Tuesday, 18 August 2015

Kamus Lama-It's Up To Me

Sudah di pertengahan bulan Ogos. Tak lama lagi sambutan hari Merdeka! Selang beberapa hari selepas itu semester baru akan bermula. Haiiii....terasa macam baru je habis marking final exam paper. Banyak perkara perlu dibuat sebelum bermulanya semester baru. Antaranya mengemas nota-nota pengajaran, itu dan ini dan yang paling penting kemas bilik! Dah macam kedai jual buku terpakai bilik nie. Yang mana patut dibuat harus dibuang di recycle kita kumpul ke tepi.

Dalam sibuk mengemas, saya terjumpa sebuah kamus lama milik saya. Kamus Dwibahasa Oxford Fajar. Lama ia disimpan rapi. Dari sekolah menengah hingga ke PhD saya usung kamus tersebut. Walaupun zaman PhD sudah ada online dictionary tapi saya tetap setia mengusung kamus tersebut. Kalau ada pepatah 'raja dan rakyat berpisah tiada' dalam kes ni, 'saya dan kamus berpisah tiada'. Sayang sangat! Nak tahu kenapa?

Ada nukilan keramat di situ. Ia menjadi salah satu perangsang buat perjalanan hidup saya. Setiap kali membaca bait-bait kata nukilan tersebut..zappppppppppppppppp jantung terus berkobar-kobar. Saya sudah lupa di mana saya kutip nukilan tersebut, tetapi author asalnya James J. Metcalfe. Izinkan saya kongsi di sini, tajuknya "It's Up To Me".

I get discouraged now and then
When there are clouds of gray,
Until I think about the things
That happened yesterday.
I do not mean the day before
Or those of months ago, 
But all the yesterdays in which
I had the chance to grow.
I think of opportunities
That I allowed to die,
And those I took advantage of
Before they passed me by.
And I remember that the past
Presented quite a plight,
But somehow I endured it and 
The future seemed all right.
And I remind myself that I 
Am capable and free,
And my success and happiness
Are really up to me.


Dua baris ayat terakhir dalam puisi? sajak? di atas really made me as what I am now! Itu adalah sebahagian nukilan yang saya tulis copy paste di atas ruang-ruang kosong muka surat kamus lama. Ada beberapa nukilan lagi. Saya kongsi lain kali.

Friday, 7 August 2015

Sepi Itu Indah

Macam tajuk novel. Blog ini sudah lama sepi. Tetapi tidak indah. Kehidupan kita kadangkala sama seperti cerita novel. Namun realiti kehidupan sebenar jauh tersasar dari cerita dalam novel. Pejam celik, mak aiiiii...lebih setahun tak jengah sini. Kadang kala ada benda nak dikongsi, tapi tak tertulis. Akan diusahakan untuk terus menulis di sini, InShaAllah. Doakan saya diberi kelapangan untuk menulis di sini ya.

Sebagai rumusan apa yang berlaku sepanjang tempoh sepi, mari kita cuba jawab soalan:

1. Anda suka kerjaya anda?
Suka.

2. Kenapa anda suka kerjaya anda? Beri 1 sebab mutlak.
 Saya suka kongsi. Kongsi ilmu dan idea. Bukan kongsi suami...hahhhhhaaaa.

3. Adakah anda pasti berada di laluan kerjaya yang betul?
Soalan ini susah nak jawab. Sebab setiap kali tukar boss, aspirasi pun bertukar, KPI pun bertambah. Dulu WAJIB 2 publications setahun. Sekarang 12 publications setahun. Apakahhhhhhhhhhhhhh? Emmmm...susah nak tafsir aspirasi boss-boss hebat nie. Jadi kita positifkan diri. Tak guna pun lawan cakap boss. Nanti kena buang dari ahli majlis...opsssss!

4. Anda bahagia dengan kehidupan peribadi anda?
Alhamdulillah. Bahagia sangat! Ingat-ingat ya...rasa bahagia itu juga rezeki dari Allah. Jadi bersyukurlah selalu. Oh yaaaaaaa...bersyukur juga dapat tambah ahli keluarga baru. Actually, bukan baru sangat, sudah 9 bulan pun umur budak kecik ini.


5. Anda sibuk dengan kerjaya anda atau kehidupan peribadi anda?
What kind of question is this?? You should not ask this type of question to a working mum! Of course I wanna have work-life balance (jawapan selamat). 


Jadi 5 soalan di atas jika dianalisa akan menjawab episod sepi blog ini. Tapi jawapan yang paling TEPAT untuk merumus dan menjerumus ke arah long hiatus adalah soalan 3. Bak kata orang zaman sekarang, 'tak terkejar beb!'....tengah 'kipidap'. 

ALLAHUMMA YASSIR WALA TU’ASSIR



Thursday, 13 February 2014

Syukur

Syukur. Bersyukur. Mensyukuri. Alhamdulillah.

Syukur. Permulaan quarter pertama tahun kuda kayu (wood horse) bermula dengan agak sempurna. Diberi kesihatan yang baik, walaupun kadang-kala sakit urat sendi petanda ageing. Duit di bank tidak bertambah, makin susut ya! Kerana hidup di salah sebuah bandar yang dinobatkan sebagai place with high cost of living. Kerjaya pula makin mencabar kerana pelbagai polisi baru. Terasa ingin merungut. Tetapi lupakan saja, kita hanya perlu rasa syukur kerana masih diberi peluang untuk berdiri teguh di sini.

Kini sudah di pertengahan Februari. MasyaAllah, pantasnya masa berlalu. Seperti baru semalam tamat semester I, minggu hadapan semester baru akan bermula. Belum sempat berehat, minggu hadapan kelam-kabut pula. Tapi bersyukur, sekurang-kurangnya saya ada kerja untuk dibuat. Ada orang tidak tahu untuk berbuat apa-apa. Jadi ramai yang buat kerja yang bukan-bukan dan fikir perkara yang bukan-bukan. Mereka perlu diingatkan dengan surah Al-Asr yang bermaksud :
           “Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman  dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.” (Al-Asr : 1 – 3).


MBA students- November 2013.

Disember lalu saya ke Bangalore, India. Itu pertama kali saya menjejaki India. Saya berpeluang melihat keadaan sebenar India. Incredible India! Saya datang dari negara yang sedang membangun. Saya pernah tinggal di negara maju. Jika di sini ada orang tidak dapat makanan, di sana mungkin 100 orang dan lebih tidak ada makanan. Di sini ada orang bergelandangan, di sana satu keluarga menjadi gelandangan. Bukan hanya satu keluarga, malah ramai keluarga hidup bergelandangan. Apabila melihat India, saya mensyukuri nikmat yang saya perolehi di Malaysia. Walaubagaimana pendapat umum (positif atau negatif) berkaitan Malaysia, saya tetap mensyukuri nikmat menjadi rakyat Malaysia.


Bangalore Palace-December 2013.

Monday, 25 November 2013

Rezeki Hujung Tahun

Minggu ini saya terima dua surat daripada pejabat penyelidikan universiti. Satu berita sukacita dan satu lagi berita dukacita. Yang mana satu hendak dikongsi? Suka atau duka? Kedua-duanya ada implikasi.

Geran RUI (internal grant) saya ditolak. Sedih. Isunya masih sama metodologi tidak jelas dan gantt chart tidak selari dengan metod. Tidak pulak mereka menolak idea kajian yang diusulkan. Secara kasar buah yang dipilih nampak sedap, tetapi pisau pemotong belum cukup tajam. Arrghhhhhh...saya kecewa kerana ini topik kesukaan saya. Topik berkaitan WANITA.

Geran FRGS (external grant) saya diterima KPM. Alhamdulillah. Sistem MyGrants dari KPM agak rumit. Saya bersengkang mata untuk menyiapkan kertas cadangan dan menghantar topik ini untuk dinilai. Penilaian dilakukan pelbagai peringkat. Penat menunggu keputusan, akhirnya ia berbaloi. Topik ini bidang saya suatu ketika dulu. Tapi sebenarnya saya kurang berminat untuk melakukan kajian topik ini. Namun, memandangkan seorang PhD student saya baru memulakan kajian ini, niat awal saya menulis kertas cadangan ini adalah untuk membantu PhD student saya. Niat saya dengan geran yang diperolehi, dapatlah sedikit sebanyak menolong beliau dalam pengumpulan data nanti. Mungkin niat menolong itu baik...jadi Allah perkenankan usaha kecil ini, walaupun saya kurang berminat pada asalnya. 

Alhamdulillah. Ini adalah rezeki hujung tahun. 
Rezeki KPI untuk tahun 2013. Walaupun banyak lagi ruang kosong perlu diisi untuk KPI 2013, bolehlaaaaaa untuk saya yang ala-ala bergerak macam kura-kura. 

Sekarang musim cuti sekolah. Arissa sudah bertanya ke mana kita cuti sekolah ini? Kami berkata tidak ke mana-mana. Dia kecewa. Tetapi belum pandai menunjuk rasa protest. Sebenarnya saya dan suami sudah merancang untuk ke selatan tanahair Disember nanti. Rakan baik kami yang menetap di England akan pulang ke Malaysia untuk bercuti. Kami berhasrat melawat dan bercuti bersama Eita dan Daniyal Francesco Leonardis. Arissa, Aydin dan Asyraf mesti seronok jumpa Alia, si budak comel kacukan Melayu-Jawa-Itali. 

Alhamdulillah. Ini adalah rezeki anak-anak.
Rezeki dapat jumpa kawan-kawan. Tak sabar rasanya. Banyak cerita ingin dikongsi bersama.

Esok saya akan terbang ke Surabaya. Kami dijemput sebagai guest lecturer di salah sebuah universiti di situ. Khabarnya turun dari airport, perlu menaiki kenderaan pacuan empat roda selama 3 jam sebelum tiba ke destinasi. Adoiii....harap mereka tidak perlu panggil ambulance untuk saya. Hujung Disember, saya akan ke Bangalore, India. Membentangkan kertas kerja di IIM. Ini pengalaman pertama saya menulis kajian kes. Tidak sangka pulak paper yang ditulis ini diterima untuk dibentangkan di IIM. Umpama budak baru lahir. Saya memang sangat naif tentang penulisan kes. Saya sebenarnya orang quantitative, tidak berminat sangat untuk menulis kes. Tetapi kerana agenda school yang ingin menjadi top business school, kami digesa disaran untuk menulis kajian kes dan mempraktikan case teaching method. Dan kerana paper ini berkaitan kes, kos ke Bangalore kali ini ditaja sepenuhnya oleh pihak school.

Alhamdulillah. Ini adalah rezeki orang menuntut ilmu.
Kata dekan, kami di school perlu diversify skills. Saya fikir habis PhD, tidak lagi ingin explore ke school of thoughts yang lain. Tapi itu hanya tinggal angan-angan. Berada di dalam kelompok ini, saya mungkin tidak akan habis belajar. 

Kadangkala kita beranggapan kenapa Tuhan tidak memberi apa yang kita minta. Sebagai hamba kita tetap memohon dan meminta-minta. Tetapi kita tidak sedar, kadangkala apa yang kita minta itu bukan yang terbaik untuk diberiNYA. Kerana Tuhan Maha Mengetahui apa yang terbaik dan ingin memberikan sesuatu yang lebih baik. Inilah dia....rezeki hujung tahun! Alhamdulillah.

Monday, 11 November 2013

Penulis Mesti Kreatif dan Idealis

Jumaat lepas, kami mengikuti perkongsian ilmu daripada Dr. Awang. Terima kasih kerana sudi datang ke tempat kami. Dr. Awang 'Albert Einstein Malaysia', kata salah seorang kawan saya di sini. Dr Awang orang psikologi. Jadi banyak contoh yang diberi sangat praktikal dan kita boleh relate dengan mudah apabila mendengar ceramah beliau. Bagi kami di bidang managment and business, kadangkala sangat susah untuk memberi contoh yang mudah untuk difaham dan dibawa berbincang secara santai. Contohnya isu-isu seperti  governance, demand-supply, consumer behaviour dan lain-lain, sukar untuk difahami jika tidak memahami konteksnya terlebih dahulu. Bukan itu saja, isu-isu tersebut tidak seronok untuk dibincangkan pun.

Banyak yang beliau kongsi untuk penulisan jurnal berimpak tinggi. Antara tips yang dikongsi adalah teknik penulisan yang berkesan untuk menarik perhatian 'sang editor'. Saya sering terlupa perkara ini. Terlupa untuk memuji kerja sendiri! Kata Dr Awang, ada perenggan yang memerlukan kita memuji kerja sendiri. Selain itu perlu juga kita 'mengutuk' kerja orang lain. Ya, itu juga penting kata Dr Awang! Secara kasar, kerja penulisan memerlukan teknik yang betul. Secara terperinci ianya lebih daripada itu.

Berdasarkan pengalaman yang sedikit, saya dapati setiap jurnal mempunyai preference untuk mereka terbitkan makalah. Dengan kata lain jika kita penuhi kehendak mereka, mereka tidak berlengah untuk menerima makalah yang dihantar. Jarang sekali, artikel yang dihantar tidak memerlukan sebarang penambahbaikan. Paling tidak mereka menegur tatabahasa. Namun, faktor bahasa bukan perkara penting. Dr. Awang juga bersetuju dengan pendapat ini. Pokok pangkalnya, cara penyampaian itu yang penting. Jika ada isi, namun tidak dikupas dan digarap sepenuhnya, mesej tetap tidak akan sampai kepada pembaca. 

Penulisan yang baik adalah hasil daripada penulisan yang kreatif dan idealis. 

Entah bila saya akan menjadi penulis yang baik.

Saya pernah menulis tesis PhD berhalaman 400 lebih muka surat. Tugasan ini amat berat kerana supervisor (Prof. Jon Reast) saya seorang yang meticulous. Namun ini amat membantu Prof. James Devlin, Dr. Haseeb dan Dr. David Bright untuk menilai thesis tersebut. Mereka  hanya meminta saya menambah satu perenggan untuk mengulas lanjut practical implication dari kajian yang dijalankan. Tetapi tesis saya bukan yang terbaik, kami semua sekadar puas membaca tesis tersebut.

Saya masih menambah-baik satu artikel yang dihantar ke jurnal antarabangsa. Editor meminta saya menilai semula cadangan reviewer pertama. Reviewer kedua berpendapatan semuanya baik belaka. Kadang kala kita menerima dua pendapat yang berbeza. Ini telah mengambil masa kurang lebih setahun. Mungkin reviewer pertama itu, seorang yang meticulous.  Walaupun amat penat untuk menulis dan menambah baik tulisan yang dikritik tetapi usaha ini perlu sehinggalah reviewers puas membacanya.    

Saya dan rakan ada menghantar judul buku ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk ditulis. Pihak DBP meluluskan judul buku kami. Kami diberi tempoh untuk menyiapkan manuskrip tersebut. Kami berkira-kira untuk memohon pelanjutan tempoh menulis. Ini baru fasa pertama, kami sudah 'kalut' diburu masa. Belum masuk ke fasa editing dan sebagainya. 

Menjadi penulis yang baik juga perlukan masa!

Entah bila saya akan menjadi penulis yang baik.


Kerana saban hari di sini, seoalah-olah tidak cukup masa. Agaknya saya perlu bercuti sebulan dua untuk menulis dengan baik.

Thursday, 24 October 2013

Bukan Siapa-Siapa

Sudah lama tidak update blog. Kehidupan seharian kian sibuk, entah apa yang dikejari??? Saya sepatutnya berada di Padang, Indonesia ketika ini. Kerana missed-communication, trip kali ini terpaksa dibatalkan. Trip ini bukan trip makan angin, tetapi urusan kerja rasmi. Ishhhh...kerja lagi? Saya nyaris-nyaris ke Padang berseorangan, kerana tidak check hand-phone dan whatsapp segala. Sudah menjadi kebiasaan, dari ofis balik ke rumah hand-phone hanya akan dibiarkan tersadai di dalam hand-bag. Kebetulan a day before the trip, jadual sangat padat, ada satu meeting perlu dihadiri dan examined PhD student for proposal defend. Jadi balik ke rumah hanya aimed untuk langsaikan kerja-kerja rumah sebelum tinggalkan anak-anak bersama suami selama 5 hari.

Next, in the early morning, we rushed to the airport. Need to cross the Penang bridge before it starts to 'jammed'. Si suami dan anak-anak, dropped me off, dan saya menolak bagasi untuk dimasukkan ke perut kapal terbang. Check-in sudah dilakukan terlebih awal oleh staff admin. beberapa hari yang lalu. Tiba-tiba hati ini tergerak untuk check hand-phone. Apa khabar si hand-phone? MasyaAllah, banyaknya missed calls! Dangggggggggggggg!!!!! OMG. OMG. There...how I found out the trip is cancelled. Innalillahiwainailaihirajiun. First time it happened in my life. Inilah natijahnya jika kemudahan teknologi tidak dimanafaatkan sepenuhnya.

Saya mengenali insan ini fakirfikir.blogspot.com dengan kemudahan teknologi juga. Tidak pernah bertemu muka dan hanya mengenali  insan ini melalui tulisan indah beliau. Saya sebenarnya gemar membaca kisah beliau menjala ikan di sungai, kisah beliau di kampung.....kisah corak-carik kehidupan manusia. Falsafah kehidupan beliau. Dan memandangkan kami sekarang di padang yang sama (ahli akademik) jadi permainan kami juga kadangkala sama. Jadi saya banyak merujuk dan bertukar pendapat dengan beliau hal-hal penyelidikan akademik. Beliau sangat terkenal dalam bidang beliau. Jauh sekali untuk dibandingkan, umpama langit dan bumi kedudukan kami. Dia langit...sayalah bumi itu :)

InsyaAllah, beliau akan berada di Penang awal bulan depan. Kami telah merancang satu sessi perkongsian ilmu dari beliau. Inilah pertama kali saya akan bertemu beliau di luar alam maya. Dan beliau bimbang saya mungkin siapa-siapa. Jangan bimbang Tuan, saya bukan siapa-siapa!! Saya hanya manusia biasa yang tidak ada pangkat dan darjat di sini. Hanya cuba mencari kesempurnaan di mata DIA.

Selamat datang Dr Awang! Kami tunggguuuuuuuuuu.

Thursday, 4 July 2013

Siapa Musuh Kita

Beberapa minggu yang lalu saya sangat sibuk dengan pelbagai tugas hakiki di pejabat. Selesai invigilate, bermula tugas marking examination scripts. Kemudian bersambung dengan bengkel kajian kes. Dan diteruskan dengan mengurus aktiviti academic visit programme untuk executive MBA dari Pakistan. Seramai 10 orang participants dari sebuah universiti terbaik di Pakistan terlibat dalam program ini. Program ini sudah dirancang sejak beberapa bulan yang lalu dan saya diberi tanggungjawab untuk melaksana dan mengurus program ini. Dari penyediaan kertas kerja, hinggalah pelaksanaan program. Sangat penat. Sesekali terasa seperti mahu 'quit' dari tugas ini. Terasa letih kerana saya perlu membuat panggilan telefon, menulis surat, follow up itu dan ini. Bak kata lain sudah seperti pegawai perhubungan awam. Dan paling worst, terasa seperti seorang receptionist.

Dalam masa yang sama, editor sebuah jurnal telah memberi feedback dengan sebuah manuscript yang dihantar beberapa bulan lalu. Ada revision yang perlu dibuat. Argghhhhhhhhhhhh...kenapa semuanya datang serentak?? Saya lost dengan keupayaan diri sendiri. Saya letih dan mula terfikir apakah tugas hakiki sebenar saya sebagai seorang pensyarah? Adakah apa yang saya lakukan sekarang tidak selari dengan my teaching philosophy? Adakah saya seorang yang rigid? Perlukah saya menjadi all-rounders?

Sebenarnya saya diserang musuh. Siapa? Diri saya sendiri!! Saya melihat kembali kepada anak perempuan saya Arissa. Arissa seorang yang bermotivasi dan ingin yang terbaik untuk dirinya. Mungkin juga sebagai kakak sulung, beliau berketrampilan sebagai individu yang ingin kehadapan. Kami menghantar Arissa ke kelas berenang bersama adik lelakinya, Aydin, 5 tahun. Setiap kali Arissa pulang dari latihan renang beliau akan merungut dan mengeluh. She always complaint ' I don't want to go swimming lesson anymore'...'I can't breath'..'I just want to swim' and so on.  Walhal, adik lelakinya memberi respond yang berbeza,  'I want to go swimming again'....'I know how to rescue Arissa' .

Apabila saya melihat situasi ini, tiada beza antara saya dan Arissa. Ada 'musuh' di dalam diri kami. Musuh itu telah menyekat keupayaan kami. Musuh itu, jika tidak dihapuskan akan memusnahkan kredibiliti kami untuk terus maju kehadapan. Siapa musuh kami?? Musuh kami adalah diri kami sendiri!!!

Jadi saya menasihati Arissa yang dia sebenarnya sudah mula pandai berenang. Dia sebenarnya sudah memahami konsep berenang. Sebagai seorang perenang, "the more you know how to swim, the more you'll be scared to swim". Jika Arissa terus belajar, InsyaAllah dia akan jadi perenang yang baik.
Begitu juga saya, jika saya terus berani menerima bebanan tugas ini, saya akan terus menjadi individu dan pensyarah yang baik.

Sekarang apa yang saya dan Arissa perlu buat? Kami perlu bersaing dengan diri sendiri dan melawan musuh kami dalam perang hendap membina kendiri.

I don't know, sometimes I just get tired with doniaaaaaaa stuffs! Semoga usaha mengejar dunia..membawa kebaikan di akhirat. InsyaAllah.