Monday, 3 October 2011

Kemudahan & Keselamatan

Pagi tadi saya ke sebuah bank untuk melakukan beberapa tranksasi perbankan. Teratur dan sistematik suasana di dalam bank. Kagum! Mungkin saya pelanggan terawal jadi keadaan masih terkawal. Namun saya masih perlu menunggu lebih 3o minit untuk satu urusan. Sebenarnya saya hanya ingin memindahkan sejumlah wang dari akaun saya ke akaun suami. Bank menghadkan jumlah maksimum yang dibolehkan untuk pemindahan dari akaun saya ke akuan lain. Saya akur kerana ianya penting bagi faktor keselamatan wang simpanan anda. Zaman sekarang pelbagai cara orang boleh 'mencuri' wang anda walaupun ianya disimpan di bank. Kerani di kaunter mengesan cap jari saya melalui sistem dan beliau juga meminta saya menurunkan tandatangan. Malangnya tandatangan saya kelihatan sedikit berbeza dari tandatangan saya semasa membuka akaun di bank kurang lebih 10 tahun yang lampau. Jadi mereka mengambil masa untuk membuat pengesahan dari cawangan bank di mana akaun saya mula dibuka. Saya tertanya-tanya apakah kegunaan cap jari digital yang telah disimpan di dalam Mykad (butiran peribadi) jika tandangan anda masih menjadi priority untuk sistem perbankan?Kesimpulan di sini kemudahan yang ada di dalam sistem online kita di Malaysia belum seratus-peratus memenuhi keselamatan transaksi perbankan. Jika tidak masakan maklumat di dalam Mykad dinidakkan pihak bank? Atau pihak bank perlu berhati-hati kerana sekarang ramai orang pandai 'menipu' & 'menyamar'? Begitulah keadaannya jika kemudahan first class disediakan untuk masyarakat yang segelintirnya masih ada mentaliti dan attitude third class (e.g menipu & etc.) . Jadi polisi bank yang sepatutnya mudah terpaksa diubah!

Tengahari pula saya ke sebuah hospital swasta untuk berjumpa gynae. Pilihan untuk membuat routine check-up di hospital berbayar bukan tindakan yang bijak sebenarnya. Tetapi saya tiada pilihan lain demi untuk berjumpa pakar sakit puan (perempuan). Saya mahukan doktor perempuan memeriksa kesihatan saya dan bayi dalam kandungan. Pada hakikatnya saya masih diberi kelonggaran (agama) dalam hal-hal kesihatan untuk berjumpa dengan doktor lelaki, namun saya masih merasa malu dan tidak selesa. Saya dimaklumkan taraf perkhidmatan klinik dan hospital kerajaan sekarang mengalami perubahan yang baik. Namun masih ada sedikit kelonggaran dalam implementation menyediakan perkhidmatan kesihatan/perubatan yang baik kepada masyarakat. Contohnya ayah mertua saya under medication for his diabetic. Dan ayah saudara saya juga menjalani rawatan penyakit yang sama, level/status kesihatan yang sama. Kedua-dua mereka sudah pencen sebagai penjawat awam. Namun ubat yang diberikan kepada ayah & ayah saudara berbeza walaupun untuk spesifikasi penyakit yang sama. Reason? Ubat yang lebih baik diberikan kepada penjawat awam mengikut level pekerjaan. Bagi saya ini sesuatu yang tidak wajar. Semua pesakit sepatutnya di treat sama adil, tidak kira orang itu pegawai atasan mahu pun kerani biasa. Tidak perlu berlaku sebarang diskriminasi dalam hal ini. Perkara ini tidak berlaku semasa saya di UK. Walaupun kami hanya mempunyai VISA kemasukan sebagai pelajar, layanan dan khidmat kesihatan/perubatan diberi sama rata malahan ianya PERCUMA. Saya boleh meminta doktor wanita memeriksa saya semasa membuat appointment. Semasa melahirkan anak kedua, layanan 5 bintang dari doktor & midwife diterima dan ianya PERCUMA. Jika di sini saya terpaksa membayar ribuan ringgit untuk menerima layanan sebegitu dan jika ke hospital kerajaan untuk bersalin, terimalah mana-mana doktor yang bertugas untuk merawat anda. Jika tidak bernasib baik anda akan memerima rawatan dari doktor pelatih dan lebih malang anda dijadikan bahan ujikaji. Ini bukan momokan, tetapi cerita benar dari seorang kawan yang pernah bersalin di hospital kerajaan. Selang beberapa minit doktor pelatih lelaki muda datang memeriksa bahagian private beliau sebelum bersalin, hingga beliau merasa sangat malu! Tetapi saya yakin hospital dan klinik kerajaan sekarang sedang cuba menaik-taraf mutu perkhidmatan mereka. Mungkin 10 tahun dari sekarang, layanan taraf 5 bintang dapat kita perolehi dari hospital & klinik kerajaan.

Satu Malaysia!

Thursday, 29 September 2011

Teruja

Malam Rabu yang lalu merupakan kelas pertama yang saya hadiri. Sebenarnya ia adalah kelas pensyarah lain dan saya hanya diminta membantu beliau untuk mengajar kelas tersebut. Saya berasa sedikit janggal kerana rata-rata pelajar yang hadir kurang lebih umur saya dan ada yang sedikit berumur dari saya. Itulah kelazimannya jika mengajar kelas post-graduate. Semester ini mereka meminta saya membantu mengajar kelas Research Methodology (RM) bagi pelajar Master in Business Admin. dan Doctor of Business Admin. Di dalam kelas pelajar master saya dapati mereka memberi kerjasama di dalam kelas, walaupun ada yang masih kelihatan takut-takut untuk melontarkan pandangan dan buah fikiran bila diajukan soalan. Jadi ia tugas pensyarah untuk 'menghangatkan' perbincangan. Bila ditanya ada soalan tambahan? Mereka akan menyoal soalan yang berkisar topik dan tidak lebih dari itu.

Pembelajaran yang kreatif dan inovatif seharusnya melebihi apa yang pensyarah sampaikan di dalam kelas. Thinking out of the box. Suasana pembelajaran sebegini akan lebih menarik sebenarnya. Saya masih teringat, module RM yang pernah saya ambil di tahun pertama pengajian PhD saya. Pensyarah hanya meng-upload nota di e-bridge (merupakan portal maklumat pensyarah dan pelajar) dan di dalam kelas, beliau hanya highlight perkara penting. Jika anda tidak bersedia di dalam kelas, sudah pasti anda ketinggalan. Kesimpulannya, kami harus cuba memahami sesuatu topic terlebih dahulu sebelum berada di dalam sesebuah kelas. Sememangnya anda akan berasa teruja melihat kawan-kawan anda memberi pandangan. Colleague saya dari US sentiasa mendahului yang lain. Jika dia diberi peluang bercakap, seolah-olah dia mahu bercakap sehingga kelas berakhir. Mereka tidak berasa malu atau takut, walaupun kadang kala apa yang diucapkan itu tidak semuanya berasas. Tetapi mereka mencuba dengan berani! Budaya sebegini saya masih belum dapat dilihat di dalam kelas hari Rabu yang lalu. Mungkin faktor bahasa? Atau mungkin ini baru kelas permulaan? Tunggu. Mungkin saya akan lebih teruja dengan para pelajar postgraduate di Malaysia.

Sunday, 18 September 2011

Kenduri Kahwin

Dalam tempoh sebulan sekembalinya kami ke Malaysia, ada beberapa undangan kenduri kahwin telah diterima. Tetapi kami hanya berkesempatan memenuhi jemputan dari ahli keluarga terdekat. Banyak juga jemputan rumah terbuka sempena sambutan Aidil-fitri tetapi tidak semua dapat dihadiri. Melihat keadaan ini, saya merasakan betapa mewahnya rakyat Malaysia jika dibandingkan dengan negara-negara yang rakyatnya mengalami kebuluran. Kita di sini di sajikan dengan hidangan yang lazat, kadangkala tidak termakan sedangkan ada insan yang menderita kelaparan. Kita patut bersyukur walaupun ekonomi Malaysia turun dan naik, rakyatnya masih dapat makan dan minum.
Photo: Hubby's cousin wedding-Nini (Kedah)

Namun, melihat suasana kenduri kahwin masa kini ianya jauh berbeza dari dahulu. Saya berkahwin pada tahun 2005, namun kelihatan ada perbezaannya zaman saya berkenduri-kahwin dengan sekarang. Perbezaan paling ketara ialah pemberian bunga telur kepada tetamu sebagai buah tangan. Menjadi trend masa kini bunga telur tidak lagi menjadi buah tangan kepada tetamu. Sebaliknya tetamu diberi buah tangan lain seperti kek, gula-gula, atau souvenier kecil seperti sapu tangan atau mug. Tetapi bagi saya yang agak conservative or maybe old fashion, lebih menyukai pemberian bunga telur kepada tetamu. Ianya satu tradisi yang patut dikekalkan. Hilang seri jika majlis perkahwinan tiada bunga pahar dan manggar. Kata orang tua, bunga telur itu adalah satu simbolik terhadap sesebuah perkahwinan. Telur melambangkan permulaan sesebuah kehidupan baru. Sebiji telur akan menetas dan akan berlaku kehidupan baru dan seterusnya. Photo: My cousin's wedding-Atiqah (Penang)
Walaubagaimana pun bagi bakal pengantin, mungkin mereka merasakan budget sebiji telur adalah lebih mahal dari beberapa biji gula-gula. Ya, saya setuju buat apa berbelanja lebih untuk kenduri kendara. Lebih baik wang disimpan untuk kegunaan selepas berkahwin kerana banyak lagi perkara penting yang perlu dilangsaikan setelah menjadi suami isteri. Namun, ada juga yang berkira dalam hal-hal tertentu, tetapi tanpa disedari membazir di dalam beberapa perkara. Contohnya menempah berhelai-helai baju persalinan untuk bergambar in door dan juga outdoor yang menjadi trend pasangan pengantin masa kini.

Berpada-padalah dalam urusan mengadakan kenduri kahwin. Janganlah adat dan adab yang elok dan manis dilupakan, tetapi budaya perkahwinan barat diaplikasikan untuk memenuhi trend masa kini. Janganlah selepas majlis kenduri ada yang mengikat perut berbulan-bulan untuk membayar hutang. Betul kata sahabat saya tuan Fakirfikir @ fakirfikir.blogspot.com, 'dunia memang kecil, yang payahnya bila nafsu besar' komen beliau. Ini sangat significant dengan kenduri kahwin, majlis perkahwinan itu adalah baik jika bersederhana, tetapi yang payahnya bila nafsu kita mempunyai nafsu yang besar!

Saya merindui majlis kahwin yang diadakan secara bergotong-royong. Jika di sebelah utara, orang yang datang menolong mengangkat dan menghidangkan makanan kepada tetamu dipanggil 'mentara'. Sekarang bukan sahaja di bandar, di kampung-kampung pun sudah kian hilang budaya gotong-royong untuk kenduri kahwin. Kebanyakan orang sekarang mengupah caterer. Sebenarnya budaya gotong-royong ini dapat merapatkan silaturahim, bak kata pepatah ringan sama dijinjing, berat sama dipikul. Tapi apa boleh buat, budaya ini kian luput ditelan zaman.

Friday, 2 September 2011

Salam Lebaran 2011

Hari ini, sudah hari ke- 4 umat Islam di Malaysia meraikan hari raya Aidilfitri. Dan sudah hampir 2 minggu juga kami sekeluarga sudah kembali ke Malaysia dari UK. Anak sulung saya, Arissa sudah mula melahirkan rasa kerinduan 'rumah' nya di Hull dan menyatakan keinginanannya untuk 'go home'. Asyik menyebut-nyebut 'I miss Kat'. Kat atau Katherine, merupakan jiran kesayangan anak-anak saya. Setiap hari jiran itu yang akan disapa mereka, sudah pasti anak-anak saya terutama Arissa merindui kelibat si Kat. Sebenarnya, this transition is not that easy, especially to the kids. They not fully understand why we should come back to Malaysia. Air mata saya mengalir jua, apabila melihat ekspresi muka anak saya Arissa melahirkan rasa kerinduannya untuk kembali ke Hull. Saya memohon kepada Allah s.w.t, semoga hari demi hari anak-anak saya boleh menerima suasana baru di Malaysia. Sayunya rasa di hati ini mengenangkan rupanya anak saya merindui bumi Hull.

Namun, di sebalik kerinduan mereka ada juga diselit rasa bahagia bila dapat bersama ahli keluarga yang lain di Malaysia.
Photo: Aidil-Fitri 2011 bersama ibu (bertudung biru) dan ibu mertua (bertudung kuning).

Salam Aidil-Fitri untuk semua dari kami sekeluarga.
Maaf Zahir & Batin.

Tuesday, 2 August 2011

Ramadhan Terakhir

Ini mungkin Ramadhan terakhir untuk kami sekeluarga di bumi England. Sebenarnya berpuasa di sini juga ada nikmatnya walaupun terpaksa menempuh jam berpuasa yang agak panjang. Rakan-rakan di bumi Australia, agak beruntung kerana Ramadhan di sana di musim winter, jadi awal waktu berbukanya. Namun sebaliknya di sini, waktu berbuka melewati jam 9 malam dan habis waktu sahur sekitar jam 3 pagi kerana Ramadhan di sini di waktu summer. Tetapi Alhamdulillah, walaupun waktu berpuasa yang panjang, sedikit pun tidak terasa lapar cuma sesekali terasa tekak kering, itu sahaja! Sebenarnya berpuasa bukan sahaja menahan dari lapar dan dahaga ianya lebih dari itu!

Dalam konteks sebagai pelajar PhD juga, banyak yang boleh dinikmati ketika bulan Ramadhan. Jadikan bulan ini sebagai bulan penuh untuk bangun solat malam memohon dari Allah supaya dipermudahkan urusan PhD. Dan selepas solat malam, boleh teruskan menulis kerja-kerja PhD, InsyaAllah anda akan berasa sesuatu 'kelainan'. Itulah berkat Ramadhan Kareem.


Kami akan merindui suasana berpuasa di sini. Walaupun tiada 'moreh' selepas solat sunat terawikh tetapi di sini imam akan membaca satu juzuk Al-Quran pada setiap malam. Dan terawikh diadakan dua kali pada setiap malam. Itu lebih berharga. Walaupun tiada ayam golek, cincau bandung, kuih tepung pelita etc, tetapi memasak juadah dari air tangan sendiri untuk hidangan berbuka kepada keluarga, itu lebih bermakna. Sebenarnya walau di bumi mana pun kita berada, Ramadhan tetapi sama cuma penghayatannya yang berbeza. Jadi ianya terpulang kepada kita untuk merebut ganjaran bulan ini.


Semoga Ramadhan kali ini lebih baik untuk kita dari segi penghayatan dan amalan. InsyaAllah.


SALAM RAMADHAN UNTUK SEMUA!


p/s 1 Ogos, hari lahir arwah abah saya. Bila tiba Ramadhan memang sangat teringatkan arwah. Saya kagum bagaimana arwah menjadikan bulan Ramadhan sebagai bulan untuk lebih bersedekah. Semoga amalan bersedekah & menderma arwah semasa beliau hidup diterima Allah. Al-fatihah untuk allahyarham.

Wednesday, 20 July 2011

Sujud

Sujud syukur. Debaran viva sudah pun berakhir. Cabaran terakhir saya sebagai pelajar PhD juga telah berakhir jam 1.20 p.m tadi, waktu UK. Saya sentiasa berharap dan berdoa agar urusan PhD saya berakhir dengan mudah serta kebaikan. Dengan izin Allah dan berkat doa semua, viva-voce saya berjalan dengan lancar dan mudah pagi tadi. Allah makbulkan permintaan saya. Siapalah saya jika tidak bersyukur atas nikmat yang diberikanNya ini? Alhamdulillah.

Sebenarnya banyak yang hendak dikongsi pengalaman berviva, tetapi mata saya sudah layu kerana semalam tidak dapat jam tidur yang cukup. InsyaAllah, saya kongsi di lain entry.
From left: Internal examiner-Dr Haseeb Shabbir, supervisor- Prof Jon Reast, external examiner- Prof James Devlin and Chairperson-Dr David Bright.



The examiners: Both are very reasonable persons and a very good academic. I have a very good experience with them being the examiners.



Monday, 18 July 2011

Bias

I'm not bias! But this is my kind judgement due a number of observations. Sudah banyak kali mengalami situasi sebegini. Tempat untuk mentelaah yakni library dijadikan medan perbincangan. Jika hendak berbincang pergilah booking bilik perbincangan di library. Tidak kena bayar ianya percuma! Ini bukan masalah berbayar atau FREE. Ini masalah attitude atau responsibility. Dan yang menjadi masalah bukan bangsa Barat tapi orang Asia dari tanah besar China. Mereka ini sangat 'ignorant'. Semua orang diam mentelaah, adalah dua tiga orang mereka yang 'bergebang' di dalam bahasa mereka tanpa pedulikan hak orang lain. Minggu lepas 'mereka' duduk selang sebaris dari meja saya. Dan hari ini, 'mereka' duduk betul-betul di belakang kerusi saya. Nasib baik lagi 30 minit saya sudah mahu balik, jika tidak ada yang dapat WARNING. Bukan hendak marah semberono. But they have to know how to respect others.


Sebenarnya attitude orang Cina yang datang dari tanah besar China amat berbeza dari orang Cina yang kita lihat di Malaysia. Orang Cina Malaysia sangat rajin tetapi orang Cina dari tanah besar sebaliknya. Mungkin 'survival factor' yang menyebabkan orang Cina Malaysia secara am dan pelajar cina secara khusus sangat rajin dan dedikasi. Jadi mereka berusaha keras untuk mendapatkan sesuatu. Sebaliknya pelajar dari tanah besar yang datang belajar di sini, mostly mereka adalah dari golongan berada. Jadi mereka tidak segigih yang seperti kita sangka. Tengok saja pakaian mereka, mengalahkan superstars Barat! Menyandang designers handbag suatu kebiasaaan bagi pelajar Cina tanah besar di sini. Kadangkala 'kelakar'..macam babydoll lagaknya.


Eh..sudahlah..nanti terumpat pulak! Tetapi beringatlah..'jagalah tingkah-laku kita, jangan ada yang menjengkel hati, perasaan dan mata orang lain'.


Kurang lebih 48 jam dari sekarang saya akan menghadapi detik penting bagi perjalanan serta perjuangan PhD saya. Doakan semoga semuanya berjalan lancar, InsyaAllah!