Monday, 20 May 2013

Remaja Yang Ku Tinggalkan

Zaman remaja semasa di alam persekolahan adalah zaman yang paling mencabar. Ketika itulah kita mula membentuk identiti diri dan belajar mengenali diri. Ketika itulah terasa ingin mencuba untuk berpasangan, dengan istilah lain ingin 'bercouple'. Saya sedikit bertuah kerana dihantar bersekolah di mana semua muridnya perempuan dan mostly para gurunya juga perempuan. Jika ada guru lelaki, hanyalah guru lelaki yang sudah berumur dan tunggu masa untuk pencen sahaja. Barangkali tidak ada guru lelaki muda yang berani mengajar di sekolah kami. Terkenang saya semasa di tingkatan satu, kami dapat seorang cikgu bahasa Melayu lelaki, cikgu S. Orangnya masih muda dan bila mengajar tersipu-sipu malu. Eeeeemmmm...memang 'masak' ler dengan pelajar-pelajar perempuan yang super -duper active dan nakal. Dan saya masih ingat nama cikgu S, sebab beliau telah memilih karangan yang saya tulis untuk di baca di hadapan kelas dan juga dibawanya untuk di baca ke kelas-kelas lain. Saya tiba-tiba menjadi popular kerana sebuah karangan yang bertajuk 'PENGALAMAN YANG SAYA TIDAK DAPAT LUPAKAN". Saya masih ingat kata seorang kawan 'hey..I like your story, you wanna be journalist? I wanna be journalist!' Di manakah kawan saya Sharifah Mayang sekarang? Khabarnya beliau kini seorang writer dan menetap diluar negara.

Walaupun terpelihara dari bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, ada juga kawan-kawan yang memperkenalkan dan mempromosikan abang masing-masing untuk dijadikan teman. Kelakar bukan? Kawan sendiri ingin menjadikan kita bakal kakak ipar? Saya masih ingat J dan abangnya. Baik dan berhemah perilakunya. Yang paling terharu, family J juga ambil tahu kes J yang ingin 'matching' kawan dia yang tak berapa nak matang ketika itu dengan abangnya. Ishhhh..apa kes mak and bapa si J nie??? Walaupun abangnya kategori lelaki Melayu terakhir ketika itu, hati remaja saya masih tidak terpaut. Haiiiiiii....pandai memilih juga walaupun masih mentah. Tapi sebenarnya, takut dengan Mak. Kalau Mak tahu kes matching-matching nie, confirm lepas SPM Mak kahwinkan saya dengan abang si J sebab gatal sangat kan? Belum habis sekolah sudah nak bercouple bagai. Lepas sekolah memang lost-contact dengan si J. Dan si J sekarang khabarnya kini bertugas di hospital Kangar. Dr. J, ya...dia memang layak menjadi doktor perubatan. Abang si J pula khabarnya kini orang kuat syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia. 


Pengawas Sekolah 1994


Saya bersyukur kerana ketika zaman remaja di sekolah, saya dikelilingi oleh kawan-kawan yang bagus-bagus belaka. Knowing most of them are now with a good profession and life. Kita berada di kalangan mereka yang bagus, walaupun kita pada mulanya tidak bagus. Kesannya anasir-anasir kurang baik sukar dijangkiti, walaupun hakikatnya memang ada temptation dan influence juga. Saya yakin selain daripada didikan yang baik dari rumah dan sekolah, peers atau rakan sebaya juga penting untuk membentuk kendiri seseorang remaja. Masa remaja banyak masa dihabiskan dengan rakan sebaya berbanding keluarga terutama jika kita bersekolah di boarding school dan tinggal di asrama. Itu dulu..itu zaman 90-an, di mana dunia remaja tidak begitu mencabar. Di zaman pasca moden ini, lagi mencabar untuk membentuk kendiri remaja. Dengan virtual rakan sebayanya, pengaruh siber dan ledakan social media dan pelbagai cabaran lagi untuk remaja masa kini. Bimbang. 

"Remaja yang kutinggalkan penuh memori indah, namun ku bimbang mampukah remaja kini, anak-anakku yang bakal menjadi remaja kelak, menongkah arus kehidupan mereka sebagai remaja yang unggul!" 

"Wahai anak-anakku sekalian, berkawanlah dengan baik, supaya semuanya menjadi orang yang baik-baik. Kerana Rasulullah berpesan, jika ingin mengenali seseorang, lihatlah siapa kawannya!"




Sunday, 21 April 2013

PM or AM

The abbreviations AM and PM stand for Ante Meridiem and Post Meridiem, respectively. The terms ante and post mean before and after. The term meridiem refers to when the sun is at the middle of its arc across the sky.

I just noticed many people are confused between the use of PM and AM for 12 noon. Many tend to use 12 am when refers it to 12 noon. Too bad, our prime media also using 12am when refer to the 12 noon. 
So? Is 12 noon 12 AM or 12 PM?

Some people think that it is neither 12AM nor 12PM. Those are improper terms.  I have googled and found this from The Grammarphobia Blog, and it well explained:

Q: 
The parking signs in my town refer to noon as 12 PM. Since “PM” stands for “post meridiem” (“after noon” in Latin), can 12 PM be used for noon itself?

A: 
The simple answer is yes, but I’d advise against doing it. Traditionally, the term “12 PM” is used for noon in countries like the US with a 12-hour clock.
For those who argue that noon and midnight are neither AM nor PM, I can only cite the American Heritage Dictionary of the English Language, which has the following Usage Note with the entry on PM:
“By definition, 12 a.m. denotes midnight and 12 p.m. denotes noon, but there is sufficient confusion over the meaning of a.m. and p.m. when the hour is 12 to make it advisable to use 12 noon and 12 midnight where clarity is required.”
I agree that “12 AM” and “12 PM” are confusing and should be avoided, but I would argue that “12 noon” and “12 midnight” are redundant. Why not simply say “noon” and “midnight”?
You may be interested in knowing that “meridiem” actually means midday in Latin, and that the terms “noon” and “midday” have not always been synonymous in English.
As the Oxford English Dictionary points out, the word “noon,” dating back to the year 900, originally meant “The ninth hour of the day, reckoned from sunrise according to the Roman method, or about three o’clock in the afternoon.” By the 14th century, according to the OED, the word “noon” had come to mean 12 o’clock.
Although dictionaries usually define “midday” as middle of the day or noon, it’s often used more loosely than the word “noon.” The entry for “noon” on Wikipedia, for example, describes midday as “the period of early afternoon, beginning at noon and lasting until mid-afternoon.”

And my Scottish friend also 'smiling' at us just now, when one of my team members mentioned 12am when she refers to 12 noon. So, hey...12PM means for 12 noon. Noted with rolling eyes!

Wednesday, 17 April 2013

Kiasu

Kiasu asalnya adalah perkataan Hokkien. Kiasu membawa maksud 'takut kalah' or 'fear of losing'. Demam PRU13 semakin ketara. Di sana sini sudah kendengaran orang itu berkempen ini, berkata yang sana, memuja-memuji di sini dan tidak kurang hebat juga yang mencaci-cerca di sana-sini. Itu perang mulut. Nah..cuba lihat kiri kanan jalan anda, meriah bukan? Perang poster, bendera dan sepanduk! Sesekali melihat lambaian bendera yang bewarna-warni, ada biru, ada merah, ada hijau..cantik juga! Lebih dari cantik bila ditambah dengan kreativiti ahli parti. Ada kawan maklumkan kepada saya, di kampung beliau ada replika meriam, ada replika cincin. Saya dengan naif bertanya, kenapa mesti cincin? Kawan menjawab cincin kak Rose....emmmm aduhai sampai begitu sekali ya berkempen. Apapun di harap wakil-wakil parti yang bertanding, berkempenlah dengan cara berhemah serta bertamadun. Jangan kiasu!

Minggu lepas saya cuba menghantar dua artikel ke jurnal untuk dinilai. Ya, saya sangat kiasu dalam hal ini! I'm fear to receive the rejection notice from the editor. Dalam hal ini kiasu membantu saya untuk berusaha keras memperbaiki mutu kajian dan tulisan. 

Jadi kiasu tidaklah untuk perkara negative sahaja ya?! Again, bak kata orang putih...its depends on how you see it!

Tuesday, 9 April 2013

Lima dot lima

Tarikh mengundi sudah diumumkan. Marilah kita sama-sama melaksanakan tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia. Satu undi anda memberi nilai besar terhadap masa depan anda dan generasi seterusnya. Jadi undilah dengan bijak. 

Sebenarnya tarikh 5.5 merupakan salah satu tarikh penting dalam hidup saya. Lima tahun yang lalu, pada tarikh ini saya kehilangan ayandanda tercinta.

Abah I miss you so much! Rest in peace Abah.
 Al-Fatihah to Allahyarham Mohd Isa Osman.

Thursday, 21 March 2013

Kematian

Di sini, email akan di circulate kepada semua berita kematian staff. Pagi tadi ada satu email memaklumkan berita kematian staff. Alfatihah.  Jumaat! Indahnya...arwah dipanggil pulang oleh Yang Esa pada hari yang mulia ini. Circulation sebegini amat bagus bagi semua sebagai peringatan. Ini mengingatkan saya bahawa mati itu akan datang bila tiba masanya. Minggu yang lalu sahabat saya Tuan fakirfikir kehilangan kekanda beliau yang tercinta. Takziah sekali lagi. Al-Fatihah. Saya masih ingat cerita seorang rakan suatu masa dahulu semasa beliau di Sabah. Di sana radio tempatan mengumumkan berita kematian di corong radio. Kata beliau, setiap kali mendengar akan berita 'mati', beliau terasa insaf. Dan yang paling menarik katanya 'aku takut nak buat jahat hang tau dak bila dengaq depa umum lagu tuuu'. hehehehe Besar impaknya kepada rakan saya.

Saya cuba berkira-kira berapakah baki usia yang Allah berikan kepada saya? Ohhh...alangkah bahagianya jika kita dapat tahu bila kita akan mati. Perkara ini bukan disengajakan. Allah mengatur semua ini untuk kebaikan manusia. Ada hikmahnya mengapa kita tidak perlu tahu bila kita akan mati. Jika kita tahu bila tarikhnya sudah tentu kita akan meminta-minta kepada Allah untuk memanjangkan lagi talian hayat kita. Jika kita tahu bila tarikhnya sudah tentu kita menjadi insan yang paling sufi di muka bumi ini. Jika saya tahu esok saya akan mati, sudah tentu sekarang saya tidak berada di sini untuk menulis blog. Namun semua itu tidak akan berlaku...kita tidak tahu bila masa mati kita akan sampai kerana Allah sentiasa ingin memberi peluang untuk hambaNya menikmati kehidupan ini sebaik mungkin. Nikmatilah hidup ini selagi ada. Beribadatlah sebaik mungkin selagi anda diberi nafas untuk beribadat kepadaNya. Bekerjalah sebaik mungkin selagi anda diberi peluang untuk bekerja kerana bekerja itu sebahagian daripada ibadat.

Oh yaa..minggu hadapan cuti sekolah. Kami akan pulang ke Kedah untuk melawat sanak-saudara. Ya, lawatilah sanak saudara selagi mereka masih ada di muka bumi ini. 


Wednesday, 20 March 2013

Research Niche

Baru selesai sessi brain-storming. Agendanya adalah untuk mengenalpasti research niche school. Motifnya jika ada yang bertanya what's your school research niche? Maka ada jawapan yang lebih specific untuk diberi. Mereka merujuk kepada model top business schools di Malaysia, Harvard, Yale, Cranfield and London Business School. Sangat sukar untuk menggabungkan kepakaran masing-masing untuk membentuk hanya satu research niche. What I have learned before, during my marketing class, niche means a distinct segment of a market. Niche bring you to be unique. But before that, definitely you have to go through the development process of being 'unique'.

Saya masih ingat lagi ketika saya memohon tempat untuk PhD. Perkara pertama yang saya lakukan adalah mencari universiti yang menawarkan bidang kepakaran yang saya inginkan. Ada universiti yang bagus dan ternama, tetapi tidak menawarkan kepakaran yang saya inginkan. Jadi saya memilih universiti tidak ternama, namun mempunyai kepakaran yang dikehendaki. Secara relatif ini sangat kompetitif. Begitu juga prosess memilih research niche. Kita mesti tahu apakah ia satu keperluan? Mampukah resource yang sedia ada memenuhi keperluan ini? Yang nyata sekarang, untuk mengenal pasti research niche di kala masing-masing dengan agenda multi-disciplinary, pasti ia mengambil masa yang panjang dan pelbagi faktor perlu diambil kira. 

Saya tidak pasti adakah research niche ini akan menyekat kemampuan researcher untuk terus berkembang?  Atau ada mekanisma lain yang boleh digunakan mengukur dan memantau perkara ini? Saya berharap apa yang dikejar kita dapat, dan yang dikendong juga tidak berciciran

Tuesday, 5 March 2013

VAT 69

Kelmarin saya post isu geran penyelidikan. Dan isu pencerobohan Lahad Datu ada juga kaitannya dengan geran. Isu 'pajak' dan 'serah'. Walau apa kesudahannya, ada nyawa pejuang kita sudah terkorban.  Hati saya terkesan apabila melihat si balu dan anak-anak menangis hiba kehilangan suami dan ayah. Namun, kematian mereka tidak sia-sia. Mereka rebah diperbatasan mempertahankan negara. Merekalah wira kita!

Tahun lalu semasa mengikut program TAZAIC, kami peserta berpeluang bertemu dengan bekas VAT 69. Pada mulanya saya tidak tahu apakah VAT 69. Siapa mereka? Apa sumbangan mereka? Takkala melihat cereka pendek yang ditayangkan tentang para komando ini, air mata saya mengalir laju. Sahabat di sebelah saya menghulurkan tisu. Kemudiannya kotak tisu bergerak dari satu tangan ke satu tangan. Ya..bukan saya seorang sahaja yang terkesan melihat cereka pendek VAT 69, peserta lain juga terkesan. Meremang bulu roma melihat mereka mempertahankan negara walaupun ianya hanya lakonan semula. Tetapi ini lakonan dari kisah benar. 

MasyaAllah, mereka di depan mata berkongsi pengalaman semasa menjadi VAT69. Kagum saya melihat mereka. Ada di antaranya datang bertongkat kerana kecederaan yang di alami semasa bertugas. Ada yang hilang sebelah matanya. Saya tabik hormat kepada mereka. Mereka sangat berpengalaman sehinggakan melihat pada bintang di langit, mereka tahu waktu sekarang jam berapa. Tepat!! Mereka sangat berkemahiran, melihat pada keadaan sekeliling hutan, mereka tahu di mana laluan musuh. Sangat taktikal! Sangat survivor! Semangat juang masih terpancar di kala  mereka bercerita walaupun sudah lama tidak memegang senjata. Apatah lagi kepada mereka yang kini berjuang di Lahad Datu. Sudah pasti semangat mereka mempertahankan negara berkobar-kobar dan tidak luntur dek penceroboh.

Saya membayangkan kita di sini enak menjamah makanan yang enak, mereka di perbatasan belum tentu dapat makan. Mungkin hanya pucuk kayu dan air hujan mungkin menjadi sajian. Kita di sini tidur lena dibuai mimpi, bertilam empuk, mereka di perbatasan mungkin berdiri tidurnya ditemani langit dan bintang kejora. Saya membayangkan jika saya terdampar di sebuah tempat yang bergolak, bagaimana saya ingin mempertahankan diri? Saya tiada sebarang skill untuk mempertahankan diri. Saya tiada sebarang skill untuk membaca peta dan kompas. Damn, salahkan teknologi. Mana mungkin navigator berfungsi jika sesat di hutan belantara. Saya hanya tahu teruja melihat action movie di TV, tetapi saya tidak pernah terfikir untuk mempelajari semuanya itu. Masih belum terlambatkah untuk belajar? Mungkin saya perlu pergi ke MPH untuk membeli buku cara membaca peta. Mungkin saya perlu sertai kelas menembak? Atau saya hanya perlu berdoa negara ini aman damai dan sejahtera. Ya...sentiasa berdoa. Ya Allah Kau Rahmatilah bumi ini.