Syukur. Permulaan quarter pertama tahun kuda kayu (wood horse) bermula dengan agak sempurna. Diberi kesihatan yang baik, walaupun kadang-kala sakit urat sendi petanda ageing. Duit di bank tidak bertambah, makin susut ya! Kerana hidup di salah sebuah bandar yang dinobatkan sebagai place with high cost of living. Kerjaya pula makin mencabar kerana pelbagai polisi baru. Terasa ingin merungut. Tetapi lupakan saja, kita hanya perlu rasa syukur kerana masih diberi peluang untuk berdiri teguh di sini.
Kini sudah di pertengahan Februari. MasyaAllah, pantasnya masa berlalu. Seperti baru semalam tamat semester I, minggu hadapan semester baru akan bermula. Belum sempat berehat, minggu hadapan kelam-kabut pula. Tapi bersyukur, sekurang-kurangnya saya ada kerja untuk dibuat. Ada orang tidak tahu untuk berbuat apa-apa. Jadi ramai yang buat kerja yang bukan-bukan dan fikir perkara yang bukan-bukan. Mereka perlu diingatkan dengan surah Al-Asr yang bermaksud :
“Demi Masa! Sesungguhnya
manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal
soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta
berpesan-pesan dengan kesabaran.” (Al-Asr : 1 – 3).
MBA students- November 2013. |
Disember lalu saya ke Bangalore, India. Itu pertama kali saya menjejaki India. Saya berpeluang melihat keadaan sebenar India. Incredible India! Saya datang dari negara yang sedang membangun. Saya pernah tinggal di negara maju. Jika di sini ada orang tidak dapat makanan, di sana mungkin 100 orang dan lebih tidak ada makanan. Di sini ada orang bergelandangan, di sana satu keluarga menjadi gelandangan. Bukan hanya satu keluarga, malah ramai keluarga hidup bergelandangan. Apabila melihat India, saya mensyukuri nikmat yang saya perolehi di
Malaysia. Walaubagaimana pendapat umum (positif atau negatif) berkaitan
Malaysia, saya tetap mensyukuri nikmat menjadi rakyat Malaysia.
Bangalore Palace-December 2013. |
No comments:
Post a Comment