Wednesday, 25 January 2012

PhD-Supervisor & Supervisee Relationship

Cuti CNY kali ini kami balik ke Alor Setar, hadiri kenduri kahwin Aina (sepupu) dan pasangannya Jay.
Photo: Wedding Aina & Jay, Alor Setar Kedah.

Di kesempatan ini saya sempat berbual dengan Sabri (suami sepupu) yang bakal menjadi pelajar PhD di UM. Sebelum ini beliau bercadang untuk melanjutkan ijazah kedoktoran di luar negara, namun atas sebab-sebab tertentu akhirnya universiti tempatan juga menjadi pilihan beliau. Dan yang menarik universiti Sabri bekerja hanya membenarkan beliau melanjutkan pengajian di universiti tempatan yang mendapat status 'research university' sahaja. Beliau tiada banyak pilihan kerana sains politik hanya ditawar di UM dan USM (research university). Dan beliau juga menghadapi masalah untuk mencari penyelia yang sesuai dengan kajian yang bakal dijalankan. Komen beliau sehingga kini belum menerima surat tawaran dan beliau telah diminta untuk memperbaiki proposal terlebih dahulu. Beliau merasakan ini satu bebanan, bagi saya ini adalah procedure yang baik sebelum diterima-layak sebagai pelajar PhD. Saya mengakui tidak semua proposal akan diguna-pakai kelak, namun sebuah proposal yang baik adalah landasan kepada kajian PhD anda seterusnya. Dari proposal yang baik, pihak pengurusan dapat menyediakan penyelia yang sesuai dengan kajian kita. Dari porposal yang baik juga, kita dapat menilai sama ada seseorang candidate itu 'bersedia' untuk memikul tanggungjawab sebagai pelajar PhD.

Di University of Hull, jika porposal anda tidak memenuhi criteria untuk melayakkan anda sebagai PhD candidate, anda terlebih dahulu akan di offer Master in Research selama setahun (new route to PhD) dan jika LULUS, kemudian baru anda akan diberi tawaran melanjutkan tawaran ke peringkat ijazah kedoktoran. Seterusnya, dalam tempoh setahun selepas itu anda sekali lagi perlu LULUS beberapa modules & defend proposal bagi melayakkan anda untuk teruskan pengajian PhD anda. Jadi tahun pertama merupakan tahun kritikal. Jarang berlaku kegagalan di dalam defend proposal. Namun, ada juga yang gagal melayakkan diri ke tahun seterusnya apabila gagal memenuhi kehendak internal examiners, research degree committee dan supervisors. Ini adalah kes terpencil, tetapi berlaku kepada pelajar kita yang ditaja ke luar negara. Punca? Hubungan pelajar terbabit dengan supervisor 'tegang'. Jika hubungan beliau dengan supervisor baik, saya merasakan supervisor akan menyokong beliau semasa defend proposal dilakukan. Jadi jangan adakan masalah dengan supervisor anda. Jika pengajian anda ditaja pihak tertentu, kegagalan seperti ini akan menimbulkan banyak kesulitan walaupun masih diperingkat awal pengajian.

Jadi nasihat saya kepada Sabri, jagalah hubungan baik dengan bakal supervisor walaupun kadangkala tidak semua perkara kita bersetuju dengan supervisor. Dan yang paling penting, hormatilah dia sebagai 'guru' walaupun pada hakikatnya sebagai contoh kita sudah pun menjadi senior lecturer atau menjawat jawatan tertinggi di penjawat awam. Sebagai PhD candidate, harus dibuang status seniority jauh-jauh, ikutlah resmi 'padi semakin tunduk semakin berisi'. InsyaAllah tidak rugi. Sebagai PhD candidate, harus dibuang rasa ego apabila dikritik, jadilah seperti 'alah bisa tegal biasa', InsyaAllah kita akan lebih memperbaiki diri. Letaklah diri anda sebagai orang yang ingin menimba ilmu dan yang paling baik, berkawanlah dengan supervisor anda secara profesional. Pengalaman saya, jika kita menghormati supervisor, InsyaAllah mereka juga akan menghormati kita. Tunjuklah cara profesional anda apabila bekerja supaya supervisor anda lebih percaya dan yakin untuk terus bekerja dengan anda.

Baru-baru ini saya menerima hamper dari pelajar DBA saya sempena my new born. Saya harap mereka ikhlas dengan hadiah tersebut bukan sebaliknya. Suami saya berseloroh 'student you nak bodek you lah tuh'. Saya harap mereka tidak mengamal budaya bodek sebegitu. Saya berharap mereka bersikap profesional terhadap saya walaupun saya baru beberapa bulan kembali bertugas di sini. Saya cuba menanamkan keyakinan bahawa pelajar saya ikhlas untuk berguru. Saya harap mereka menghormati saya sebagai guru walaupun kebanyakan mereka adalah lebih berusia dari saya. Banyak perkara yang saya ingin belajar dari mereka kerana pembelajaran yang berkesan adalah dari penghayatan dan kesinambungan dari orang disekeliling kita. Jadi sebuah kelas yang baik dan produktif bukan bergantung kepada pensyarah dan module pengajaran sahaja tetapi juga bergantung kepada siapa yang ingin belajar.

Semester kedua akan bermula tidak lama lagi. Saya teruja kerana diberi subjek baru untuk diajar pada semester ini. Namun dalam keterujaan itu, ada juga sedikit gementar setiap kali diminta mengajar subjek baru. Semoga dipermudahkan.


Wednesday, 18 January 2012

Empat Tahun Laaa..

13 Januari yang lalu, genap usia Mohamad Ilham Aydin 4 tahun. This year, on the Friday 13th. Ada yang takut pada hari tersebut. Phobia or fear on the day-FRIDAY & the date 13th, ada yang berangapan ianya 'unlucky'. Ini salah satu propaganda sebenarnya. Namun bagi saya semua hari adalah baik. Tiada hari yang tidak baik jika kita laluinya dengan hati yang tenang dan gembira. Begitu juga Aydin, tiada hari yang tidak ceria dalam hidup dia. He born to be a cheerful person. Dia sangat mudah diurus. For the past four years, dalam kegelutan saya menyiapkan PhD, Aydin sangat supportive. Dia jarang sakit, dia sangat memahami waktu belajar dan bekerja saya. Semangat dan sokongan dari Aydin banyak menyumbang kepada kejayaan PhD saya.

Photo: Dulu hanya saya dan kakak.

However, sejak ada adik 'peel' dia sedikit berubah. Cepat merajuk...cranky..protest. Satu perubahan sementara yang harus diterima oleh kami sekeluarga. Aydin inginkan perhatian sebenarnya. Apakan daya, tangan Mummy nya hanya dua...kadangkala 'terabai' jugalah si abang dek kesibukan Mummy mengurus si bayi kecil. InsyaAllah, akan diperbaiki kelemahan diri Mummy ini.
Photo: Gemar dipujuk (contoh muka apabila merajuk).

Bila ditanya apa present yang dia mahu for his birthday, dia hanya tersenyum simpul. Belum pandai untuk request. Jika soalan yang sama ditanya kepada Arissa, fuhhhh alamat berjela hadiah yang diminta. Kami bercadang untuk hadiahkan dia mainan Ultraman. Kisahnya dia teramat berkenan dengan mainan ultraman di nursery. Sehingga setiap hari 'dipinjam' dibawa pulang ke rumah, walaupun Ultraman tersebut sudah tercabut sebahagian badan. Saya dan suami tertanya-tanya, apalah hebat sangat sang Ultraman tersebut. Sehingga saat ini kami belum mendapat jawapan. Cuma semasa di UK, tiada ditayang siri perang antara raksasa dan ultraman di TV. Agaknya apabila Aydin melihat aksi gagah Ultraman melawan raksasa di TV Malaysia, dia pun menjadi teruja dengan ketangkasan dan keperwiraan Ultraman! Itu yang dia tiba-tiba jatuh hati dengan Ultraman. Itu andaian kami. Sebelum ini, mainan/toy kegemaran dia adalah Woody & Buzz. These two things akan diheret ke mana saja. Naik bas? Naik kereta? Naik kapal terbang? Dengan kata lain...ke mana Aydin pergi, kami kena heret 'mereka' bersama. Tetapi sejak cinta Aydin beralih arah...kedengaran 'I don't like Woody'..amboi..amboi..habis madu sepah dibuang.

However, setelah difikir kami akhirnya membatalkan hasrat untuk menghadiahkan patung Ultraman kerana beberapa faktor. Oleh itu, sehingga hari ini, birthday present Aydin belum di redeem. InsyaAllah, akan diusahakan pemberian hadiah yang sesuai untuk Aydin sempena 'empat tahun laaa'. Sebenarnya ada hadiah yang paling berharga for his birthday this year. Apakah? Iaitu -KESIHATAN YANG BAIK, sembuh dari demam & batuk. Early this year the whole family except baby and me got viral infection. Poorly them..
Photo: Early Spring 2011, Hull City Park.

Beberapa hari yang lalu they're getting better. Now, Aydin, Arissa and Mr Daddy seemed fully recovered. Dan Aydin kembali ceria and cheeky. Ya...dan itulah hadiah paling berharga for Aydin's birthday. Alhamdulillah.


Sunday, 8 January 2012

901 Kembali Bersiaran

Bersawang dan berhabuk 'rumah' maya saya ini. Bukan tidak online, setiap hari pasti online cuma waktu berblogging sangat terbatas. Niat untuk membaca blog-blog kegemaran pun banyak yang tertunda. Sibuk unpack barang, sampai ke hari ini masih ada kotak yang belum dibuka. Sibuk dengan tugasan baru, belum habis maternity leave sudah diminta 'bekerja'. Sibuk dengan pengurusan sekolah anak-anak, hingga ke hari ini mereka masih rindui sekolah di England. Si kakak dan abang yang dulunya montel kini kian susut tubuh badan mereka. Dua beradik itu jarang jatuh sakit ketika di England, kembali ke sini lain pula keadaannya. Barangkali mereka perlukan masa untuk sesuaikan diri dengan cuaca Malaysia. Dan saya juga sibuk dengan bayi kecil ini. Tidak ada rasa sedikit jemu pun untuk membelai Mohamad Ilham Asyraf, yang kini kian galak tersenyum bila diagah.

Di luar sana orang sibuk berbicara soal 901. Keputusan mahkamah hari ini berikutan kes AI juga bakal memperlihatkan kepada umum fenomena baru, positif atau sebaliknya badan kehakiman negara. Tetapi saya di sini tidaklah sibuk ingin mempersoalkan 901. Biarlah mereka yang berminat serta arif untuk membincangkan soal 901. Bagi saya 901 adalah tarikh saya mula kembali bersiaran di blog. Wohaaa!

Sudah 9 hari kita di tahun 2012. Tahun 2011 kita tinggalkan dengan pelbagai ceritera. Semua peristiwa yang berlaku sudah menjadi kenangan dan sejarah. Ya, 2011 banyak perkara penting yang berlaku dalam kehidupan saya sebagai hambaNya. Banyak kenangan manis yang ingin dikenang selamanya dan ada juga sejarah hidup tercipta pada 2011. Berjaya menamatkan pengajian PhD dalam tempoh umur sasaran, ini merupakan detik sejarah dalam hidup saya. Kelahiran anak ketiga juga merupakan kenangan terindah bagi saya. Semuanya rezeki dariNya.

Sebenarnya saya tidak sabar untuk melalui kehidupan routine di Malaysia dengan lebih teratur. Mengakui hakikat kehidupan di sini sangat 'sibuk' tetapi saya berazam untuk menguruskan kehidupan di sini sebagai seorang isteri, anak, ibu, pekerja dan kawan dengan sempurna, adil dan saksama. Saya tidak ingin melihat insan-insan yang saya sayangi terasa terabai dek kesibukan mengejar arus kesibukan di Malaysia. Namun, impian murni saya ini tidak akan tercapai tanpa sokongan dari mereka. Saya perlukan TANGGUNGJAWAB SOSIAL bersama untuk merealisasikan impian saya untuk menjadi insan yang berguna serta disayangi mereka.

Tuesday, 18 October 2011

Colours of the Autumn and Us

November is approaching. Now, it is autumn in England. I love the autumn very much. The falling yellowish and reddish leaves onto the ground are pretty wonderful. When steps onto the fallen leaves on ground, you can hear the sweet 'sounds'. The sound with its on melodies. No hi-tech percussion instrument to provide the tremendous melody...its naturally comes from the Earth- the dried leaves, the air...the fresh and clean environment. We used to go to the Pearson Park, hand in hand with the kids, just to enjoy the beautiful scenery. Very relax and cool, that's autumn in Hull. We missed autumn in Hull so much.

This November we are here in Malaysia. InsyaAllah, we will listen to a sweet 'sounds' too. The sound of little baby cries. We are expecting to have a new members coming into the family. Arissa & Aydin know that they'll have a little brother very soon. They are very excited but Arissa always express her worries IF the doctor not treat me well during my labour. She've seen on UK's TV programme how the doctor did the cesarean and pull the baby out. She asked whether the doctor will do the same thing to me. I said YES to her (easy for me to help her understand the process of delivery-she just 5 yrs old, so very hard to explain everything in details), tho. my last two were normal delivery. I hope to also have a normal delivery for this third pregnancy. My EDD is 11.11.11 but I doubt it will be on time. I'm now walking like 'penguin'...lying down like a whale. Funny me! Can't wait to get rid of it. But my husband said 'you'll miss the beauty' of being pregnant in few weeks. Yer laaaaa tuh..Easy said than done. Photo: My sweet & caring Arissa enjoy herself playing with the maple leaves

However, Alhamdulillah, syukur to Allah s.w.t because He gives me the opportunity to carry this baby easily (no complication at all till this 37 weeks). Allah gives me a chance to feel the pain of labour (luruh dosa my mum said). So no complaint please. Bukan senang hendak luruh dosa, tambah dosa memang senang (slap my forehead).

Photo: Arissa & Aydin feeding the pigeons and ducks at the Pearson Park, Hull.

Feeling of an excitement still the same as my first baby. But the preparation for this new addition is very simple. We plan it this way as we learn from our past experience. My mum already warned me. Don't buy unnecessary things as I used to over spend during my first baby.

Perhaps my work load in the office is getting more and more. No time to think of going out shop for baby's stuffs. They know that I'll have my 3 months maternity leave very soon. So, in advance they loaded me with the works. My boss already highlighted that in my department we need to involve in 2 AJK and 2 publications in a year (at least). So I bet I'll only have 44 days of confinement...the rest WFH. Tonite, my RM students will have their first quiz. I hope I could finish marking their quiz before my delivery. Life is full of 'kerja'....that's our autumn in Malaysia.

Lets enjoy this kind of 'autumn' in Malaysia as life is very short. So make use what ever that you have.. to the fullest. Please pray for me, to have a safe delivery. InsyaAllah.

Photo: Colours of autumn- November 2010

Note:
AJK - ahli jawatan kuasa
WFH - work from home
RM - Research Methodology

Monday, 3 October 2011

Kemudahan & Keselamatan

Pagi tadi saya ke sebuah bank untuk melakukan beberapa tranksasi perbankan. Teratur dan sistematik suasana di dalam bank. Kagum! Mungkin saya pelanggan terawal jadi keadaan masih terkawal. Namun saya masih perlu menunggu lebih 3o minit untuk satu urusan. Sebenarnya saya hanya ingin memindahkan sejumlah wang dari akaun saya ke akaun suami. Bank menghadkan jumlah maksimum yang dibolehkan untuk pemindahan dari akaun saya ke akuan lain. Saya akur kerana ianya penting bagi faktor keselamatan wang simpanan anda. Zaman sekarang pelbagai cara orang boleh 'mencuri' wang anda walaupun ianya disimpan di bank. Kerani di kaunter mengesan cap jari saya melalui sistem dan beliau juga meminta saya menurunkan tandatangan. Malangnya tandatangan saya kelihatan sedikit berbeza dari tandatangan saya semasa membuka akaun di bank kurang lebih 10 tahun yang lampau. Jadi mereka mengambil masa untuk membuat pengesahan dari cawangan bank di mana akaun saya mula dibuka. Saya tertanya-tanya apakah kegunaan cap jari digital yang telah disimpan di dalam Mykad (butiran peribadi) jika tandangan anda masih menjadi priority untuk sistem perbankan?Kesimpulan di sini kemudahan yang ada di dalam sistem online kita di Malaysia belum seratus-peratus memenuhi keselamatan transaksi perbankan. Jika tidak masakan maklumat di dalam Mykad dinidakkan pihak bank? Atau pihak bank perlu berhati-hati kerana sekarang ramai orang pandai 'menipu' & 'menyamar'? Begitulah keadaannya jika kemudahan first class disediakan untuk masyarakat yang segelintirnya masih ada mentaliti dan attitude third class (e.g menipu & etc.) . Jadi polisi bank yang sepatutnya mudah terpaksa diubah!

Tengahari pula saya ke sebuah hospital swasta untuk berjumpa gynae. Pilihan untuk membuat routine check-up di hospital berbayar bukan tindakan yang bijak sebenarnya. Tetapi saya tiada pilihan lain demi untuk berjumpa pakar sakit puan (perempuan). Saya mahukan doktor perempuan memeriksa kesihatan saya dan bayi dalam kandungan. Pada hakikatnya saya masih diberi kelonggaran (agama) dalam hal-hal kesihatan untuk berjumpa dengan doktor lelaki, namun saya masih merasa malu dan tidak selesa. Saya dimaklumkan taraf perkhidmatan klinik dan hospital kerajaan sekarang mengalami perubahan yang baik. Namun masih ada sedikit kelonggaran dalam implementation menyediakan perkhidmatan kesihatan/perubatan yang baik kepada masyarakat. Contohnya ayah mertua saya under medication for his diabetic. Dan ayah saudara saya juga menjalani rawatan penyakit yang sama, level/status kesihatan yang sama. Kedua-dua mereka sudah pencen sebagai penjawat awam. Namun ubat yang diberikan kepada ayah & ayah saudara berbeza walaupun untuk spesifikasi penyakit yang sama. Reason? Ubat yang lebih baik diberikan kepada penjawat awam mengikut level pekerjaan. Bagi saya ini sesuatu yang tidak wajar. Semua pesakit sepatutnya di treat sama adil, tidak kira orang itu pegawai atasan mahu pun kerani biasa. Tidak perlu berlaku sebarang diskriminasi dalam hal ini. Perkara ini tidak berlaku semasa saya di UK. Walaupun kami hanya mempunyai VISA kemasukan sebagai pelajar, layanan dan khidmat kesihatan/perubatan diberi sama rata malahan ianya PERCUMA. Saya boleh meminta doktor wanita memeriksa saya semasa membuat appointment. Semasa melahirkan anak kedua, layanan 5 bintang dari doktor & midwife diterima dan ianya PERCUMA. Jika di sini saya terpaksa membayar ribuan ringgit untuk menerima layanan sebegitu dan jika ke hospital kerajaan untuk bersalin, terimalah mana-mana doktor yang bertugas untuk merawat anda. Jika tidak bernasib baik anda akan memerima rawatan dari doktor pelatih dan lebih malang anda dijadikan bahan ujikaji. Ini bukan momokan, tetapi cerita benar dari seorang kawan yang pernah bersalin di hospital kerajaan. Selang beberapa minit doktor pelatih lelaki muda datang memeriksa bahagian private beliau sebelum bersalin, hingga beliau merasa sangat malu! Tetapi saya yakin hospital dan klinik kerajaan sekarang sedang cuba menaik-taraf mutu perkhidmatan mereka. Mungkin 10 tahun dari sekarang, layanan taraf 5 bintang dapat kita perolehi dari hospital & klinik kerajaan.

Satu Malaysia!

Thursday, 29 September 2011

Teruja

Malam Rabu yang lalu merupakan kelas pertama yang saya hadiri. Sebenarnya ia adalah kelas pensyarah lain dan saya hanya diminta membantu beliau untuk mengajar kelas tersebut. Saya berasa sedikit janggal kerana rata-rata pelajar yang hadir kurang lebih umur saya dan ada yang sedikit berumur dari saya. Itulah kelazimannya jika mengajar kelas post-graduate. Semester ini mereka meminta saya membantu mengajar kelas Research Methodology (RM) bagi pelajar Master in Business Admin. dan Doctor of Business Admin. Di dalam kelas pelajar master saya dapati mereka memberi kerjasama di dalam kelas, walaupun ada yang masih kelihatan takut-takut untuk melontarkan pandangan dan buah fikiran bila diajukan soalan. Jadi ia tugas pensyarah untuk 'menghangatkan' perbincangan. Bila ditanya ada soalan tambahan? Mereka akan menyoal soalan yang berkisar topik dan tidak lebih dari itu.

Pembelajaran yang kreatif dan inovatif seharusnya melebihi apa yang pensyarah sampaikan di dalam kelas. Thinking out of the box. Suasana pembelajaran sebegini akan lebih menarik sebenarnya. Saya masih teringat, module RM yang pernah saya ambil di tahun pertama pengajian PhD saya. Pensyarah hanya meng-upload nota di e-bridge (merupakan portal maklumat pensyarah dan pelajar) dan di dalam kelas, beliau hanya highlight perkara penting. Jika anda tidak bersedia di dalam kelas, sudah pasti anda ketinggalan. Kesimpulannya, kami harus cuba memahami sesuatu topic terlebih dahulu sebelum berada di dalam sesebuah kelas. Sememangnya anda akan berasa teruja melihat kawan-kawan anda memberi pandangan. Colleague saya dari US sentiasa mendahului yang lain. Jika dia diberi peluang bercakap, seolah-olah dia mahu bercakap sehingga kelas berakhir. Mereka tidak berasa malu atau takut, walaupun kadang kala apa yang diucapkan itu tidak semuanya berasas. Tetapi mereka mencuba dengan berani! Budaya sebegini saya masih belum dapat dilihat di dalam kelas hari Rabu yang lalu. Mungkin faktor bahasa? Atau mungkin ini baru kelas permulaan? Tunggu. Mungkin saya akan lebih teruja dengan para pelajar postgraduate di Malaysia.

Sunday, 18 September 2011

Kenduri Kahwin

Dalam tempoh sebulan sekembalinya kami ke Malaysia, ada beberapa undangan kenduri kahwin telah diterima. Tetapi kami hanya berkesempatan memenuhi jemputan dari ahli keluarga terdekat. Banyak juga jemputan rumah terbuka sempena sambutan Aidil-fitri tetapi tidak semua dapat dihadiri. Melihat keadaan ini, saya merasakan betapa mewahnya rakyat Malaysia jika dibandingkan dengan negara-negara yang rakyatnya mengalami kebuluran. Kita di sini di sajikan dengan hidangan yang lazat, kadangkala tidak termakan sedangkan ada insan yang menderita kelaparan. Kita patut bersyukur walaupun ekonomi Malaysia turun dan naik, rakyatnya masih dapat makan dan minum.
Photo: Hubby's cousin wedding-Nini (Kedah)

Namun, melihat suasana kenduri kahwin masa kini ianya jauh berbeza dari dahulu. Saya berkahwin pada tahun 2005, namun kelihatan ada perbezaannya zaman saya berkenduri-kahwin dengan sekarang. Perbezaan paling ketara ialah pemberian bunga telur kepada tetamu sebagai buah tangan. Menjadi trend masa kini bunga telur tidak lagi menjadi buah tangan kepada tetamu. Sebaliknya tetamu diberi buah tangan lain seperti kek, gula-gula, atau souvenier kecil seperti sapu tangan atau mug. Tetapi bagi saya yang agak conservative or maybe old fashion, lebih menyukai pemberian bunga telur kepada tetamu. Ianya satu tradisi yang patut dikekalkan. Hilang seri jika majlis perkahwinan tiada bunga pahar dan manggar. Kata orang tua, bunga telur itu adalah satu simbolik terhadap sesebuah perkahwinan. Telur melambangkan permulaan sesebuah kehidupan baru. Sebiji telur akan menetas dan akan berlaku kehidupan baru dan seterusnya. Photo: My cousin's wedding-Atiqah (Penang)
Walaubagaimana pun bagi bakal pengantin, mungkin mereka merasakan budget sebiji telur adalah lebih mahal dari beberapa biji gula-gula. Ya, saya setuju buat apa berbelanja lebih untuk kenduri kendara. Lebih baik wang disimpan untuk kegunaan selepas berkahwin kerana banyak lagi perkara penting yang perlu dilangsaikan setelah menjadi suami isteri. Namun, ada juga yang berkira dalam hal-hal tertentu, tetapi tanpa disedari membazir di dalam beberapa perkara. Contohnya menempah berhelai-helai baju persalinan untuk bergambar in door dan juga outdoor yang menjadi trend pasangan pengantin masa kini.

Berpada-padalah dalam urusan mengadakan kenduri kahwin. Janganlah adat dan adab yang elok dan manis dilupakan, tetapi budaya perkahwinan barat diaplikasikan untuk memenuhi trend masa kini. Janganlah selepas majlis kenduri ada yang mengikat perut berbulan-bulan untuk membayar hutang. Betul kata sahabat saya tuan Fakirfikir @ fakirfikir.blogspot.com, 'dunia memang kecil, yang payahnya bila nafsu besar' komen beliau. Ini sangat significant dengan kenduri kahwin, majlis perkahwinan itu adalah baik jika bersederhana, tetapi yang payahnya bila nafsu kita mempunyai nafsu yang besar!

Saya merindui majlis kahwin yang diadakan secara bergotong-royong. Jika di sebelah utara, orang yang datang menolong mengangkat dan menghidangkan makanan kepada tetamu dipanggil 'mentara'. Sekarang bukan sahaja di bandar, di kampung-kampung pun sudah kian hilang budaya gotong-royong untuk kenduri kahwin. Kebanyakan orang sekarang mengupah caterer. Sebenarnya budaya gotong-royong ini dapat merapatkan silaturahim, bak kata pepatah ringan sama dijinjing, berat sama dipikul. Tapi apa boleh buat, budaya ini kian luput ditelan zaman.