Friday, 2 September 2011
Salam Lebaran 2011
Tuesday, 2 August 2011
Ramadhan Terakhir
Dalam konteks sebagai pelajar PhD juga, banyak yang boleh dinikmati ketika bulan Ramadhan. Jadikan bulan ini sebagai bulan penuh untuk bangun solat malam memohon dari Allah supaya dipermudahkan urusan PhD. Dan selepas solat malam, boleh teruskan menulis kerja-kerja PhD, InsyaAllah anda akan berasa sesuatu 'kelainan'. Itulah berkat Ramadhan Kareem.
Kami akan merindui suasana berpuasa di sini. Walaupun tiada 'moreh' selepas solat sunat terawikh tetapi di sini imam akan membaca satu juzuk Al-Quran pada setiap malam. Dan terawikh diadakan dua kali pada setiap malam. Itu lebih berharga. Walaupun tiada ayam golek, cincau bandung, kuih tepung pelita etc, tetapi memasak juadah dari air tangan sendiri untuk hidangan berbuka kepada keluarga, itu lebih bermakna. Sebenarnya walau di bumi mana pun kita berada, Ramadhan tetapi sama cuma penghayatannya yang berbeza. Jadi ianya terpulang kepada kita untuk merebut ganjaran bulan ini.
Semoga Ramadhan kali ini lebih baik untuk kita dari segi penghayatan dan amalan. InsyaAllah.
SALAM RAMADHAN UNTUK SEMUA!
p/s 1 Ogos, hari lahir arwah abah saya. Bila tiba Ramadhan memang sangat teringatkan arwah. Saya kagum bagaimana arwah menjadikan bulan Ramadhan sebagai bulan untuk lebih bersedekah. Semoga amalan bersedekah & menderma arwah semasa beliau hidup diterima Allah. Al-fatihah untuk allahyarham.
Wednesday, 20 July 2011
Sujud
Monday, 18 July 2011
Bias
Friday, 8 July 2011
Peliharalah Mereka
Tuesday, 14 June 2011
Zahir Tak Terucap
Mak saya dulu garang juga orangnya. Kami dulu jika tak siap atau selesai kerja rumah, jangan harap boleh melangut untuk tengok TV senang-lenang. Tetapi dengan cucu-cucu, alahaiiiiiiiii....dibelai-belai, tak garang langsung! Dengan adik bongsu saya pun Mak saya sangat berlembut. Saya dan adik perempuan, selalu tak puas hati sebab takut adik bongsu naik lemak. Adakah bila kita sudah berumur, karektor kita juga turut berubahkah ? Agaknya itu yang orang selalu kata darah muda ya? Baran memanjang.
Zahir tak terucap apabila emak saya mengeluarkan sehelai baju kegemaran arwah Abah dari luggage dan berikan kepada saya. Rasa hendak menangis, tetapi cuba buat-buat cool. Dan buat-buat tanya 'mak nak chek simpan baju Abah nie?' Saya tahu emak rindu Abah..dan emak tahu saya juga rindu pada arwah. Dalam hati berbisik, jasad tidak sampai ke rumah saya di sini, namun sehelai baju batik Solo kegemaran arwah sampai jua ke sini. Cukuplah...melepas rindu. Kenapa kita akan bertambah rindu bila mengenangkan orang yang sudah tiada? Kenapa kita akan bertambah rindu mengenangkan masa-masa yang lalu (kenangan yang manislah..yang pahit..siapa nak kenang bukan?) Bila kita akan berhenti merindu? Yang pasti kita harus memburu rasa rindu pada Ilahi. Itu sudah pasti tidak akan terhenti di sini.