Beberapa minggu yang lalu saya sangat sibuk dengan pelbagai tugas hakiki di pejabat. Selesai invigilate, bermula tugas marking examination scripts. Kemudian bersambung dengan bengkel kajian kes. Dan diteruskan dengan mengurus aktiviti academic visit programme untuk executive MBA dari Pakistan. Seramai 10 orang participants dari sebuah universiti terbaik di Pakistan terlibat dalam program ini. Program ini sudah dirancang sejak beberapa bulan yang lalu dan saya diberi tanggungjawab untuk melaksana dan mengurus program ini. Dari penyediaan kertas kerja, hinggalah pelaksanaan program. Sangat penat. Sesekali terasa seperti mahu 'quit' dari tugas ini. Terasa letih kerana saya perlu membuat panggilan telefon, menulis surat, follow up itu dan ini. Bak kata lain sudah seperti pegawai perhubungan awam. Dan paling worst, terasa seperti seorang receptionist.
Dalam masa yang sama, editor sebuah jurnal telah memberi feedback dengan sebuah manuscript yang dihantar beberapa bulan lalu. Ada revision yang perlu dibuat. Argghhhhhhhhhhhh...kenapa semuanya datang serentak?? Saya lost dengan keupayaan diri sendiri. Saya letih dan mula terfikir apakah tugas hakiki sebenar saya sebagai seorang pensyarah? Adakah apa yang saya lakukan sekarang tidak selari dengan my teaching philosophy? Adakah saya seorang yang rigid? Perlukah saya menjadi all-rounders?
Sebenarnya saya diserang musuh. Siapa? Diri saya sendiri!! Saya melihat kembali kepada anak perempuan saya Arissa. Arissa seorang yang bermotivasi dan ingin yang terbaik untuk dirinya. Mungkin juga sebagai kakak sulung, beliau berketrampilan sebagai individu yang ingin kehadapan. Kami menghantar Arissa ke kelas berenang bersama adik lelakinya, Aydin, 5 tahun. Setiap kali Arissa pulang dari latihan renang beliau akan merungut dan mengeluh. She always complaint ' I don't want to go swimming lesson anymore'...'I can't breath'..'I just want to swim' and so on. Walhal, adik lelakinya memberi respond yang berbeza, 'I want to go swimming again'....'I know how to rescue Arissa' .
Apabila saya melihat situasi ini, tiada beza antara saya dan Arissa. Ada 'musuh' di dalam diri kami. Musuh itu telah menyekat keupayaan kami. Musuh itu, jika tidak dihapuskan akan memusnahkan kredibiliti kami untuk terus maju kehadapan. Siapa musuh kami?? Musuh kami adalah diri kami sendiri!!!
Jadi saya menasihati Arissa yang dia sebenarnya sudah mula pandai berenang. Dia sebenarnya sudah memahami konsep berenang. Sebagai seorang perenang, "the more you know how to swim, the more you'll be scared to swim". Jika Arissa terus belajar, InsyaAllah dia akan jadi perenang yang baik.
Begitu juga saya, jika saya terus berani menerima bebanan tugas ini, saya akan terus menjadi individu dan pensyarah yang baik.
Sekarang apa yang saya dan Arissa perlu buat? Kami perlu bersaing dengan diri sendiri dan melawan musuh kami dalam perang hendap membina kendiri.
I don't know, sometimes I just get tired with doniaaaaaaa stuffs! Semoga usaha mengejar dunia..membawa kebaikan di akhirat. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment