Baru selesai sessi brain-storming. Agendanya adalah untuk mengenalpasti research niche school. Motifnya jika ada yang bertanya what's your school research niche? Maka ada jawapan yang lebih specific untuk diberi. Mereka merujuk kepada model top business schools di Malaysia, Harvard, Yale, Cranfield and London Business School. Sangat sukar untuk menggabungkan kepakaran masing-masing untuk membentuk hanya satu research niche. What I have learned before, during my marketing class, niche means a distinct segment of a market. Niche bring you to be unique. But before that, definitely you have to go through the development process of being 'unique'.
Saya masih ingat lagi ketika saya memohon tempat untuk PhD. Perkara pertama yang saya lakukan adalah mencari universiti yang menawarkan bidang kepakaran yang saya inginkan. Ada universiti yang bagus dan ternama, tetapi tidak menawarkan kepakaran yang saya inginkan. Jadi saya memilih universiti tidak ternama, namun mempunyai kepakaran yang dikehendaki. Secara relatif ini sangat kompetitif. Begitu juga prosess memilih research niche. Kita mesti tahu apakah ia satu keperluan? Mampukah resource yang sedia ada memenuhi keperluan ini? Yang nyata sekarang, untuk mengenal pasti research niche di kala masing-masing dengan agenda multi-disciplinary, pasti ia mengambil masa yang panjang dan pelbagi faktor perlu diambil kira.
Saya tidak pasti adakah research niche ini akan menyekat kemampuan researcher untuk terus berkembang? Atau ada mekanisma lain yang boleh digunakan mengukur dan memantau perkara ini? Saya berharap apa yang dikejar kita dapat, dan yang dikendong juga tidak berciciran.
No comments:
Post a Comment