Monday, 7 March 2011
Wonders
Tuesday, 1 March 2011
Tiga Puluh Empat
Photo: 28 February, 2011.
Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah, Yang Maha Penyayang dan Yang Maha Pengasih.
Kurniakan hambaMu ini umur serta kehidupan yang berkat dan diredhaiMu.
Ameen.
Monday, 28 February 2011
Kenduri Kahwin
Thursday, 24 February 2011
'Mereka' Insan Di antara Kita
Saya tidak pandai membicarakan hal ini. Tetapi cuba menambahkan pengetahuan melalui pembacaan kerana saya juga bimbang jika ada di antara ahli keluarga saya mengalami autism. Weekend lepas kawan saya Zureen dari Coventry, meluahkan perasaan tidak puas hati dengan supervisor PhDnya yang dikatakan memiliki ciri-ciri autism. Berhadapan dengan orang autism perlukan kesabaran yang sangat tinggi. Supervisor Zureen pernah memarahi & menengking salah seorang superviseenya di dalam lab secara terbuka. Bukan itu sahaja, orang yang dimarahi itu sudah menangis & menggeletar tubuh badan ketakutan tapi terus di'bamboo'nya! Tiada perasaan supervisornya itu. Dengan lebih tepat, mereka tidak dapat menilai erti sedih, happy, takut dan sebagainya. Sangat cool kata orang.Mereka dengan 'dunia' mereka sendiri. Itu salah satu ciri autism.
Kawan saya berkahwin dengan lelaki autism. Saya pasti sebelum berkahwin beliau sudah tahu yang suaminya seorang autism. Kerana sebelum melanjutkan pelajaran ke overseas, suaminya sudah dikenal pasti lain dari orang normal dari segi keupayaan akademik-suaminya 'genius' tetapi very poor in social life. Saya berdoa semoga kawan saya tabah mendampingi suami autism. Suaminya tidak bersekolah seperti kanak-kanak lain, fortunately mereka dari keluarga orang berada. Mampu menghantar anak ke sekolah khas. Anak sulung seorang kawan juga mengalami autism. Dan anaknya juga seorang yang sangat bijak walaupun jarang hadirkan diri ke sekolah dan mendapat all A's in SPM. Anaknya tidak mahu ke sekolah kerana katanya sangat hygenic. Tidak mahu berkongsi tandas dan makan di tempat sebarangan seperti kantin sekolah. Di rumah anaknya itu perlu disediakan bilik dan tandas sendiri. Ingin di serve makanan seperti taraf hotel. Doktor pakar ada juga menasihati, jangan terlalu mengikut sangat permintaan anaknya yang bukan-bukan.
Sebagai ibu bapa yang telah mendapat pendedahan penyakit sebegini, saya juga sedaya upaya cuba memantau tumbesaran anak-anak saya. Kerana autism sangat sukar untuk dikenalpasti. Ianya tidak seperti sindrom-down. Saya pernah merasa sangat bimbang apabila anak sulung saya lambat bercakap. Orang tua-tua cakap, tidak mengapa mungkin berat mulut! Tetapi lambat bercakap dari usia yang sepatutnya kanak-kanak itu bercakap juga merupakan ciri-ciri anak autism. Dia lebih kenal nombor dari words. Mungkin ini peranan otak kanan & otak kirinya. Kerana bimbang, kami refer kepada health visitor, takut-takut Arissa menghadapi oral problem dan sebaliknya. Setelah melalui beberapa sessi, sebenarnya Arissa lambat bercakap kerana bi-language. Dia confused dengan bahasa harian yang dia dengar dan belajar. Kami ingin dia kuasai bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sama baik. Jadi saya bercakap bahasa Inggeris dengannya, dan bapanya bercakap bahasa Melayu dengannya. Malangnya, dia lebih selesa dengan bahasa Inggeris, mungkin faktor persekitaran. Jadinya, hanya beberapa perkataan Melayu yang dia pick-up, sedih betul kami. Sekarang bapanya juga terpaksa bercakap bahasa Inggeris bila berkomunikasi dengan anaknya. Dulu kami risau dia lambat bercakap, sekarang kami risau sebab tak larat nak layan dia bercakap! Padan muka. Anak saudara saya pernah dikhuatiri menghadapi masalah autism. Apabila namanya dipanggil, dia lambat respond, seolah-olah berkhayal dengan dunia sendiri. Ini salah satu ciri autism juga. Setelah dirujuk kepada pakar, rupanya telinganya tersumbat! Yang tragisnya, dia telah sumbat kertas ke dalam telinga sendiri. Patutlah apabila mak dia panggil dia buat tak dengar kerana telinga tersumbat.
Monday, 21 February 2011
Chill'in the Cold Winter

Wednesday, 16 February 2011
Old Skool
Photo: Prefect board, SGGS, 1994.Keukenhof, Holland


Photo: Tulip pelbagai warna.
Walaupun pada hakikatnya, ladang tulip yang lebih besar adalah di utara India bukan di sini. Tetapi ramai yang berkunjung ke sini apabila tiba musim bunga. Itu bezanya di antara negara maju dengan negara lain. Mereka lebih dahulu 'melabelkan' diri mereka. Ingin melihat tulip? Datanglah ke Keukenhof dan bukannya ke utara India. Itulah label yang diberikan negara maju kepada mata pengunjung.
Keukenhof is located in South Holland in the small town of Lisse, south of Haarlem and southwest of Amsterdam. Dari bandar Amsterdam kami menaiki train untuk ke Schiphol. Setibanya di sana, memang ada bas yang menanti untuk membawa kami ke Keukenhof. Bas itu percuma kerana kami sudah memiliki ticket untuk memasuki Keukenhof. Seharian kami berjalan-jalan mengamati keindahan Keunkenhof. Anak-anak saya memang teruja melihat bunga-bungaan penuh, kemas & rapi ditanam di sana. Ada juga tempat khas disediakan untuk kanak-kanak bermain. Sesekali ada juga tangan gatal mereka cuba untuk memetik bunga. Terutamanya si Arissa, perasan menjadi model seperti lagu nyanyian Rahimah Rahim, Gadis dan Bunga. Saya suka lagu itu. 
Photo: Tulip, Keunkenhof, April 2010.Jika lapar boleh berhenti makan & rehat di cafe yang disediakan. Saya dapati setiap bahagian taman ada disediakan cafe. Cumanya tiada ruang untuk bersolat kerana setiap penjuru dipenuhi pengunjung Keukenhof. Kami akhirnya bergilir-gilir bersolat di tempat simpanan barang di main entrance. Muat-muat untuk rukuk & sujud sahaja. Kita juga boleh simpan beg atau sebagainya di dalam locker dibilik tersebut. Jadi tidak perlu membimbit beg yang tidak perlu semasa bersiar-siar mengamati keindahan Keunkenhof. Jika anda merancang untuk Keunkenhof, the best time to view the tulips is around mid-April, depending on the weather. Keunkenhof mempunyai official website, jadi anda boleh email kepada mereka untuk bertanya. Itu yang kami buat sebelum ke sana. Email dahulu dan bertanya adakah tarikh sekian-sekian, tulips is avail to view. Mereka akan menjawab setiap pertanyaan. Walaubagaimana pun jika anda tidak berpeluang melihat tulip di taman (bunga belum bloom), anda tidak akan rasa kecewa kerana ada taman tulip 'indoor' di Keunkehof. Dengan menggunakan teknologi moden, mereka telah membina taman tulip indoor. Tulip 'dipaksa' blooming walaupun tidak pada musimnya. Tetapi sudah pasti yang natural itu akan lebih cantik, menarik dan tertarik. Sesungguhnya penciptaanNya adalah yang terindah.