Thursday 21 March 2013

Kematian

Di sini, email akan di circulate kepada semua berita kematian staff. Pagi tadi ada satu email memaklumkan berita kematian staff. Alfatihah.  Jumaat! Indahnya...arwah dipanggil pulang oleh Yang Esa pada hari yang mulia ini. Circulation sebegini amat bagus bagi semua sebagai peringatan. Ini mengingatkan saya bahawa mati itu akan datang bila tiba masanya. Minggu yang lalu sahabat saya Tuan fakirfikir kehilangan kekanda beliau yang tercinta. Takziah sekali lagi. Al-Fatihah. Saya masih ingat cerita seorang rakan suatu masa dahulu semasa beliau di Sabah. Di sana radio tempatan mengumumkan berita kematian di corong radio. Kata beliau, setiap kali mendengar akan berita 'mati', beliau terasa insaf. Dan yang paling menarik katanya 'aku takut nak buat jahat hang tau dak bila dengaq depa umum lagu tuuu'. hehehehe Besar impaknya kepada rakan saya.

Saya cuba berkira-kira berapakah baki usia yang Allah berikan kepada saya? Ohhh...alangkah bahagianya jika kita dapat tahu bila kita akan mati. Perkara ini bukan disengajakan. Allah mengatur semua ini untuk kebaikan manusia. Ada hikmahnya mengapa kita tidak perlu tahu bila kita akan mati. Jika kita tahu bila tarikhnya sudah tentu kita akan meminta-minta kepada Allah untuk memanjangkan lagi talian hayat kita. Jika kita tahu bila tarikhnya sudah tentu kita menjadi insan yang paling sufi di muka bumi ini. Jika saya tahu esok saya akan mati, sudah tentu sekarang saya tidak berada di sini untuk menulis blog. Namun semua itu tidak akan berlaku...kita tidak tahu bila masa mati kita akan sampai kerana Allah sentiasa ingin memberi peluang untuk hambaNya menikmati kehidupan ini sebaik mungkin. Nikmatilah hidup ini selagi ada. Beribadatlah sebaik mungkin selagi anda diberi nafas untuk beribadat kepadaNya. Bekerjalah sebaik mungkin selagi anda diberi peluang untuk bekerja kerana bekerja itu sebahagian daripada ibadat.

Oh yaa..minggu hadapan cuti sekolah. Kami akan pulang ke Kedah untuk melawat sanak-saudara. Ya, lawatilah sanak saudara selagi mereka masih ada di muka bumi ini. 


No comments:

Post a Comment