understand how you feel at this stage. Terima kasih Prof. kerana memahami supervisee mu yang separa tidak betul ini. Harus lebih berhati-hati lagi selepas ini, kerana sebolehnya saya sentiasa mahu hormat pada guru.

Monday 7 March 2011

Wonders

I'm watching Prof. Brian Cox in the BBC Horizon series 'Wonders of the Universe' last night. I have watched his previous series "What on Earth is Wrong with Gravity," and "Do You Know What Time It Is?". And it was awesome! I love how Cox always has a smile on his face whenever he is describing some of the complex in science and physic. He's a very good presenter indeed. In this new series, he's explaining the laws of the universe-light, gravity, energy and time. It is very interesting when he explained about the laws of time with the universe. What Cox's presents -answer provided by science. In fact, Dr Danial Zainal Abidin, ada menulis buku berkaitan Al-Quran dan Sains.
Watching these series made me realise and 'insaf', para saintis barat gigih melakukan kajian untuk mencari jawapan for all these, e.g. who are we, where do we come from, can we see the future? and etc. Tetapi kita??? (saya? ditujukan kepada saya lebih specific) Al-Quran di depan mata pun tidak ada masa untuk difahami maksud ayat yang diturunkan Allah the Almighty dengan lebih mendalam.
I wonder somehow-rather those scienties are very closed to our Creater yet far.
If you are interested to read Wonders of the Universe by Prof. Brian Cox, you can also get his copy. I'll have mine soon.

Tuesday 1 March 2011

Tiga Puluh Empat

Saya biasa mendengar orang berkata 'age is just a number'! 'Old at age but young in heart'!'Man life begins at fourty!' Bagaimanapun andaian orang terhadap peningkatan umur, bagi saya semakin bertambahnya umur ini, semakin saya merasakan hanya sedikit masa yang tertinggal untuk saya. Purata jangka hayat wanita Malaysia, adalah sekitar umur 70 tahun. Jika Allah izinkan saya hidup hingga ke angka itu, ini bermakna saya sudah menghampiri tempoh fasa kedua umur wanita Malaysia. Apakah saya telah memanafaatkan usia saya di dalam fasa pertama? Apakah masih diberi peluang olehNya untuk mengecapi kehidupan di fasa kedua dengan lebih baik dan lebih bahagia? Saya tidak ada jawapan untuk soalan kedua. Takdir ajal-maut, rezeki & jodoh pertemuan telah ditentukan Allah sejak di dalam rahim ibu, kata ustaz. Kita telah membuat perjanjian dengan Allah untuk menjadi khalifahNya sebelum keluar dari rahim ibu, kata ustaz juga. Bagaimanapun ketetapan takdir di Luh mahfuz itu mampu berubah dengan izin dariNya serta usaha dan doa dari kita, tambah ustaz lagi.

Photo: 28 February, 2011.


Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah, Yang Maha Penyayang dan Yang Maha Pengasih.

Kurniakan hambaMu ini umur serta kehidupan yang berkat dan diredhaiMu.

Ameen.