Sudah lama tidak update blog. Kehidupan seharian kian sibuk, entah apa yang dikejari??? Saya sepatutnya berada di Padang, Indonesia ketika ini. Kerana missed-communication, trip kali ini terpaksa dibatalkan. Trip ini bukan trip makan angin, tetapi urusan kerja rasmi. Ishhhh...kerja lagi? Saya nyaris-nyaris ke Padang berseorangan, kerana tidak check hand-phone dan whatsapp segala. Sudah menjadi kebiasaan, dari ofis balik ke rumah hand-phone hanya akan dibiarkan tersadai di dalam hand-bag. Kebetulan a day before the trip, jadual sangat padat, ada satu meeting perlu dihadiri dan examined PhD student for proposal defend. Jadi balik ke rumah hanya aimed untuk langsaikan kerja-kerja rumah sebelum tinggalkan anak-anak bersama suami selama 5 hari.
Next, in the early morning, we rushed to the airport. Need to cross the Penang bridge before it starts to 'jammed'. Si suami dan anak-anak, dropped me off, dan saya menolak bagasi untuk dimasukkan ke perut kapal terbang. Check-in sudah dilakukan terlebih awal oleh staff admin. beberapa hari yang lalu. Tiba-tiba hati ini tergerak untuk check hand-phone. Apa khabar si hand-phone? MasyaAllah, banyaknya missed calls! Dangggggggggggggg!!!!! OMG. OMG. There...how I found out the trip is cancelled. Innalillahiwainailaihirajiun. First time it happened in my life. Inilah natijahnya jika kemudahan teknologi tidak dimanafaatkan sepenuhnya.
Saya mengenali insan ini fakirfikir.blogspot.com dengan kemudahan teknologi juga. Tidak pernah bertemu muka dan hanya mengenali insan ini melalui tulisan indah beliau. Saya sebenarnya gemar membaca kisah beliau menjala ikan di sungai, kisah beliau di kampung.....kisah corak-carik kehidupan manusia. Falsafah kehidupan beliau. Dan memandangkan kami sekarang di padang yang sama (ahli akademik) jadi permainan kami juga kadangkala sama. Jadi saya banyak merujuk dan bertukar pendapat dengan beliau hal-hal penyelidikan akademik. Beliau sangat terkenal dalam bidang beliau. Jauh sekali untuk dibandingkan, umpama langit dan bumi kedudukan kami. Dia langit...sayalah bumi itu :)
InsyaAllah, beliau akan berada di Penang awal bulan depan. Kami telah merancang satu sessi perkongsian ilmu dari beliau. Inilah pertama kali saya akan bertemu beliau di luar alam maya. Dan beliau bimbang saya mungkin siapa-siapa. Jangan bimbang Tuan, saya bukan siapa-siapa!! Saya hanya manusia biasa yang tidak ada pangkat dan darjat di sini. Hanya cuba mencari kesempurnaan di mata DIA.
Selamat datang Dr Awang! Kami tunggguuuuuuuuuu.
Tunggu...
ReplyDeleteOrang memuji tinggi biasanya lebih tinggi dari orang dipuji...orang teruk mengeji biasanya lebih teruk dari yang dikeji..
Teringat pasembor Padang Kota...ada lagi ka?
Masih ada kot? Tapi sekrang org pi Padang Kota cari Mee Sotong & Coconut Shake. InsyaAllah, try pasemboq Petchay nanti kat Medan Suri.
ReplyDelete