Wednesday, 16 February 2011

Keukenhof, Holland

Pagi tadi semasa menghantar anak ke sekolah, saya menjenguk ke halaman jiran. Kelihatan snowdrop telah memunculkan diri. Itu petanda spring is coming! Snowdrop adalah wild flower yang akan kelihatan liar tetapi menarik apabila ianya bercambah berbunga in the early Spring. Tinggal di negara 4 musim, sudah pasti musim bunga paling dinantikan kerana datangnya spring maka berakhirlah winter. Sudah tidak tahan dengan musim sejuk sebenarnya. Tambahan di sini, is very cold in winter. Due to its ocean-facing position Hull gets pretty darn freezing in winter. If your accomodation is double glazing with a decent fire then you can chill the cold winter in Hull. Kulit akan menjadi kering kerana siang dan malam berdiang dengan heater. Dan yang paling tidak tahan ialah the gas bill. He...he Mencecah ratusan pound! (ketawa dalam tangisan). However, the cold is getting over now. Looking forward to see bunga-bungaan di taman jiran, next door. Jiran saya namanya Katherine & Mike. Sepasang suami isteri yang sudah separuh umur dan sangat baik hati. Mereka tidak dikurniakan zuriat, jadi saya rasa kasih sayang mereka dicurahkan kepada garden mereka yang sangat cantik. Hasilnya, bunga rose Kat akan kembang mekar setiap kali musim bunga. Bayangkan, bunga rose Kat apabila ianya kembang mekar akan jadi lebih besar dari muka saya! Pokok pear & plum mereka akan berbuah lebat & mereka pasti akan dermakan sebakul untuk kami.

Kebanyakan wanita meminati bunga tetapi ada juga sang lelaki meminati bunga. Jika tidak ada demand terhadap bunga pasti tidak akan wujud florist di dunia ini. Ada permintaan maka ada penawaran, itu hukum ekonomi. Ada wanita di luar sana yang tidak menggemari bunga? Mungkin ada. Kami ke Keukenhof untuk melihat bunga. Jauh berjalan semata-mata untuk melihat bunga? Sebenarnya kami ke sana bukan sekadar untuk melihat bunga. Tetapi untuk melihat juga bagaimana orang Netherland sangat berjaya dengan hasil pertanian mereka. Ada kawan yang sanggup day trip terbang dari UK ke Holland semata-mata untuk melihat keindahan tulip di Keukenhof. Memang cantik Keukenhof. Pandai serta mahir engineer landscape develop taman tulip di sana.

Photo: Tulip pelbagai warna.
Walaupun pada hakikatnya, ladang tulip yang lebih besar adalah di utara India bukan di sini. Tetapi ramai yang berkunjung ke sini apabila tiba musim bunga. Itu bezanya di antara negara maju dengan negara lain. Mereka lebih dahulu 'melabelkan' diri mereka. Ingin melihat tulip? Datanglah ke Keukenhof dan bukannya ke utara India. Itulah label yang diberikan negara maju kepada mata pengunjung.

Keukenhof is located in South Holland in the small town of Lisse, south of Haarlem and southwest of Amsterdam. Dari bandar Amsterdam kami menaiki train untuk ke Schiphol. Setibanya di sana, memang ada bas yang menanti untuk membawa kami ke Keukenhof. Bas itu percuma kerana kami sudah memiliki ticket untuk memasuki Keukenhof. Seharian kami berjalan-jalan mengamati keindahan Keunkenhof. Anak-anak saya memang teruja melihat bunga-bungaan penuh, kemas & rapi ditanam di sana. Ada juga tempat khas disediakan untuk kanak-kanak bermain. Sesekali ada juga tangan gatal mereka cuba untuk memetik bunga. Terutamanya si Arissa, perasan menjadi model seperti lagu nyanyian Rahimah Rahim, Gadis dan Bunga. Saya suka lagu itu.

Photo: Bas dari Schiphol to Keunkehof.

Photo: Tulip, Keunkenhof, April 2010.
Jika lapar boleh berhenti makan & rehat di cafe yang disediakan. Saya dapati setiap bahagian taman ada disediakan cafe. Cumanya tiada ruang untuk bersolat kerana setiap penjuru dipenuhi pengunjung Keukenhof. Kami akhirnya bergilir-gilir bersolat di tempat simpanan barang di main entrance. Muat-muat untuk rukuk & sujud sahaja. Kita juga boleh simpan beg atau sebagainya di dalam locker dibilik tersebut. Jadi tidak perlu membimbit beg yang tidak perlu semasa bersiar-siar mengamati keindahan Keunkenhof. Jika anda merancang untuk Keunkenhof, the best time to view the tulips is around mid-April, depending on the weather. Keunkenhof mempunyai official website, jadi anda boleh email kepada mereka untuk bertanya. Itu yang kami buat sebelum ke sana. Email dahulu dan bertanya adakah tarikh sekian-sekian, tulips is avail to view. Mereka akan menjawab setiap pertanyaan. Walaubagaimana pun jika anda tidak berpeluang melihat tulip di taman (bunga belum bloom), anda tidak akan rasa kecewa kerana ada taman tulip 'indoor' di Keunkehof. Dengan menggunakan teknologi moden, mereka telah membina taman tulip indoor. Tulip 'dipaksa' blooming walaupun tidak pada musimnya. Tetapi sudah pasti yang natural itu akan lebih cantik, menarik dan tertarik. Sesungguhnya penciptaanNya adalah yang terindah.

No comments:

Post a Comment