Monday 28 February 2011

Kenduri Kahwin

Alhamdulillah. Ahad lepas dapat makan nasi minyak orang kahwin. Di Hull, community Melayu hanya ada beberapa keluarga, kurang lebih 10 keluarga, termasuk beberapa orang pelajar bujang. Tambahan lagi sejak tahun lepas tiada lagi kedatangan pelajar baru, terutama yang ditaja. Jadi tinggallah kami yang berapa kerat di sini. Walaupun sedikit, 'ahli mesyuarat tingkap' telah sebulat suara meraikan Nik dan pasangan yang baru sahaja bergelar raja sehari. Dan sempena juga Maulidul Rasul, AJK community juga menjemput Ustaz Zaharuddin memberi sedikit pengisian kepada ahli community sebelum reception bermula. Kebiasaannya seperti majlis-majlis lain, kami di sini gotong-royong sediakan juadah. Semua para ibu di sini pandai memasak. Dan ada juga para bapa di sini yang turut pandai memasak mengalahkan kaum ibu. Tetapi suami saya tidak pernah ambil port untuk memasak. He..he.. He said if he does the cooking, I'll never learn how to be a good cook. Ha..ha pandai betul dia bagi alasan tak mahu menolong di dapur. However, I'm glad that he gives me the opportunity to learn how to be a good cook for my family. And practice makes perfect!
Photo: Pengantin diperkenalkan kepada ustaz oleh saudara Penghulu.
To be honest, saya dulu tidak pandai memasak walaupun mak saya sangat pakar dalam memasak. Saya tak pernah nak ambil tahu apa & bagaimana resepi yang mak masak. Tetapi sejak merantau di bumi orang, wahhhhhhhhhhh boleh jadi pandai pula memasak. Mak saya kata itu hikmah merantau. Dan yang paling tersayat hati mak selalu cakap 'air tangan isteri & ibu penting untuk kesejahteraan rumah tangga'. Sebenarnya selain advice mak saya itu, 'keterpaksaan' tidak boleh adakan 'menu tunjuk' menjadikan saya pandai memasak. Terima kasih untuk itu. Kadangkala kerana 'terpaksa' berbuat sesuatu, ianya boleh mengubah diri kita. Untuk majlis ini, saya ditugaskan untuk menyediakan triffle dan Ikan Bawal 3 Rasa untuk makan beradap. Apa rasa? Harap-harap sedap tetamu makan kelmarin. All photos taken semasa majlis diadakan. Anak saya Arissa, dengan bunga rose di tangan. Bukan main lagi si makcik kecik ni!

Sudah banyak majlis kenduri kahwin di Malaysia yang kami terlepas. Anak saya Arissa tak tahu pun apa itu wedding reception sebab she tak pernah attend before this. Can't wait to show them a real Malays' wedding. Dua tiga orang kawan saya di Malaysia akan berkahwin tak lama lagi. Harap-harap sempatlah kami ke majlis mereka.