Tuesday, 27 November 2012

Nilai Kontemporari Ahli Akademik

Apabila orang di luar sana bercakap perihal geran RU, FRGS, LRGS dan sebagainya, hari ini saya baru berpeluang mendengar taklimat ringkas Geran Jangka Pendek. Orang lain sudah penuh kuota geran mereka, saya hanya baru selesai dengan Geran Insentif. Jika ini pertandingan lumba lari di antara sang kura-kura dan sang arnab, sayalah kura-kura itu! Lambat bergerak.  Azam di hati, 'biar lambat, asal selamat'. Tetapi metodologi itu tidak boleh digunakan pakai untuk ahli akademik masa kini. Terutama sekali apabila berada dalam kelompok researh university. Sebentar tadi semasa sessi pengisian, timbalan dekan penyelidikan menyenarai pendek tugas ahli akademik. What are the roles and responsibilities of an academician?
1. Researcher
2. Educator
3. Supervisor
4. Examiner and reviewer
5. Author
6. Consultant

Emmm....point number 1 till 4, ini adalah sebahagian dari tugas saya sejak tahun 2006. Namun saya masih perlu banyak belajar dan diajari. Untuk point ke 5 dan ke 6, ini menjadi tuntutan kepada saya sejak berada di sini. Setiap waktu, dibayangi 'how to publish in the high impact factor journal'? Menjadi igauan 'how to become a good consultant'? In a way, how to 'publish and perish'. Ini bukan satu tugas dan tanggungjawab yang mudah. Ini menuntut satu keazaman yang tinggi dan jitu. Saya ingin dipimpin ke jalan yang betul, agar saya tidak tersasar dari apa yang sepatutnya dilakukan. Saya perlu berguru. 

Kami  juga disarankan untuk branding kepakaran dan mencari research niche masing-masing. How to identify our research niche?
1. PhD
2. National Agenda
3. Business Needs
4. Impact Factor
5.Grants/Funds
5. Passion/Interest 

Eemmmmmmmmm...sounds so interesting ya! Tetapi branding atau 'penjenamaan' diri ini bukannya boleh berlaku sekelip mata. Pengalaman setahun jagung ini, tidak mampu membawa saya ke mana-mana. Realitinya, tidak ada external funder yang sudi funding research dari seorang novice researcher. Mereka perlukan researcher berpengalaman, sekurang-kurangnya 10 tahun pengalaman di bidang ini. Ya, hakikatnya begitulah mereka memandang sepi iltizam penyelidik baru dan 'muda' (hehehee) seperti kami. Tetapi tidak mengapa, saya akan terus mencuba. Mungkin saya perlu ubah strategi dan pendekatan. Kata orang, we should work smart, not work hard. Ohhh yeahhhhhh... Saya perlu belajar dari taiko, otai dan sifu-sifu di luar sana.

Mahu atau tidak mahu, inilah sebahagian realiti kehidupan orang akademik. Saya perlu bergerak sekarang jika ingin menjadi ahli akademik yang mempunyai nilai kontemporari.

Tuesday, 20 November 2012

Pedih

Sudah lama tidak berkunjung ke sini. Jika blog ini umpama sebuah rumah, sudah lama rumah ini tidak dikemas, jika dibiar lagi lama rumah ini akan menjadi usang. Jadi sebelum rumah menjadi usang, elok kiranya tuan rumah melakukan sesuatu. Ya...kembali menulis di blog! Pelbagai ceritera hendak dikongsi, malangnya hari ini ianya bermula dengan kisah-kisah pedih.

Di sana sini orang bercakap kekejaman rejim Zionis. "Ya Allah, Kau lindungilah saudara Islam ku di Palestin dari kekejaman Yahudi". Pedih hati ini apabila melihat wajah anak-anak dibunuh tanpa peri kemanusiaan. Pedih hati ini apabila nyawa anak-anak ini diragut Zionis seumpama nyawa mereka tiada harga. Naluri keibuan saya tersayat melihat wajah-wajah penghuni syurga ini mati dalam keadaan wajah yang cukup tenang. Inilah wajah para syuhada'.. mereka adalah bidadari dan bidadara syurga. Saya bukan seorang perwira yang mampu turun berjuang menentang rejim Zionis di Gaza. Saya bukan pemimpin tersohor untuk mengubah dasar dan polisi supaya negara-negara Arab bersatu menentang Israel. Saya bukan hartawan untuk menyumbang dana kepada rakyat Palestin. Namun saya mampu untuk melakukan sesuatu untuk melemahkan jentera rejim Zionis. Mari bersama-sama kita lemahkan EKONOMI puak Yahudi. Nampak sukar, namun saya yakin ini dapat dilakukan. Jadi, anak-anak sudah dimaklumkan 'we're no more eating Mc Donald'. Itu langkah pertama kami. Coming next with others..Step by step.

Minggu ini, minggu student master untuk viva-voce. Pedih hati ini melihat ketidaksungguhan pelajar menyiapkan project management mereka. Pedih hati ini apabila pelajar berkata 'saya hanya ingin lulus'. Lagi pedih hati ini apabila ada examiner yang hanya 'menghentam' pelajar semasa viva dan bukannya membantu pelajar untuk melakukan kajian dengan betul. Di mana silapnya? Who to blame? Saya pedih melihat sistem akademik sebegini. Namun, saya bukan siapa-siapa. Hanya pensyarah bawahan yang baru mengenal 'politik' ahli akademik.

Sunday, 3 June 2012

Big House

Kelmarin kami sekeluarga menghadiri dua jemputan kenduri kahwin. We told the kids that we'll be attending Daddy's friend wedding. Arissa said, 'can we put all the ribbons and flowers at our car'. Hehehe...Arissa sudah tersalah concept daaa. We told her, when she's getting married then we'll decorate our car to be like that. Then she asked again, 'when daddy?' We replied, 'when you become a big girl'. Sebelum dia terus mengajukan soalan, lantas suami saya bertanyakan soalan terlebih dahulu. 'You want to marry who?'. She innocently replied 'I want to marry mummy, daddy, Aydin & Asyraf'. Hehehe..Arissa sudah tersalah fahaman daaa. It's ok, later or sooner she'll understand the concept of marriage.

Kebetulan, satu majlis kenduri berlangsung di Tanjung Bungah dan kami singgah sebentar di Gurney Plaza untuk menjamu mata. MasyaAllah, ramainya umat manusia. Kemungkinan cuti sekolah, jadi ramai orang luar datang ke Pulau Pinang untuk bercuti. Jadi keinginan untuk menjamu mata terbantut kerana most of the places, penuh dengan orang. Our little baby Asyraf also not feel comfortable with his new ride. Budak kecil itu seakan tidak mahu duduk di dalam push-chair nya. Haaa...Asyraf needs more 'practice' then because he has less than one month to get use sitting in his push-chair. InsyaAllah, bulan hadapan kami akan ke UK, jadi Asyraf kena biasakan diri duduk dan juga tidur di dalam push-chair. Tak berdaya mak nak kendong kau duhai anak turun naik tube di UK nanti. Jadi biasa-biasakan diri dengan push-chair yer Asyraf.

Sebelum maghrib kami sudah mahu beredar dari Gurney Plaza but before that Arissa pop-out her unpredictable request. Can we go to our big house?  Saya pada mulanya tak faham apakah itu big house yang dia cuba maksudkan. After she described what is big house, then we know it. Rupanya dia nak ajak kita orang tidur di hotel. Hehehe...Arissa tersalah concept lagi daaa .Emmm...memang besar bagak ler rumah, hotel rupanya. Alahai anakku, kepingin tidur di hotel rupanya. Nampak sangat semenjak kami kembali ke Malaysia, tidak ada aktiviti melancong. Tiada aktiviti melancong maka tiadalah acara tidur berjemaah di hotel. Minta maaf duhai anak-anak, mak ayah sibuk dengan hal dunia sejak kebelakangan ini. Astagfirullah.

InsyaAllah, jika panjang umur dan diizinkanNya kita akan tidur di big house Julai nanti.

Monday, 28 May 2012

Gigi

Minggu lepas saya membawa Arissa ke klinik gigi. Gigi susu bawah Arissa masih elok tetapi gigi kekal sudah mula muncul. Jadi terpaksalah gigi susu dicabut untuk memberi ruang kepada gigi kekalnya tumbuh dengan baik. Arissa memang sentiasa excited untuk berjumpa doktor gigi, pertama inginkan gigi yang sihat dan cantik (ini hasil provokasi emaknya) dan keduanya sebab hendak dapatkan sticker dari tuan doktor.

Sampai di klinik mulanya excited, tetapi apabila nampak tuan doktor, dia jadi cuak. Saya sebenarnya cuak juga kerana ini ialah kali pertama giginya akan dicabut. Pelbagai ayat cool down I said to her. Alhamdulillah, 2 batang gigi berjaya dicabut dan she's fine. Ubat tahan sakit pun tidak dimakan. 

Hari ini giliran saya pula. Tapi ini bukan gigi susu yang perlu dicabut tetapi gigi kekal! Lama gigi ini bertahan akhirnya terpaksa dicabut juga. Semasa giliran anak, emaknya bukan main lagi cakap 'tak sakit'. Tetapi bila tiba giliran sendiri, siap tanya doktor 'sakit tak doktor'? Hehehe.. perasaan takut lebih dari anak. Tapi memang sakit...adoiiiiiii! Agaknya cabut gigi kekal lebih sakit daripada cabut gigi susu. Berapa bilangan gigi kekal anda sekarang? Saya sudah hilang satu gigi geraham hari ini. Namun, Allah itu Maha Kaya, bersyukur kita diberi Nya gigi yang pelbagai fungsi. Hilang satu geraham sebelah kanan, InsyaAllah geraham sebelah kiri akan terus berfungsi. 

Sebenarnya gigi yang sihat sangat penting.  Sesungguhnya nabi juga menggalakkan umatnya bersugi, kenapa? Makanan yang dimakan akan dicerna dengan sempurna jika gigi sihat. Oleh sebab itu gigi yang sihat akan menyumbang kepada tubuh badan yang sihat.  Pernafasan juga berlaku dengan baik jika gigi sihat. Hasilnya, otak yang baik dari gigi yang sihat. Apabila gigi sihat, badan pun cergas, InsyaAllah otak pun cerdas.

Tahukah anda pertumbuhan gigi yang normal bermula dari gigi bawah. Namun menurut kata doktor gigi, sejak 20 tahun kebelakangan ini, didapati ada kanak-kanak yang tumbuh gigi atas dahulu sebelum gigi bawah. Ini melanggar hukum normal pertumbuhan gigi? Apakah kesannya? Mengapa berlaku demikian? Doktor gigi perlu membuat kajian perihal ini. Anda ada anak kecil yang belum tumbuh gigi? Perhatikan perkembangan gigi anak anda. Anak saya Asyraf belum tumbuh gigi, sekarang emaknya tak sabar ingin melihat gigi pertama Asyraf tumbuh. Gigi mana dulu? Atas atau bawah?


Thursday, 24 May 2012

Buai Laju-Laju

Pagi tadi saya terperangkap dalam traffic-jammed. Sekembalinya ke Malaysia, ini merupakan kali kedua saya terperangkap di atas jambatan Pulau Pinang melebihi 2 jam . Azab bukan? Jika ada u-turn, mahu rasanya saya berpatah balik ke mainland. Namun apakan daya 'its a one way ticket', maka terpaksalah kaki terus menekan pedal minyak dan brek setiap 1 minit berselang-seli. Mujurlah kereta bergear automatik, jika manual perit jugalah otot kaki. Lima tahun yang lalu sebelum pihak pengurusan Penang Bridge mengambil tindakan menaikkan papan divider di atas pembahagi jalan jambatan, keadaan lalulintas di atas jambatan lagi teruk dan sesak daripada sekarang. Jika arah ke island berlaku kesesakan akibat kemalangan nescaya lalulintas menuju ke mainland juga turut sesak. Kenapa? Hal ini berlaku kerana sikap 'terlebih prihatin' rakyat Malaysia. Mereka sanggup memperlahankan kenderaan semata-mata ingin melihat apa yang berlaku. Kesudahannya kedua-dua laluan menjadi sesak. Tetapi mujurlah sekarang sudah ada divider, maka peluang untuk 'terlebih prihatin' sudah terbatas.

Bila terperangkap dalam traffic-jammed, untuk menghilangkan rasa bosan pandanglah kiri kanan anda, pelbagai situasi boleh dilihat. Anda akan dapat melihat gelagat si pemandu yang merokok dengan selamba membuang abu rokok dari dalam kereta. Oh..itu tidak menjadi hal kerana abu rokok akan hilang diterbangkan angin. Tetapi yang menjadi hal adalah banyak putung rokok yang akan dihisap, maka kasihan jantung dan paru-paru si perokok. Anda akan dapat melihat gelagat si pemandu yang over-take tanpa pemanduan berhemah. Oh...itu tidak menjadi hal kerana kebanyakan pemandu Malaysia memang gemar berbuat demikian. Tetapi yang menjadi hal apabila sikap tersebut menyebabkan berlakunya kemalangan. Anda akan dapat melihat kelibat pemandu menyanyi riang, barangkali dia cuba menghiburkan hati yang  'pedih' kerana terkandas di dalam jammed. Atau barangkali dia cuba bersikap cool kerana akan lewat sampai ke pejabat.

Cuba teka apa yang saya lihat tadi? Ada buaian di dalam kereta. Pada mulanya saya berasa kelakar apabila melihat  mereka menggantung buaian di dalam kereta. Bolehkah anda bayangkan bagaimana kedudukan buaian tersebut? Kain direntang atau diikat dari pemegang atas pintu kereta kiri dan kanan. Jadi buaian itu merentangi tempat duduk belakang kereta. Saya melihat ada kelibat anak kecil di dalam buaian tersebut. Situasi ini membuatkan saya berasa ngeri dan bukan lagi kelakar. Saya cuba bayangkan jika berlaku situasi pemandu brek secara mengejut. Berkemungkinan anak kecil itu akan terpelanting ke hadapan. Astagfirullah...Jika ibu atau bapa anak kecil tersebut cuba menenangkan anaknya dari menangis kerana kereta bergerak perlahan, saya rasa itu bukan caranya. Peluklah..ribalah anak kecil itu seketika. Sebaiknya letaklah anak di dalam car seat atau carrier. Jika ingin berbuai, buai laju-lajulah di rumah bukannya di dalam kereta. Jika pihak JPJ nampak situasi ini, adakah akan diambil sebarang tindakan terhadap pemandu tersebut?

Buai laju-laju sampai cucur atap,
Belum sampai destinasi takut ada yang meratap.

Malang tidak berbau, bertindaklah menggunakan akal!

Monday, 21 May 2012

Bibit Cinta

Minggu ini sudah pun minggu ke empat di bulan Mei. Sebagai internal examiner saya ada tiga manuskrip MBA untuk dibaca dan dikomen. Aduh! Sempatkah untuk menilai ketiga-tiganya dengan baik? Manuskrip diterima pada minggu lepas dan Jumaat ini report perlu dihantar ke pejabat sebelum viva voce pelajar berlangsung minggu hadapan. Saya telah glance-thru manuskrip-manuskrip tersebut, ada yang kerjanya baik dan ada juga sebaliknya. Jika belum bersedia untuk di examine kenapa hantar dissertation anda? Ini menjadi tanda tanya bagi saya. Saya dapat rasakan mereka ini hanya belajar untuk lulus MBA dan bukan untuk mendapat ilmu. Jika anda hanya berhajat untuk lulus maka keputusannya sudah tentu hanya lulus. Berbaloikah?

Hujung minggu ini saya akan beri lecture terakhir untuk semester ini. Selepas ini, pelajar akan menghadapai final exam dan cuti semester akan bermula mulai Julai. Persediaan mengajar untuk kelas akan datang belum pun sempat dilakukan. Kelas hujung minggu bermula dari jam 9 pagi hingga 5 petang. Penat jugalah jika hanya bercakap selama 8 jam. Jadi struktur pengajaran perlu diolah supaya tidak membosankan. Pelajar sekarang tidak hanya berminat kepada nota kuliah, mereka lebih berminat mendengar dan belajar jika apa yang diajar dapat dikaitkan dengan dunia di luar bilik kuliah. Guru pada zaman sekarang perlu menjadi seperti kamus bergerak kerana pelajar sekarang cepat dan peka dengan apa yang berlaku diluar sana. Kita bertanyakan soalan dihadapan, mereka sudah pantas menggoogle jawapannya. Kadangkala saya merasakan teknologi membawa 'penyakit malas berfikir' bagi sesetengah pelajar. Saya ketawa kecil apabila membaca abstrak pelajar yang di translate dari bahasa Inggeris ke bahasa Melayu. Apabila mereka sekadar menggunakan teknologi, yakni google traslation application, bahasa ibunda yang cantik menjadi caca-merba. Kadangkala teknologi yang diguna secara membuta tuli akan menjadikan manusia itu lebih bodoh.

Dua article saya juga telah ditolak oleh dua penerbit antarabangsa. Perasaan kecewa memang teramat sangat. Namun ini hakikat yang perlu diterima sebagai ahli akademik apatah lagi novice researcher seperti saya. Pelbagai nasihat diterima dari orang yang lebih berpengalaman berkaitan perkara ini. Pokoknya, kata mereka jangan putus asa dan keep sending your papers until they accept it! Sebenarnya saya harus menerima  hakikat yang saya tidak dapat menulis dengan baik sejak akhir-akhir ini. Pelbagai tugasan in between perlu diselesaikan, natijahnya paper ditulis dalam keadaan kelam kabut bagi memenuhi dateline. Ini satu amalan yang tidak baik. Saya kecundang dalam menguruskan masa sejak kebelakangan ini. I have to sit down and read & write my article carefully. Abstrak saya telah diterima di satu conference antarabangsa. InsyaAllah jika full paper diterima, pembentangan oral akan dibuat di Pafos, Cyprus bulan November nanti. Dateline bagi full paper 6 Jun nanti. Aduhaiiii...sempatkah mengejar dateline? Pada minggu yang sama, dua pelajar saya akan membuat pembentangan project management mereka. Jadi saya perlu membantu selia mereka. Sudah pasti saya juga perlu menyemak report mereka. 

Saya tidak pernah menyangka dunia akademik sesibuk ini. Saya tidak menyangka dunia akademik penuh warna warni. Saya tidak pernah menyangka saya akan terjerumus ke kancah akademik. Saya tidak pernah menyangka hari demi hari perasaan terhadap dunia akademik membibitkan rasa cinta!


Tuesday, 8 May 2012

Panas

Penghawa dingin di bilik ofis ini meragam lagi. Sudah bosan untuk membuat laporan kerosakan kerana tindakan yang diambil oleh pihak kontraktor seolah-olah seperti melepaskan batok di tangga. Apabila ditanya kenapa kerosakan yang sama sering berlaku, jawapan dari mereka 'ini kena trial & error baru kita tahu apa yang rosak'. Oooo..begitu pulak? Mudah jawapan bagi pekerja yang tidak efficient dan bertanggungjawab. Saya panas kerana tiada penghawa dingin. Saya panas hati kerana terpaksa berdepan dengan kerenah kontraktor yang sambil lewa.

Lupakan kisah 'panas'. Mari kita belajar bahasa. Penggunaan bahasa Melayu dengan betul dan rapi. Pensyarah baru diwajibkan untuk lulus peperiksaan Bahasa Malaysia (LKM 300). Jadi sebagai persediaan kami perlu menghadiri kelas Bahasa Malaysia. Pada tahun 1994 saya mengambil peperiksaan SPM dan berjaya mendapat A1 untuk keputusan Bahasa Malaysia. Namun untuk peperiksaan kali ini saya tidak pasti boleh mengekalkan tahap kecemerlangan itu. Banyak kesalahan tatabahasa yang sudah terbiasa diguna pakai.

Contohnya penggunaan 'baharu' dan 'baru'. Sekarang meluas digunakan ejaan 'baharu' dan bukan lagi 'baru'. Apakah perbezaannya? Yang mana satu betul? Kedua-duanya boleh digunakan. Jadi, penambahan dua abjad (ejaan menjadi lebih panjang) hanya menguntungkan pihak pengiklanan. Lagi panjang ayat, lagi tinggi kos pengiklanan.

Kita terbiasa mendengar pepatah 'bagai pungguk rindukan bulan' bukan? Sebenarnya, ayat yang lebih rapi ialah 'bagai pungguk rindui bulan'. Kita terbiasa menyebut 'harapkan pagar, pagar makan padi'. Sebetulnya 'harapkan pegar, pegar makan padi'. Ejaan 'pagar/pegar' dipengaruhi oleh ejaan jawi sebenarnya, iaitu pa ga ra'. Pagar ialah dinding atau fence.  Mana mungkin pagar makan padi. Pegar ialah sejenis burung yang memakan padi. Namun apabila ejaan dari jawi dirumikan, terhasillah pagar bukan pegar. Seperti juga 'melepaskan batok ditangga'. Kebiasaan kita mengeja sebagai batuk. Sebetulnya adalah batok. Batuk ialah perbuatan  (caugh). Tetapi di dalam pepatah ini batok merujuk kepada gayung atau cebuk air yang dilepaskan di tangga. Mana mungkin kita melepaskan 'batuk' di tangga.

Aduhai.....bahang peperiksaan sudah dirasai. Makin panas dan berapi kepala saya untuk merapikan penggunaan bahasa Malaysia. Diharapkan boleh lulus peperiksaan LKM 300. Kalau gagal, buat malu diri sendiri saja! Aduhai..bilik ini terasa semakin panas. Tolong! Saya perlukan bahan penyejuk bilik. Mari lihat budak kecil ini sebagai bahan penyejuk mata. Alahai anak mummy..sudah 6 bulan Asyraf yer?


Sunday, 15 April 2012

Hati Ini Tersentuh Hiba

Hati ini tersentuh apabila mendengar tangisan anak kecil dari bilik di hadapan bilik saya. Saya pasti ibunya bergelut dengan tugasan PhD lalu anak kecilnya turut diheret ke pejabat. Saya pernah bertemu beliau semasa menghadiri kursus Biro TataNegara sekitar pada tahun 2007 sebelum kami melanjutkan pelajaran ke luar negara. Saya pasti oleh sebab tertentu beliau terpaksa atau memilih untuk kembali ke Malaysia, walaupun belum habis sepenuhnya pengajian PhD beliau.

Setiap kali mendengar tangisan anak kecil dari bilik hadapan, jantung saya berdegup kencang. Saya terbayang bagaimana getirnya saya mengharungi kehidupan suatu ketika dahulu sebagai pelajar PhD, ibu dan juga isteri diperantauan. Belas melihat anak menangis tatkala si ibu sibuk dengan tugasan PhD. Belas melihat anak kepingin dikendong manja tatkala si ibu sibuk dengan tugasan PhD. Belas mengenangkan nasib diri sendiri yang menggalas tanggungjawab sebagai pelajar PhD. Saya dapat rasai bagaimana perasaan jiran dibilik hadapan. Saya dapat menjiwai bagaimana kehidupan 'lonely journey' yang beliau alami sekarang.

Duhai jiran..
Tabahi hatimu tempuhi dugaan
Tenangkan dirimu jalani kehidupan

Duhai jiran..
Usah dikesali pilihan ini
Usah ditangisi perjuangan sepi

Duhai jiran..
Usaha mu harus berganda
Usaha mu pasti berjaya!

p/s Anak kecil itu menangis lagi......hati turut seperti rasa ingin mahu menangis!

Tuesday, 3 April 2012

Permata Hati

Hari ini 3 April. Pantas masa berlalu tanpa disedari suku tahun pertama sudah berakhir. Terasa seperti baru semalam kami meninggalkan bumi England. Tanpa disedari sudah setengah tahun udara dingin Hull kami tinggalkan. Terasa seperti baru semalam Arissa muncul sebagai cahaya mata pertama kami. Tanpa disedari kini Arissa, Aydin dan Asyraf muncul sebagai pelengkap hidup kami. Mereka adalah permata hati kami. Mampukah kami menggilap permata hati kami?
Fenomena sosial yang berlaku di Malaysia sekarang amat membimbangkan. Saya menjadi takut setiap kali menyelak helaian akhbar. Ada sahaja berita kurang menyenangkan hati ibubapa seperti saya. Ada anak yang dilarikan dan ada pula yang rela melarikan diri. Simbah asid sana-sini. Ragut, rogol....'penyakit' masyarakat yang kian menular di Malaysia. Mampukah kami menggilap permata hati di dalam kemelut masyarakat yang menjadi-jadi penyakit sosialnya?
Jika boleh saya ingin memerhati setiap gerak-geri anak saya. Jika boleh saya ingin sentiasa mendampingi mereka. Jika boleh saya ingin belajar, makan dan rehat bersama-sama mereka setiap hari. Dan jika boleh saya ingin bersama mereka 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 30 hari sebulan dan 365 hari setahun. Mampukah kami? Secara kalkulatif ia tidak mampu dilakukan. Masing-masing punyai tanggungjawab. Mereka dihantar ke sekolah untuk belajar, kami ke pejabat untuk mencari nafkah. Mereka dihantar ke sekolah untuk menjadi manusia berguna, kami mencari nafkah untuk menjadikan mereka hidup sempurna. Mereka dipinjamkan oleh Allah kepada kami bukan sekadar untuk dijadikan permata hati tetapi mereka amanah Ilahi.
Saya teringat kata-kata seorang makcik 'our kids is not for us to keep, when the time comes we have to let them go'....ooohhhh sedihnya. Bila tiba masanya, saya juga harus melepaskan anak-anak saya.
Tetapi sebelum masa itu tiba, saya bermohon kepadaNya agar kami sentiasa punyai kualiti masa bersama permata hati kami. Sudah lama kami tidak berehat dan bercuti bersama. Bermohon kepadaNya jua agar perancangan kami ke UK pada Julai nanti tercapai.

Sunday, 4 March 2012

Where is your route?

Pagi tadi saya menghadiri taklimat pendek untuk pensyarah baru bersama dengan dekan pusat pengajian. Tugas pensyarah itu pada dasarnya nampak mudah tetapi hakikatnya ia tidak semudah yang disangka. Pelbagai kriteria perlu dipenuhi sebagai individu (pensyarah) untuk pusat pengajian khususnya dan universiti amnya. Tanggungjawab sebagai pensyarah di pusat pengajian siswazah sudah semestinya berbeza. Pelajar-pelajar yang datang ke sini adalah berdasarkan 'choice' mereka sendiri. Mereka memilih untuk menjadi pelajar di sini dengan membelanjakan wang sendiri. Jadi mereka dilihat sebagai 'customer' kepada pusat pengajian. Berbeza dengan pelajar undergraduate, mereka tiada pilihan. Universiti mana yang menawarkan tempat, ke sanalah destinasi mereka untuk meneruskan pengajian. Maka kami di sini harus bijak untuk deal with adult learners. Sekali lagi ia bukan tugas yang mudah bagi pensyarah baru seperti saya. Mereka yang datang ke sini kebanyakan sudah bekerja dan senior. Jadi expectation mereka sangat tinggi. Bukan mudah untuk memenuhi expectation seorang CEO, pengurus, engineers, bankers & etc. Ini salah satu cabaran bagi kami di pusat pengajian siswazah perniagaan.

Dekan ada juga mendedahkan hal-hal berkaitan kenaikan pangkat dan sebagainya. Kami dinasihatkan supaya bijak memilih route. Ini bermakna kenalpasti kebolehan along the process. And somehow, someone can lead the process within a short period. Bagi saya panjang atau pendek proses yang dilalui itu tidak penting. Yang penting apakah saya bersedia untuk melalui proses ini dan seterusnya? Adakah saya layak untuk digelar professor madya dengan hanya menumpukan kerja-kerja penulisan? Atau dengan hanya menumpu kepada kerja pengajaran?
Ya...untuk 'PROFESS'..ia bukan hanya untuk mendapat title profesor tetapi ia lebih kepada TANGGUNGJAWAB. Di sini kami ada individu yang mendapat professorship tanpa beliau memiliki ijazah kedoktoran. Dia insan bertuah, one in a million.

Apa perlu saya buat? Masih mencongak masa depan di alam akademik.

Thursday, 23 February 2012

Kekasih Lama Cinta Baru

Semalam saya menonton dan mendengar rancangan Semanis Kurma di TV9. Kesan laman sosial terhadap sesebuah perhubungan, lebih jelas hubungan suami isteri. Gara-gara Facebook, ada pasangan yang bercerai-berai. Facebook 'menemukan' kembali couple yang sudah lama terpisah, yakni kekasih lama. Hubungan intim terbina dan terbitlah cinta baru.

Panel jemputan Dr Rubiah sangat positif dalam memberi pandangan apabila beliau diminta komen berkaitan isu ini. Kata beliau, jika hubungan itu sihat dan tidak berlandaskan nafsu, why not untuk terus berhubungan dengan kekasih lama. Beliau berpendapat cinta itu suci..cinta itu memberi dan tidak semestinya memiliki. Jika bekas kekasih itu betul-betul menyayangi, dia akan betul-betul menjaga kekasihnya walaupun sudah menjadi hak orang lain. Maknanya di sini, terus menjadi sahabat walaupun kekasih lama sudah menjadi isteri atau suami kepada orang lain dengan SYARAT tidak mengganggu kerohanian rumahtangga kekasih lama. Itu kata-kata seorang kaunselor, sangat positif dan prakmatis.

Namun bagi saya, barang lama usah dikenang. Jadikan ia sebagai kenangan atau pengalaman hidup. Boleh bersahabat dengan kekasih lama tetapi ada bahayanya jika kita tidak pandai mengawal keadaan dan perasaan. Kita hanya manusia bukan malaikat. Hati dan perasaan boleh berubah. Apatah lagi kekasih lama itu is our first love. MasyaAllah, pasti sukar untuk kita delete segala memori dihati dan sanubari. Akan ada ruang-ruang kosong di hati yang akan cuba diisi. Sebenarnya jodoh kita yang Allah berikan adalah pasangan yang terbaik. Allah knows better than us. Maka itu jodoh kita telah ditentukanNya sejak dari dalam rahim ibu lagi. Sebenarnya kita boleh berpegang dengan kata-kata Dr Rubiah, 'cinta adalah untuk diberi bukan untuk dimiliki'. Jika kita benar cinta kekasih lama, biarlah kesucian cinta itu mekar di dalam kenangan. Usah kotori cinta itu dengan menanam cinta baru, kerana akan ada hati-hati lain yang terluka. Redhalah...pasrahlah dengan ketentuanNya. Yakin bahawa pasangan kita atau dia adalah yang terpilih untuk bersama kita atau dia didunia dan akhirat.

Miliki cinta manusia tidak pasti, cinta dari yang Esa itu yang hakiki. Jadi usahlah mencintai manusia melebihi Dia kerana kadangkala usaha itu mendatangkan sia-sia. Cinta Ilahi, cinta diri, InsyaAllah ianya tidak akan tersasar dari memperolehi cinta sejati.


Wednesday, 22 February 2012

Keeping it Simple in a Complex World?

'Rileks la bro'..'cool la beb'...'sempoi jer'..itu semua adalah ungkapan atau ayat-ayat bersahaja untuk bertenang. Can we keep it simple in a complex world? Tidak semua perkara dapat dilakukan dan dilalui dengan mudah. Tetapi sesuatu yang kompleks itu dapat ditangani dengan mudah jika kena pada caranya yang betul. Bagaimana untuk kita tentukan ianya telah dilakukan dengan betul? Apa tanda arasnya? Siapa penentu tanda arasnya? Jawapannya ada pada diri kita. Sebenarnya ia bergantung bagaimana kita melihat sesuatu keadaan itu. Perspective!

Saya cuba melihat sesuatu perkara itu dengan positif walaupun ada sesetengahnya memang tidak saya gemari. Contohnya, semasa menjalankan tugasan editing annual report jabatan, saya dapati ada beberapa perkara penting yang diabaikan. Maklumat journal dan proceedings tidak ditulis dengan betul. Missing page number, volume dan sebagainya. Format juga caca-merba. Ini akan menyukarkan si pembaca annual report itu kelak. Saya suarakan kepada ketua editor, jawapan beliau.. 'I do agree with you on your comments but we extracted the journal articles from staff CV and so nothing can be done further'. I have to agree with him because he's the chief editor. In this case I cannot be too perfectionist. We work in a team, so we have to respect others' opinion too. So I have to keep it simple, right! How? Like I said 'I have to agree with him'. If not? Things will become complicated. Actually, so many things we can do for correction. Why not we contact the respective staff to clarify their information? Eemmm...sebenarnya tidak semua perkara kita boleh ambil mudah. Bagi saya situasi di atas tidak perlu dibuat secara mudah kerana ia melibatkan integrity jabatan kami.

Kelmarin saya mendapat email dari bekas rakan seperjuangan. Beliau masih berjuang untuk menghabiskan PhD. Syukur kini beliau sudah berada ditahap menganalisa data. Banyak perkara yang beliau lalui termasuk berdepan dengan trajedi yang menimpa Mesir. Beliau rakyat Mesir. Beliau mengajak saya berbincang berkaitan data yang dianalisa melalui talian. Talian yang paling mudah dan berkesan ialah 'online chatting'. Kini jarak beribu batu, perbezaan time zone tidak lagi menjadi masalah untuk 'bertemu'. jadi di dalam konteks ini, we can keep it simple (just chatting) in a complex world (dia di benua Eropah dan saya di benua Asia). Jadi ada perkara yang kita boleh ambil jalan mudah.

Bulan March nanti saya akan mengikuti program TAZAIC program for young professionals. Boss memilih saya untuk sertai program ini. Sebentar tadi organiser telah hubungi saya. Sebagai peserta saya akan 'berkampung' selama 5 hari di tempat program diadakan. Aduhaiiiiiii..hati mula gelisah, bagaimana hendak meninggalkan hero dan herion saya selama 5 hari? Emmmm...how to keep it simple in this case??? Tolong! Tolong! Tolong! I have to put myself into perspective. Sedang berfikir!


Monday, 30 January 2012

Rindu Bertandang Lagi

How time flies? Sudah 5 bulan kami berada di Malaysia. Apa pencapaian dan perubahan hidup di Malaysia? Emmm...banyak yang berlaku. So far so good. Masakan tidak biasa, tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain. Malaysia bumi bertuah. Tetapi kerinduan terhadap kehidupan di Hull tetap bertandang. Rindu akan kehidupan yang serba ringkas serta teratur. Very damn cool life in Hull! (bahasa anak muda sekarang). Hull is not dull. Rindu kepada ladang Rapeseed!
Photo: Spring 2009, Whintersea Hull.

Di sini banyak perkara yang perlu diambil kira walaupun ia tanah tumpah darah sendiri. Di sana orang tidak pedulikan kita pakai baju apa? Naik kereta apa? Balik kerja pukul berapa? Mereka tidak kisah. Maksud tidak kisah di sini adalah orang sana tidak busy body. Dan saya sendiri jika memakai tudung atau baju yang sama setiap hari pun tidak merasa konflik jiwa (masih perasan lawa). Tetapi di sini, kenapa semua ini jadi hal? Tudung mesti matching dengan baju..itu belum kes kronik untuk matching dengan handbag serta kasut.

Di sana memang suka naik public transport. Anak-anak paling suka naik bus. Bus double-decker. Kalau naik, mesti nak duduk atas deck atas. Bila di atas tengok orang, sambil melambai-lambai orang di luar bas. Dan yang best, orang di luar pun akan lambai kembali. Of course anak-anak saya gembira dengan situasi begitu. People there so friendly especially with the kids. Arissa try to do the same thing here..when she meets people, she try to smile and say HELLO. Unfortunately, nothing in return. So sad kan? Pernah Arissa bertanya kepada saya ' Why she not smiling back at me'? He..he..kesian anak mak...kempunan nak orang senyum kepada dia. I told this story to my mum. My mum said next time suruh Arissa nyanyi lagu SENYUM (tak pasti tajuk lagu itu apa)yang selalu on-air di TV. 'Senyummmmm..tidak perlu kata apa-apa' (antara lirik lagu tersebut). Memang sangat rindu keramahan masyarakat di sana.Photo: Rapeseed-the bright yellow flower.

Di sana bawa duit note kecil pun boleh bawa balik barang satu trolley. Bayangkan tepung hanya 40 pence satu pack. Bayangkan buah apple satu karung (anggaran 10-12 biji) hanya 90 pence. Bayangkan cheese cake (Halal) yang maha sedap hanya 1 pound. Di sini hendak makan cheese cake yang sedap (mulut kami) terpaksa berbelanja lebih. Paling kurang kena belanja RM70-80 untuk cheese cake yang sedap di sini. Memang sangat rindu membeli grocery di sana.

Tiba-tiba datang rindu juga kepada supervisors saya. Rindu mendengar lecture FREE aka kata-kata motivasi dari mereka. Rindu untuk bekerja dengan mereka lagi!


Sunday, 29 January 2012

Little Boss

Tamat sudah cuti 90 hari. Hari ini saya kembali bertugas. Kelmarin, seharian menyiapkan perkakasan si Little Boss untuk dibawa ke rumah pengasuh. Segala kelengkapan untuk tidur, makan, mandi dan main disediakan. Sebenarnya saya sangat dilemma untuk meninggalkan anak kecil kepada pengasuh. Kes kematian 2 orang bayi di pusat asuhan baru-baru ini sungguh menyentap jiwa seorang ibu. Tidak dapat saya bayangkan perasaan ibubapa bayi-bayi tersebut apabila melihat anak yang sihat, mati secara mengejut. Tidak dinafikan, jika sudah ajal bayi di dalam pelukan kita sendiri pun akan mati. Harus terima qada dan qadar dari Nya. Namun, jika kematian tersebut disebabkan kecuaian individu tertentu ini satu musibah. Jika mati, syurga jannati lah bagi bayi yang suci itu. Bagaimana jika kecuaian pengasuh mengundang kepada kepada kecacatan fizikal dan sebagainya? Trauma bukan?Photo: Little Boss- 3 mos old.

Beberapa minggu yang lalu saya sempat melihat dan mendengar topik penderaan kanak-kanak di Wanita Hari Ini (TV3). Kisah benar di mana, seorang bayi didera oleh pengasuhnya yang menyebabkan bayi tersebut mengalami kecederaan di otak. Kesian..hanya satu timbul dibenak hati saya..'sampai hati dia (pengasuh) mendera bayi yang kecil mulus itu. Hati apakah yang ada di dalam? Hatta ibu kucing (binatang) pun sayangkan anaknya. Inikan pula hati manusia? Nasihat ibu yang bayinya di dera itu adalah untuk KENAL PENGASUH ANAK ANDA terlebih dahulu sebaik-baiknya. Lantaran dari kes tersebut si ibu bertindak berhenti kerja dan menjaga anaknya sendiri. Semasa ditemu-bual ada nada kekecewaan dari si ibu walaupun anaknya kini kian pulih dari kesan penderaan. Ini satu pengajaran kepada ibu seperti saya- working mum!

Kami tidak mengenali pengasuh Asyraf sebelum ini secara langsung. Tetapi anak beliau (cikgu Fatihah) menjadi pengasuh di pusat asuhan, tempat di mana Arissa dan Aydin belajar. Principal pusat asuhan yang memperkenalkan kami kepada kak Ida (ibu). Kak Ida bahasakan dirinya 'ibu'. Bertandang ke rumah beliau, hanya sekali. Dan sekali pandang keadaan rumah dan suasananya (bersih), InsyaAllah saya merasa yakin Asyraf selamat untuk diasuh di sana. Cuak bukan? Sangat particular? Bukan cerewet, saya hanya ingin memberikan suasana yang selesa dan terbaik untuk anak. Kasihan jika bayi yang tidak tahu apa-apa itu diasuh sambil lewa. Lagipun kurang lebih 8 jam sehari Asyraf akan bersama pengasuh, jadi biarlah dia diasuh dan dijaga dengan sempurna.

Pagi tadi saya bisikkan kepada Asyraf yang hari ini dia akan bersama pengasuh. Di dalam hati saya juga berbisik agar pengasuh mengasihi dan menyayangi Asyraf seperti anak sendiri. Saya berdoa kepada Allah semoga dilindungi anak saya dari perkara yang tidak diingini. Saya berdoa kepada Allah supaya hati saya tenang dan lapang untuk meninggalkan anak kepada pengasuh. Itulah dilemma seorang ibu yang bekerja.

Aduhai..cuti 90 hari bergaji sudah bagus, tetapi lebih bagus jika dilanjutkan kepada 180 hari. Apa kata lakukan kajian berkaitan ini? Jika ada yang ingin membuat kajian, saya sudi untuk menjadi responden!

Wednesday, 25 January 2012

PhD-Supervisor & Supervisee Relationship

Cuti CNY kali ini kami balik ke Alor Setar, hadiri kenduri kahwin Aina (sepupu) dan pasangannya Jay.
Photo: Wedding Aina & Jay, Alor Setar Kedah.

Di kesempatan ini saya sempat berbual dengan Sabri (suami sepupu) yang bakal menjadi pelajar PhD di UM. Sebelum ini beliau bercadang untuk melanjutkan ijazah kedoktoran di luar negara, namun atas sebab-sebab tertentu akhirnya universiti tempatan juga menjadi pilihan beliau. Dan yang menarik universiti Sabri bekerja hanya membenarkan beliau melanjutkan pengajian di universiti tempatan yang mendapat status 'research university' sahaja. Beliau tiada banyak pilihan kerana sains politik hanya ditawar di UM dan USM (research university). Dan beliau juga menghadapi masalah untuk mencari penyelia yang sesuai dengan kajian yang bakal dijalankan. Komen beliau sehingga kini belum menerima surat tawaran dan beliau telah diminta untuk memperbaiki proposal terlebih dahulu. Beliau merasakan ini satu bebanan, bagi saya ini adalah procedure yang baik sebelum diterima-layak sebagai pelajar PhD. Saya mengakui tidak semua proposal akan diguna-pakai kelak, namun sebuah proposal yang baik adalah landasan kepada kajian PhD anda seterusnya. Dari proposal yang baik, pihak pengurusan dapat menyediakan penyelia yang sesuai dengan kajian kita. Dari porposal yang baik juga, kita dapat menilai sama ada seseorang candidate itu 'bersedia' untuk memikul tanggungjawab sebagai pelajar PhD.

Di University of Hull, jika porposal anda tidak memenuhi criteria untuk melayakkan anda sebagai PhD candidate, anda terlebih dahulu akan di offer Master in Research selama setahun (new route to PhD) dan jika LULUS, kemudian baru anda akan diberi tawaran melanjutkan tawaran ke peringkat ijazah kedoktoran. Seterusnya, dalam tempoh setahun selepas itu anda sekali lagi perlu LULUS beberapa modules & defend proposal bagi melayakkan anda untuk teruskan pengajian PhD anda. Jadi tahun pertama merupakan tahun kritikal. Jarang berlaku kegagalan di dalam defend proposal. Namun, ada juga yang gagal melayakkan diri ke tahun seterusnya apabila gagal memenuhi kehendak internal examiners, research degree committee dan supervisors. Ini adalah kes terpencil, tetapi berlaku kepada pelajar kita yang ditaja ke luar negara. Punca? Hubungan pelajar terbabit dengan supervisor 'tegang'. Jika hubungan beliau dengan supervisor baik, saya merasakan supervisor akan menyokong beliau semasa defend proposal dilakukan. Jadi jangan adakan masalah dengan supervisor anda. Jika pengajian anda ditaja pihak tertentu, kegagalan seperti ini akan menimbulkan banyak kesulitan walaupun masih diperingkat awal pengajian.

Jadi nasihat saya kepada Sabri, jagalah hubungan baik dengan bakal supervisor walaupun kadangkala tidak semua perkara kita bersetuju dengan supervisor. Dan yang paling penting, hormatilah dia sebagai 'guru' walaupun pada hakikatnya sebagai contoh kita sudah pun menjadi senior lecturer atau menjawat jawatan tertinggi di penjawat awam. Sebagai PhD candidate, harus dibuang status seniority jauh-jauh, ikutlah resmi 'padi semakin tunduk semakin berisi'. InsyaAllah tidak rugi. Sebagai PhD candidate, harus dibuang rasa ego apabila dikritik, jadilah seperti 'alah bisa tegal biasa', InsyaAllah kita akan lebih memperbaiki diri. Letaklah diri anda sebagai orang yang ingin menimba ilmu dan yang paling baik, berkawanlah dengan supervisor anda secara profesional. Pengalaman saya, jika kita menghormati supervisor, InsyaAllah mereka juga akan menghormati kita. Tunjuklah cara profesional anda apabila bekerja supaya supervisor anda lebih percaya dan yakin untuk terus bekerja dengan anda.

Baru-baru ini saya menerima hamper dari pelajar DBA saya sempena my new born. Saya harap mereka ikhlas dengan hadiah tersebut bukan sebaliknya. Suami saya berseloroh 'student you nak bodek you lah tuh'. Saya harap mereka tidak mengamal budaya bodek sebegitu. Saya berharap mereka bersikap profesional terhadap saya walaupun saya baru beberapa bulan kembali bertugas di sini. Saya cuba menanamkan keyakinan bahawa pelajar saya ikhlas untuk berguru. Saya harap mereka menghormati saya sebagai guru walaupun kebanyakan mereka adalah lebih berusia dari saya. Banyak perkara yang saya ingin belajar dari mereka kerana pembelajaran yang berkesan adalah dari penghayatan dan kesinambungan dari orang disekeliling kita. Jadi sebuah kelas yang baik dan produktif bukan bergantung kepada pensyarah dan module pengajaran sahaja tetapi juga bergantung kepada siapa yang ingin belajar.

Semester kedua akan bermula tidak lama lagi. Saya teruja kerana diberi subjek baru untuk diajar pada semester ini. Namun dalam keterujaan itu, ada juga sedikit gementar setiap kali diminta mengajar subjek baru. Semoga dipermudahkan.


Wednesday, 18 January 2012

Empat Tahun Laaa..

13 Januari yang lalu, genap usia Mohamad Ilham Aydin 4 tahun. This year, on the Friday 13th. Ada yang takut pada hari tersebut. Phobia or fear on the day-FRIDAY & the date 13th, ada yang berangapan ianya 'unlucky'. Ini salah satu propaganda sebenarnya. Namun bagi saya semua hari adalah baik. Tiada hari yang tidak baik jika kita laluinya dengan hati yang tenang dan gembira. Begitu juga Aydin, tiada hari yang tidak ceria dalam hidup dia. He born to be a cheerful person. Dia sangat mudah diurus. For the past four years, dalam kegelutan saya menyiapkan PhD, Aydin sangat supportive. Dia jarang sakit, dia sangat memahami waktu belajar dan bekerja saya. Semangat dan sokongan dari Aydin banyak menyumbang kepada kejayaan PhD saya.

Photo: Dulu hanya saya dan kakak.

However, sejak ada adik 'peel' dia sedikit berubah. Cepat merajuk...cranky..protest. Satu perubahan sementara yang harus diterima oleh kami sekeluarga. Aydin inginkan perhatian sebenarnya. Apakan daya, tangan Mummy nya hanya dua...kadangkala 'terabai' jugalah si abang dek kesibukan Mummy mengurus si bayi kecil. InsyaAllah, akan diperbaiki kelemahan diri Mummy ini.
Photo: Gemar dipujuk (contoh muka apabila merajuk).

Bila ditanya apa present yang dia mahu for his birthday, dia hanya tersenyum simpul. Belum pandai untuk request. Jika soalan yang sama ditanya kepada Arissa, fuhhhh alamat berjela hadiah yang diminta. Kami bercadang untuk hadiahkan dia mainan Ultraman. Kisahnya dia teramat berkenan dengan mainan ultraman di nursery. Sehingga setiap hari 'dipinjam' dibawa pulang ke rumah, walaupun Ultraman tersebut sudah tercabut sebahagian badan. Saya dan suami tertanya-tanya, apalah hebat sangat sang Ultraman tersebut. Sehingga saat ini kami belum mendapat jawapan. Cuma semasa di UK, tiada ditayang siri perang antara raksasa dan ultraman di TV. Agaknya apabila Aydin melihat aksi gagah Ultraman melawan raksasa di TV Malaysia, dia pun menjadi teruja dengan ketangkasan dan keperwiraan Ultraman! Itu yang dia tiba-tiba jatuh hati dengan Ultraman. Itu andaian kami. Sebelum ini, mainan/toy kegemaran dia adalah Woody & Buzz. These two things akan diheret ke mana saja. Naik bas? Naik kereta? Naik kapal terbang? Dengan kata lain...ke mana Aydin pergi, kami kena heret 'mereka' bersama. Tetapi sejak cinta Aydin beralih arah...kedengaran 'I don't like Woody'..amboi..amboi..habis madu sepah dibuang.

However, setelah difikir kami akhirnya membatalkan hasrat untuk menghadiahkan patung Ultraman kerana beberapa faktor. Oleh itu, sehingga hari ini, birthday present Aydin belum di redeem. InsyaAllah, akan diusahakan pemberian hadiah yang sesuai untuk Aydin sempena 'empat tahun laaa'. Sebenarnya ada hadiah yang paling berharga for his birthday this year. Apakah? Iaitu -KESIHATAN YANG BAIK, sembuh dari demam & batuk. Early this year the whole family except baby and me got viral infection. Poorly them..
Photo: Early Spring 2011, Hull City Park.

Beberapa hari yang lalu they're getting better. Now, Aydin, Arissa and Mr Daddy seemed fully recovered. Dan Aydin kembali ceria and cheeky. Ya...dan itulah hadiah paling berharga for Aydin's birthday. Alhamdulillah.


Sunday, 8 January 2012

901 Kembali Bersiaran

Bersawang dan berhabuk 'rumah' maya saya ini. Bukan tidak online, setiap hari pasti online cuma waktu berblogging sangat terbatas. Niat untuk membaca blog-blog kegemaran pun banyak yang tertunda. Sibuk unpack barang, sampai ke hari ini masih ada kotak yang belum dibuka. Sibuk dengan tugasan baru, belum habis maternity leave sudah diminta 'bekerja'. Sibuk dengan pengurusan sekolah anak-anak, hingga ke hari ini mereka masih rindui sekolah di England. Si kakak dan abang yang dulunya montel kini kian susut tubuh badan mereka. Dua beradik itu jarang jatuh sakit ketika di England, kembali ke sini lain pula keadaannya. Barangkali mereka perlukan masa untuk sesuaikan diri dengan cuaca Malaysia. Dan saya juga sibuk dengan bayi kecil ini. Tidak ada rasa sedikit jemu pun untuk membelai Mohamad Ilham Asyraf, yang kini kian galak tersenyum bila diagah.

Di luar sana orang sibuk berbicara soal 901. Keputusan mahkamah hari ini berikutan kes AI juga bakal memperlihatkan kepada umum fenomena baru, positif atau sebaliknya badan kehakiman negara. Tetapi saya di sini tidaklah sibuk ingin mempersoalkan 901. Biarlah mereka yang berminat serta arif untuk membincangkan soal 901. Bagi saya 901 adalah tarikh saya mula kembali bersiaran di blog. Wohaaa!

Sudah 9 hari kita di tahun 2012. Tahun 2011 kita tinggalkan dengan pelbagai ceritera. Semua peristiwa yang berlaku sudah menjadi kenangan dan sejarah. Ya, 2011 banyak perkara penting yang berlaku dalam kehidupan saya sebagai hambaNya. Banyak kenangan manis yang ingin dikenang selamanya dan ada juga sejarah hidup tercipta pada 2011. Berjaya menamatkan pengajian PhD dalam tempoh umur sasaran, ini merupakan detik sejarah dalam hidup saya. Kelahiran anak ketiga juga merupakan kenangan terindah bagi saya. Semuanya rezeki dariNya.

Sebenarnya saya tidak sabar untuk melalui kehidupan routine di Malaysia dengan lebih teratur. Mengakui hakikat kehidupan di sini sangat 'sibuk' tetapi saya berazam untuk menguruskan kehidupan di sini sebagai seorang isteri, anak, ibu, pekerja dan kawan dengan sempurna, adil dan saksama. Saya tidak ingin melihat insan-insan yang saya sayangi terasa terabai dek kesibukan mengejar arus kesibukan di Malaysia. Namun, impian murni saya ini tidak akan tercapai tanpa sokongan dari mereka. Saya perlukan TANGGUNGJAWAB SOSIAL bersama untuk merealisasikan impian saya untuk menjadi insan yang berguna serta disayangi mereka.