Tuesday, 20 November 2012

Pedih

Sudah lama tidak berkunjung ke sini. Jika blog ini umpama sebuah rumah, sudah lama rumah ini tidak dikemas, jika dibiar lagi lama rumah ini akan menjadi usang. Jadi sebelum rumah menjadi usang, elok kiranya tuan rumah melakukan sesuatu. Ya...kembali menulis di blog! Pelbagai ceritera hendak dikongsi, malangnya hari ini ianya bermula dengan kisah-kisah pedih.

Di sana sini orang bercakap kekejaman rejim Zionis. "Ya Allah, Kau lindungilah saudara Islam ku di Palestin dari kekejaman Yahudi". Pedih hati ini apabila melihat wajah anak-anak dibunuh tanpa peri kemanusiaan. Pedih hati ini apabila nyawa anak-anak ini diragut Zionis seumpama nyawa mereka tiada harga. Naluri keibuan saya tersayat melihat wajah-wajah penghuni syurga ini mati dalam keadaan wajah yang cukup tenang. Inilah wajah para syuhada'.. mereka adalah bidadari dan bidadara syurga. Saya bukan seorang perwira yang mampu turun berjuang menentang rejim Zionis di Gaza. Saya bukan pemimpin tersohor untuk mengubah dasar dan polisi supaya negara-negara Arab bersatu menentang Israel. Saya bukan hartawan untuk menyumbang dana kepada rakyat Palestin. Namun saya mampu untuk melakukan sesuatu untuk melemahkan jentera rejim Zionis. Mari bersama-sama kita lemahkan EKONOMI puak Yahudi. Nampak sukar, namun saya yakin ini dapat dilakukan. Jadi, anak-anak sudah dimaklumkan 'we're no more eating Mc Donald'. Itu langkah pertama kami. Coming next with others..Step by step.

Minggu ini, minggu student master untuk viva-voce. Pedih hati ini melihat ketidaksungguhan pelajar menyiapkan project management mereka. Pedih hati ini apabila pelajar berkata 'saya hanya ingin lulus'. Lagi pedih hati ini apabila ada examiner yang hanya 'menghentam' pelajar semasa viva dan bukannya membantu pelajar untuk melakukan kajian dengan betul. Di mana silapnya? Who to blame? Saya pedih melihat sistem akademik sebegini. Namun, saya bukan siapa-siapa. Hanya pensyarah bawahan yang baru mengenal 'politik' ahli akademik.

2 comments:

  1. hehehe..last resort itu kiranya Fadz. Nak buek camno, eden tak ado duit buek bayar balik sponsorship. Onam (enam) taun laeii ni :))Bersabau jer leeee.

    ReplyDelete