Tuesday, 14 June 2011

Zahir Tak Terucap

Alhamdulillah...walaupun sekejap, ianya terasa amat bermakna untuk kami. Bonda tersayang bersama 2 orang adik saya serta seorang rakan adik baru sahaja pulang ke Malaysia, setelah 2 minggu bercuti bersama kami. Photo: Empat beranak bersantai di Hyde Park, wish my 3rd & 4th brothers were here too.



Budaya orang Melayu, bila berkumpul mesti ada agenda 'makan-makan'. Yang best, sudah tentulah hasil air tangan ibu. Entah bagaimana...emak masak nasi goreng simple-simple pun rasa sedap sangat. Lebih sedap dari makan menu di hotel 5 bintang. Bila ditanya resepi, mak selalu cakap 'main agak-agak'. Tetapi memang betul, bukan mak saya seorang jer masak main 'agak-agak', ramai lagi di luar sana. When Gordon Ramsay was in Malaysia to hunt for authentic South East Asia Cooking, ada satu makcik di Negeri Sembilan pun mentioned the same things to Ramsay bila ditanya how much the ingredients to make the traditional Malays Rendang. All is 'agak-agak' ajuk si Ramsay. Pening si Ramsay tuh nak copy resepi orang Melayu.Photo: Land Ends, Cornwall.



Memasak dengan penuh rasa kasih-sayang, itu barangkali masakan para ibu menjadi bertambah sedap. Stock karipap, cucur badak & samosa frozen penuh dalam freezer rumah saya. Mak buatkan untuk anak-menantu serta cucu-cucunya. Begitulah kasih ibu, semua perkara mereka ingatkan untuk anak-cucu. Kalau boleh jemput-jemput pisang (orang Utara panggil cucur kodok) pun Mak hendak frozenkan untuk cucunya kerana dia tahu itu kegemaran anak-anak saya. Tumpah kasih kepada cucu memang lain dari anak.





Photo: With my sis. Kecik dulu selalu gaduh, sekarang kamceng.



Mak saya dulu garang juga orangnya. Kami dulu jika tak siap atau selesai kerja rumah, jangan harap boleh melangut untuk tengok TV senang-lenang. Tetapi dengan cucu-cucu, alahaiiiiiiiii....dibelai-belai, tak garang langsung! Dengan adik bongsu saya pun Mak saya sangat berlembut. Saya dan adik perempuan, selalu tak puas hati sebab takut adik bongsu naik lemak. Adakah bila kita sudah berumur, karektor kita juga turut berubahkah ? Agaknya itu yang orang selalu kata darah muda ya? Baran memanjang.


Photo: Kak Long, Kak Ngah & Adik standing in front of the Buckingham Palace.



Kami adik-beradik dulu kalau nak beli apa-apa benda yang dihajati, jenuh menunggu-meminta. Nasib baik dapatlah yang dihajati, kalau tak berangan jer lah. Tetapi untuk cucu, alahaiiiiiiii..senangnya cucu dapat apa yang dihajati. Sudah seminggu emak saya balik ke Malaysia, anak-anak masih menyebut-nyebut Mak Tok mereka. Yerlaaa..Mak Tok baik macam angel..mak mereka garang macam harimau. Bila berkumpul di sini, saya tahu emak saya masih terasa kehilangan. Kehilangan suami tercinta di sisi. Saya faham perasaan emak, dalam gembira mendengar hilai tawa anak cucu, hati sanubari beliau teringatkan arwah Abah. Sudah tentu emak membayangkan suasana lagi gamat apabila ada arwah Abah. Kerana arwah Abah suka berjenaka. Suka travel.


Photo: June the month for a strawberry picking.


Zahir tak terucap apabila emak saya mengeluarkan sehelai baju kegemaran arwah Abah dari luggage dan berikan kepada saya. Rasa hendak menangis, tetapi cuba buat-buat cool. Dan buat-buat tanya 'mak nak chek simpan baju Abah nie?' Saya tahu emak rindu Abah..dan emak tahu saya juga rindu pada arwah. Dalam hati berbisik, jasad tidak sampai ke rumah saya di sini, namun sehelai baju batik Solo kegemaran arwah sampai jua ke sini. Cukuplah...melepas rindu. Kenapa kita akan bertambah rindu bila mengenangkan orang yang sudah tiada? Kenapa kita akan bertambah rindu mengenangkan masa-masa yang lalu (kenangan yang manislah..yang pahit..siapa nak kenang bukan?) Bila kita akan berhenti merindu? Yang pasti kita harus memburu rasa rindu pada Ilahi. Itu sudah pasti tidak akan terhenti di sini.

No comments:

Post a Comment