Lama sudah tidak mengupdate blog. Tanpa disedari masa terus berlalu sehingga ada kawan yang menegur. Barangkali beliau 'rindu' untuk menatap bait-bait kata yang tidak seberapa daripada blog ini. Jadi untuk memenuhi hajat beliau kita mulakan dengan perkongsian yang baik. Tiada yang lebih baik serta indah melainkan kata-kata daripada kalam Allah.
Sesungguhnya
orang-orang yang tidak menaruh ingatan akan menemui Kami (pada hari akhirat
untuk menerima balasan) dan yang reda (berpuas hati) dengan kehidupan dunia
semata-mata serta merasa tenang tenteram dengannya dan orang-orang yang tidak
mengindahkan ayat-ayat (keterangan dan tanda-tanda kekuasasaan) Kami. (7)
Mereka yang demikian keadaannya (di dunia), tempat kediaman mereka (di akhirat)
ialah Neraka; disebabkan keingkaran dan kederhakaan yang mereka telah lakukan.
(8) Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Tuhan mereka akan
memimpin mereka dengan sebab iman mereka yang sempurna itu. (Mereka masuk ke
taman yang) sungai-sungainya mengalir di bawah tempat kediaman mereka di dalam
Syurga yang penuh nikmat. (9) Doa ucapan mereka di dalam Syurga itu ialah Maha
Suci Engkau dari segala kekurangan wahai Tuhan! Dan ucapan penghormatan mereka
padanya ialah: Selamat sejahtera! Dan akhir doa mereka ialah segala puji
dipersembahkan kepada Allah yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam!
(Al
Quran: Surah Yunus; ayat 6-9)
Renung-renungkanlah & selamat beramal :)
No comments:
Post a Comment