Monday, 30 January 2012

Rindu Bertandang Lagi

How time flies? Sudah 5 bulan kami berada di Malaysia. Apa pencapaian dan perubahan hidup di Malaysia? Emmm...banyak yang berlaku. So far so good. Masakan tidak biasa, tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain. Malaysia bumi bertuah. Tetapi kerinduan terhadap kehidupan di Hull tetap bertandang. Rindu akan kehidupan yang serba ringkas serta teratur. Very damn cool life in Hull! (bahasa anak muda sekarang). Hull is not dull. Rindu kepada ladang Rapeseed!
Photo: Spring 2009, Whintersea Hull.

Di sini banyak perkara yang perlu diambil kira walaupun ia tanah tumpah darah sendiri. Di sana orang tidak pedulikan kita pakai baju apa? Naik kereta apa? Balik kerja pukul berapa? Mereka tidak kisah. Maksud tidak kisah di sini adalah orang sana tidak busy body. Dan saya sendiri jika memakai tudung atau baju yang sama setiap hari pun tidak merasa konflik jiwa (masih perasan lawa). Tetapi di sini, kenapa semua ini jadi hal? Tudung mesti matching dengan baju..itu belum kes kronik untuk matching dengan handbag serta kasut.

Di sana memang suka naik public transport. Anak-anak paling suka naik bus. Bus double-decker. Kalau naik, mesti nak duduk atas deck atas. Bila di atas tengok orang, sambil melambai-lambai orang di luar bas. Dan yang best, orang di luar pun akan lambai kembali. Of course anak-anak saya gembira dengan situasi begitu. People there so friendly especially with the kids. Arissa try to do the same thing here..when she meets people, she try to smile and say HELLO. Unfortunately, nothing in return. So sad kan? Pernah Arissa bertanya kepada saya ' Why she not smiling back at me'? He..he..kesian anak mak...kempunan nak orang senyum kepada dia. I told this story to my mum. My mum said next time suruh Arissa nyanyi lagu SENYUM (tak pasti tajuk lagu itu apa)yang selalu on-air di TV. 'Senyummmmm..tidak perlu kata apa-apa' (antara lirik lagu tersebut). Memang sangat rindu keramahan masyarakat di sana.Photo: Rapeseed-the bright yellow flower.

Di sana bawa duit note kecil pun boleh bawa balik barang satu trolley. Bayangkan tepung hanya 40 pence satu pack. Bayangkan buah apple satu karung (anggaran 10-12 biji) hanya 90 pence. Bayangkan cheese cake (Halal) yang maha sedap hanya 1 pound. Di sini hendak makan cheese cake yang sedap (mulut kami) terpaksa berbelanja lebih. Paling kurang kena belanja RM70-80 untuk cheese cake yang sedap di sini. Memang sangat rindu membeli grocery di sana.

Tiba-tiba datang rindu juga kepada supervisors saya. Rindu mendengar lecture FREE aka kata-kata motivasi dari mereka. Rindu untuk bekerja dengan mereka lagi!


2 comments:

  1. Tang groceries memang tak boleh tanding lah kan..kat Melbourne pun sama. Itu tak masuk fresh food depa lagi - best sgt2!

    Tapi bab tudung baju tu memang meriah sungguh kat Malaysia ni. Kadang2 siap ada bunga2 kat belakang kepala. Pelik sungguh di pandangan mata ku ini. Tapi I tak kisah pun. Tudung bawal jugak fav I. Tah2 lepas ni, I pakai colour2 primer jer utk semua koleksi. Silap haribulan pakai abaya jer balik kerja nanti. Apa kisah apa org kata, bukan depa yg byrkan. Kereta pun sama, dulu2 memang terkesima kereta2 canggih ni. Lepas dh merasa kereta tak yah byr bulan2 for 3-4 years, terasa sungguh rugi beli kereta mahal kat M'sia. Janji leh sampai ngan selesa dahler.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fadz..110% agree with you. Me too loves tudung bawal, evergreen! Hazaaaaaab oooo nak habiskan loan kereta. Ini pergi UK..balik UK pun kereta tak habis bayoooorr. Di sana, bawa duit dalam kocek..gi kedai terus bawa balik kereta mcm beli baju jer..adoiii, why M'sia tak boleh buat cenggitu?

      Delete