Thursday, 27 January 2011

Satu Budak Hitam

Hari ini, 28 Januari 2011 hari lahir adik saya yang ketiga. Dia antara ahli keluarga yang dilahirkan pada date yang sama dengan saya. Kami sekeluarga panggil dia 'chik'. Sebab ketika itu kami adik-beradik yang lain semua dah besar panjang, dia seorang sahaja budak kecil yang tiba-tiba hadir dalam keluarga. Jarak umur chik dengan chaq (adik saya yang kedua besar) adalah sebanyak 12 tahun. Bayangkan 12 tahun kami tidak merasa ada adik kecil. Jadi kehadiran chik memang dinanti-nantikan semua orang. Saya lagi seronok, kerana in January 1995, saya sedang menanti keputusan SPM. Jadi selain mengisi masa lapang dengan hanya ke kelas komputer dan menaip untuk menambah skill, ada juga kerja sampingan lain- iaitu melayan adik baru.

Chik' s character is slightly difference from my other siblings. Semenjak dia masih kecil, he's very independent child, ingin buat kerja seperti orang besar. Agaknya dia 'tercabar' tengok kebolehan kami, abang dan kakaknya yang semua ternyata lebih besar dari dia ketika itu. Dia seorang yang pendiam tetapi penuh pendirian. Jangan cuba 'jentik-jentik', nanti tanpa budi-bicara dia akan smash balik. Tapi saya tahu dia berjiwa penyayang sebenarnya. Dan dia juga berkulit agak gelap dari kami adik-beradik yang lain. Kami selalu menyakat chik dengan extra-colour kulit yang dia miliki. Kami kata dia anak angkat sebab dia seorang saja hitam, satu budak hitam! He..he.. dia akan meraung menangis bila disakat sedemikian! Dulu-dulu saya selalu tanya mak kenapa chik 'gelap'? Mak selamba berseloroh, terkena kenan mamak jual kain di Baazar Chowrasta, Penang seraya balas Mak. Kebetulan Mak memang selalu ke sana semasa mengandungkan chik untuk beli kain, paling tidak pun untuk singgah makan laksa atau cucur udang mamak yang dijual di satu lorong Baazar Chowrasta. Sedap. Teringat-ingat saya kesedapan laksa pakcik tuh, terbau-bau aromanya. Entah ada lagi atau tidak pakcik yang jual laksa itu sekarang?
Dan di kalangan adik beradik yang lain, dia banyak mewarisi minat bersukan arwah Abah. Semasa bersekolah, saya juga minat bersukan. Pernah menjadi olahragawati sekolah semasa berusia 12 tahun dan sekali seumur hidup dapat mewakili negeri untuk MSSM pada tahun 1989 untuk sukan bola baling. Tetapi apabila ke peringkat menengah, potensi sukan saya terbantut, entah mengapa. Semasa chik kecil, hanya arwah Abah yang dapat mengesan kebolehan dia bersukan. Dan cuba mengasah minat bersukan dari chik kecil. Antaranya chik suka sangat main air, mandi kolam. Jadi arwah Abah bina kolam kecil untuk dia berendam. Agaknya dengan harapan chik boleh jadi perenang yang baik. Tapi sekarang chik sudah tidak minat berenang. Kolam yang dibina itupun sudah 'kecil' untuk dia buat kuak lentang atau kuak pupu-kupu. Dan yang paling sedih kolam tersebut pun tidak lagi terurus sejak Abah tiada. Mak ada mengupah orang untuk bersihkan kolam dan halaman rumah tapi ia tidak sebersih dan secantik arwah abah jaga!
Photo: Chik bersama adik bongsu di dalam kolam arwah Abah bina, 2005.
Dan kini, chik hanya minat memanah. Sukan memanah. Setiap minggu jika saya menelefon ke Malaysia, Mak selalu update yang chik tak sudah-sudah dengan latihan memanahnya. Bertambah 'manis' dan pekatlah gelap si chik kerana setiap minggu berjemur di lapang sasar memanah. Dari negeri-negeri di semenanjung Malaysia hingga ke negeri Sabah chik menjelajah pergi untuk menghadiri tournament. Emak saya sangat risau jika chik tidak dapat membahagikan masa antara belajar dan bersukan. Tetapi Alhamdulillah, keputusan PMR yang lepas, chik agak cemerlang walaupun sibuk dengan latihan dan kejohanan memanah.
Photo: Gaya seorang pemanah amatur.
Tetapi kekadang melampau juga si chik nie, Mak bengang dan bingung bila dia sangkut bow memanah dia di dalam almari baju! Dia kata peralatan archery semuanya mahal, jadi kena jaga elok-elok. Chik sekolah berasrama, jadi jika bercuti dia akan heret sekali 'buah hati'nya itu balik ke rumah. Agaknya kalau boleh, semasa mengadap makan pun hendak duduk sebelah menyebelah bagai pasangan kekasih. Dia ingin menjadi pemanah elit kebangsaan. Dia ingin menjadi atlit negara. Itu cita-cita dia!
Photo: Chik di dalam salah satu kejohanan sukan memanah, 2010.
Sebagai kakak saya tumpang gembira dengan kejayaan chik dalam bidang sukan. Walaupun Abah sudah tiada, semangat yang pernah allahyarham pupuk untuk kami adik-beradik terus berjaya dalam bidang yang kami ceburi tidak pernah padam, termasuk chik. Saya doakan chik terus cemerlang dalam bidang yang dia telah ceburi. Terus membina kecergasan minda dan fizikal beliau melalui sukan yang dia minati. Saya ingin dia tahu, yang kami semua ahli keluarga sentiasa akan menyokong usaha beliau untuk mencapai cita-citanya sebagai atlit negara. Dan yang paling utama, saya berharap chik juga menganggap bersukan sebagai satu ibadah! Itu cita-cita yang lebih berkat.

Muhamad Hakimee..hey budak hitam, selamat ulangtahun kelahiran yang ke 16!

No comments:

Post a Comment