Thursday, 21 March 2013

Kematian

Di sini, email akan di circulate kepada semua berita kematian staff. Pagi tadi ada satu email memaklumkan berita kematian staff. Alfatihah.  Jumaat! Indahnya...arwah dipanggil pulang oleh Yang Esa pada hari yang mulia ini. Circulation sebegini amat bagus bagi semua sebagai peringatan. Ini mengingatkan saya bahawa mati itu akan datang bila tiba masanya. Minggu yang lalu sahabat saya Tuan fakirfikir kehilangan kekanda beliau yang tercinta. Takziah sekali lagi. Al-Fatihah. Saya masih ingat cerita seorang rakan suatu masa dahulu semasa beliau di Sabah. Di sana radio tempatan mengumumkan berita kematian di corong radio. Kata beliau, setiap kali mendengar akan berita 'mati', beliau terasa insaf. Dan yang paling menarik katanya 'aku takut nak buat jahat hang tau dak bila dengaq depa umum lagu tuuu'. hehehehe Besar impaknya kepada rakan saya.

Saya cuba berkira-kira berapakah baki usia yang Allah berikan kepada saya? Ohhh...alangkah bahagianya jika kita dapat tahu bila kita akan mati. Perkara ini bukan disengajakan. Allah mengatur semua ini untuk kebaikan manusia. Ada hikmahnya mengapa kita tidak perlu tahu bila kita akan mati. Jika kita tahu bila tarikhnya sudah tentu kita akan meminta-minta kepada Allah untuk memanjangkan lagi talian hayat kita. Jika kita tahu bila tarikhnya sudah tentu kita menjadi insan yang paling sufi di muka bumi ini. Jika saya tahu esok saya akan mati, sudah tentu sekarang saya tidak berada di sini untuk menulis blog. Namun semua itu tidak akan berlaku...kita tidak tahu bila masa mati kita akan sampai kerana Allah sentiasa ingin memberi peluang untuk hambaNya menikmati kehidupan ini sebaik mungkin. Nikmatilah hidup ini selagi ada. Beribadatlah sebaik mungkin selagi anda diberi nafas untuk beribadat kepadaNya. Bekerjalah sebaik mungkin selagi anda diberi peluang untuk bekerja kerana bekerja itu sebahagian daripada ibadat.

Oh yaa..minggu hadapan cuti sekolah. Kami akan pulang ke Kedah untuk melawat sanak-saudara. Ya, lawatilah sanak saudara selagi mereka masih ada di muka bumi ini. 


Wednesday, 20 March 2013

Research Niche

Baru selesai sessi brain-storming. Agendanya adalah untuk mengenalpasti research niche school. Motifnya jika ada yang bertanya what's your school research niche? Maka ada jawapan yang lebih specific untuk diberi. Mereka merujuk kepada model top business schools di Malaysia, Harvard, Yale, Cranfield and London Business School. Sangat sukar untuk menggabungkan kepakaran masing-masing untuk membentuk hanya satu research niche. What I have learned before, during my marketing class, niche means a distinct segment of a market. Niche bring you to be unique. But before that, definitely you have to go through the development process of being 'unique'.

Saya masih ingat lagi ketika saya memohon tempat untuk PhD. Perkara pertama yang saya lakukan adalah mencari universiti yang menawarkan bidang kepakaran yang saya inginkan. Ada universiti yang bagus dan ternama, tetapi tidak menawarkan kepakaran yang saya inginkan. Jadi saya memilih universiti tidak ternama, namun mempunyai kepakaran yang dikehendaki. Secara relatif ini sangat kompetitif. Begitu juga prosess memilih research niche. Kita mesti tahu apakah ia satu keperluan? Mampukah resource yang sedia ada memenuhi keperluan ini? Yang nyata sekarang, untuk mengenal pasti research niche di kala masing-masing dengan agenda multi-disciplinary, pasti ia mengambil masa yang panjang dan pelbagi faktor perlu diambil kira. 

Saya tidak pasti adakah research niche ini akan menyekat kemampuan researcher untuk terus berkembang?  Atau ada mekanisma lain yang boleh digunakan mengukur dan memantau perkara ini? Saya berharap apa yang dikejar kita dapat, dan yang dikendong juga tidak berciciran

Tuesday, 5 March 2013

VAT 69

Kelmarin saya post isu geran penyelidikan. Dan isu pencerobohan Lahad Datu ada juga kaitannya dengan geran. Isu 'pajak' dan 'serah'. Walau apa kesudahannya, ada nyawa pejuang kita sudah terkorban.  Hati saya terkesan apabila melihat si balu dan anak-anak menangis hiba kehilangan suami dan ayah. Namun, kematian mereka tidak sia-sia. Mereka rebah diperbatasan mempertahankan negara. Merekalah wira kita!

Tahun lalu semasa mengikut program TAZAIC, kami peserta berpeluang bertemu dengan bekas VAT 69. Pada mulanya saya tidak tahu apakah VAT 69. Siapa mereka? Apa sumbangan mereka? Takkala melihat cereka pendek yang ditayangkan tentang para komando ini, air mata saya mengalir laju. Sahabat di sebelah saya menghulurkan tisu. Kemudiannya kotak tisu bergerak dari satu tangan ke satu tangan. Ya..bukan saya seorang sahaja yang terkesan melihat cereka pendek VAT 69, peserta lain juga terkesan. Meremang bulu roma melihat mereka mempertahankan negara walaupun ianya hanya lakonan semula. Tetapi ini lakonan dari kisah benar. 

MasyaAllah, mereka di depan mata berkongsi pengalaman semasa menjadi VAT69. Kagum saya melihat mereka. Ada di antaranya datang bertongkat kerana kecederaan yang di alami semasa bertugas. Ada yang hilang sebelah matanya. Saya tabik hormat kepada mereka. Mereka sangat berpengalaman sehinggakan melihat pada bintang di langit, mereka tahu waktu sekarang jam berapa. Tepat!! Mereka sangat berkemahiran, melihat pada keadaan sekeliling hutan, mereka tahu di mana laluan musuh. Sangat taktikal! Sangat survivor! Semangat juang masih terpancar di kala  mereka bercerita walaupun sudah lama tidak memegang senjata. Apatah lagi kepada mereka yang kini berjuang di Lahad Datu. Sudah pasti semangat mereka mempertahankan negara berkobar-kobar dan tidak luntur dek penceroboh.

Saya membayangkan kita di sini enak menjamah makanan yang enak, mereka di perbatasan belum tentu dapat makan. Mungkin hanya pucuk kayu dan air hujan mungkin menjadi sajian. Kita di sini tidur lena dibuai mimpi, bertilam empuk, mereka di perbatasan mungkin berdiri tidurnya ditemani langit dan bintang kejora. Saya membayangkan jika saya terdampar di sebuah tempat yang bergolak, bagaimana saya ingin mempertahankan diri? Saya tiada sebarang skill untuk mempertahankan diri. Saya tiada sebarang skill untuk membaca peta dan kompas. Damn, salahkan teknologi. Mana mungkin navigator berfungsi jika sesat di hutan belantara. Saya hanya tahu teruja melihat action movie di TV, tetapi saya tidak pernah terfikir untuk mempelajari semuanya itu. Masih belum terlambatkah untuk belajar? Mungkin saya perlu pergi ke MPH untuk membeli buku cara membaca peta. Mungkin saya perlu sertai kelas menembak? Atau saya hanya perlu berdoa negara ini aman damai dan sejahtera. Ya...sentiasa berdoa. Ya Allah Kau Rahmatilah bumi ini.

Monday, 4 March 2013

Geran

Bila disebut geran, apa yang terbayang adalah 'privilege or right'. Lunas bayaran loan rumah dengan pihak bank, baru kita diberi privilege dan hak sepenuhnya ke atas rumah yang dibeli, melainkan rumah itu dibeli secara tunai tanpa hutang. Lunas bayaran loan kereta, baru pihak bank serahkan geran dan kereta itu hak kekal milik kita. Apabila cadangan penyelidikan diterima, barulah pihak terbabit (agensi luar) membiayai geran penyelidikan pensyarah. Itulah geran! Secara dasarnya untuk mendapatkan satu-satu geran, ia bukannya mudah. Mengambil masa dan menuntut kesabaran yang tinggi.

Bulan lepas, saya 'stress' membuat penambahbaikan geran FRGS dan kelmarin menerima satu lagi laporan panel dalaman untuk penambahbaikan geran ERGS pula. Walaupun pada dasarnya geran ini berkumpulan, kebiasaannya ketua penyelidiklah yang berperanan besar dalam hal ini diperingkat awal. Susah betul untuk mendapatkan geran penyelidikan sekarang. Banyak peringkat perlu ditempuh dan panel dalaman melakukan tapisan awal sebelum proposal dihantar untuk penilaian ke peringkat seterusnya. Di peringkat universiti sudah beberapa kali tapisan, belum lagi diperingkat Kementerian Pengajian Tinggi. 

Haiiii..apakah keputusan panel KPT dengan proposal penyelidikan FRGS saya?? Geran FRGS, model fundamental perlu diutarakan, jadi saya mencadangkan untuk membentuk model Flexible Working Arrangement (FWA). Harapan besar pihak KPT merima proposal saya, dapatlah saya lakukan kajian ini dengan senang hati dan fikiran tanpa memikirkan budget research. Geran ERGS pula, lebih menjurus kepada exploratory, jadi saya ingin meneroka  Women & Entrepreneurship. Pada asalnya, saya hanya mencadangkan quatitative study kerana sebab-sebab tertentu, tetapi panel mencadangkan agar diadakan focus group juga.

Saya berharap dapatlah saya dana daripada salah satu geran ini. Dengan geran penyelidikan saya mampu melakukan kajian dengan lebih luas dan efektif, InsyaAllah. Dengan dana yang dipohon dapatlah saya merancang perjalanan penyelidikan saya. Betul, tanpa geran peyelidikan anda (pensyarah) tidak dapat bergerak ke mana-mana. Saya ingin mulakan dari garisan sini....saya baru mampu bertatih tetapi saya tidak mahu menjadi PEMBONCENG GRATIS!