Pembelajaran yang kreatif dan inovatif seharusnya melebihi apa yang pensyarah sampaikan di dalam kelas. Thinking out of the box. Suasana pembelajaran sebegini akan lebih menarik sebenarnya. Saya masih teringat, module RM yang pernah saya ambil di tahun pertama pengajian PhD saya. Pensyarah hanya meng-upload nota di e-bridge (merupakan portal maklumat pensyarah dan pelajar) dan di dalam kelas, beliau hanya highlight perkara penting. Jika anda tidak bersedia di dalam kelas, sudah pasti anda ketinggalan. Kesimpulannya, kami harus cuba memahami sesuatu topic terlebih dahulu sebelum berada di dalam sesebuah kelas. Sememangnya anda akan berasa teruja melihat kawan-kawan anda memberi pandangan. Colleague saya dari US sentiasa mendahului yang lain. Jika dia diberi peluang bercakap, seolah-olah dia mahu bercakap sehingga kelas berakhir. Mereka tidak berasa malu atau takut, walaupun kadang kala apa yang diucapkan itu tidak semuanya berasas. Tetapi mereka mencuba dengan berani! Budaya sebegini saya masih belum dapat dilihat di dalam kelas hari Rabu yang lalu. Mungkin faktor bahasa? Atau mungkin ini baru kelas permulaan? Tunggu. Mungkin saya akan lebih teruja dengan para pelajar postgraduate di Malaysia.
Thursday, 29 September 2011
Teruja

Sunday, 18 September 2011
Kenduri Kahwin
Namun, melihat suasana kenduri kahwin masa kini ianya jauh berbeza dari dahulu. Saya berkahwin pada tahun 2005, namun kelihatan ada perbezaannya zaman saya berkenduri-kahwin dengan sekarang. Perbezaan paling ketara ialah pemberian bunga telur kepada tetamu sebagai buah tangan. Menjadi trend masa kini bunga telur tidak lagi menjadi buah tangan kepada tetamu. Sebaliknya tetamu diberi buah tangan lain seperti kek, gula-gula, atau souvenier kecil seperti sapu tangan atau mug. Tetapi bagi saya yang agak conservative or maybe old fashion, lebih menyukai pemberian bunga telur kepada tetamu. Ianya satu tradisi yang patut dikekalkan. Hilang seri jika majlis perkahwinan tiada bunga pahar dan manggar. Kata orang tua, bunga telur itu adalah satu simbolik terhadap sesebuah perkahwinan. Telur melambangkan permulaan sesebuah kehidupan baru. Sebiji telur akan menetas dan akan berlaku kehidupan baru dan seterusnya.
Walaubagaimana pun bagi bakal pengantin, mungkin mereka merasakan budget sebiji telur adalah lebih mahal dari beberapa biji gula-gula. Ya, saya setuju buat apa berbelanja lebih untuk kenduri kendara. Lebih baik wang disimpan untuk kegunaan selepas berkahwin kerana banyak lagi perkara penting yang perlu dilangsaikan setelah menjadi suami isteri. Namun, ada juga yang berkira dalam hal-hal tertentu, tetapi tanpa disedari membazir di dalam beberapa perkara. Contohnya menempah berhelai-helai baju persalinan untuk bergambar in door dan juga outdoor yang menjadi trend pasangan pengantin masa kini.
Berpada-padalah dalam urusan mengadakan kenduri kahwin. Janganlah adat dan adab yang elok dan manis dilupakan, tetapi budaya perkahwinan barat diaplikasikan untuk memenuhi trend masa kini. Janganlah selepas majlis kenduri ada yang mengikat perut berbulan-bulan untuk membayar hutang. Betul kata sahabat saya tuan Fakirfikir @ fakirfikir.blogspot.com, 'dunia memang kecil, yang payahnya bila nafsu besar' komen beliau. Ini sangat significant dengan kenduri kahwin, majlis perkahwinan itu adalah baik jika bersederhana, tetapi yang payahnya bila nafsu kita mempunyai nafsu yang besar!
Saya merindui majlis kahwin yang diadakan secara bergotong-royong. Jika di sebelah utara, orang yang datang menolong mengangkat dan menghidangkan makanan kepada tetamu dipanggil 'mentara'. Sekarang bukan sahaja di bandar, di kampung-kampung pun sudah kian hilang budaya gotong-royong untuk kenduri kahwin. Kebanyakan orang sekarang mengupah caterer. Sebenarnya budaya gotong-royong ini dapat merapatkan silaturahim, bak kata pepatah ringan sama dijinjing, berat sama dipikul. Tapi apa boleh buat, budaya ini kian luput ditelan zaman.
Friday, 2 September 2011
Salam Lebaran 2011
Tuesday, 2 August 2011
Ramadhan Terakhir
Dalam konteks sebagai pelajar PhD juga, banyak yang boleh dinikmati ketika bulan Ramadhan. Jadikan bulan ini sebagai bulan penuh untuk bangun solat malam memohon dari Allah supaya dipermudahkan urusan PhD. Dan selepas solat malam, boleh teruskan menulis kerja-kerja PhD, InsyaAllah anda akan berasa sesuatu 'kelainan'. Itulah berkat Ramadhan Kareem.
Kami akan merindui suasana berpuasa di sini. Walaupun tiada 'moreh' selepas solat sunat terawikh tetapi di sini imam akan membaca satu juzuk Al-Quran pada setiap malam. Dan terawikh diadakan dua kali pada setiap malam. Itu lebih berharga. Walaupun tiada ayam golek, cincau bandung, kuih tepung pelita etc, tetapi memasak juadah dari air tangan sendiri untuk hidangan berbuka kepada keluarga, itu lebih bermakna. Sebenarnya walau di bumi mana pun kita berada, Ramadhan tetapi sama cuma penghayatannya yang berbeza. Jadi ianya terpulang kepada kita untuk merebut ganjaran bulan ini.
Semoga Ramadhan kali ini lebih baik untuk kita dari segi penghayatan dan amalan. InsyaAllah.
SALAM RAMADHAN UNTUK SEMUA!
p/s 1 Ogos, hari lahir arwah abah saya. Bila tiba Ramadhan memang sangat teringatkan arwah. Saya kagum bagaimana arwah menjadikan bulan Ramadhan sebagai bulan untuk lebih bersedekah. Semoga amalan bersedekah & menderma arwah semasa beliau hidup diterima Allah. Al-fatihah untuk allahyarham.